GOMBAK, 30 Okt:
Umno BN berjaya mencapai kemenangan dalam pilihanraya-pilihanraya lalu
disebabkan perlaksanaan 21 strateginya sejak dulu yang terus meletakkan
rakyat terutama orang-orang Melayu berada dalam kejahilan.
21
strategi tersebut merupakan perlaksanaan dasar-dasar yang tidak islamik
termasuk dasar pendidikan kebangsaan yang berasaskan sekularisme.
Pengerusi
Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, selain itu,
Umno BN turut meletakkan orang-orang Melayu terus dalam kejahilan
menerusi perlaksanaan sistem ekonomi yang tidak islamik.
Menurut
beliau, manakala antara dasar-dasar lain pula termasuklah perlaksanaan
dasar pelancongan, hiburan yang melalaikan dan sosial.
Katanya,
keadaan itu ditambah lagi dengan penguasaan Umno BN terhadap media
sehingga menyebabkan rakyat gagal mendapat maklumat yang benar dan adil.
"Itulah
strategi Umno yang telah kita kenal pasti. Menerusi dasar-dasar itu,
Umno turut berjaya mengikat para pegawai kerajaan agar terus
menyokongnya.
"Fokus kita pula adalah dakwah. Tapi bagaimana nak
buat kalau ilmu dan kebenaran tak boleh disebarkan dalam masyarakat,"
katanya pada Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS Dalam Landskap
Politik Semasa di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam
Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini, semalam.
Selain
beliau, turut menjadi ahli panel pada forum itu Setiausaha Agung PAS,
Datuk Mustafa Ali, manakala moderatornya Pengarah Akademik Kepimpinan
Pemuda PAS Malaysia, Nazri Chik yang juga Exco dewan tersebut.
Forom
tersebut diadakan sempena Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat
Kebangsaan 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia yang berlangsung
selama 3 hari bermula semalam, dengan disertai ribuan pemimpin pemuda
PAS termasuk di peringkat pusat, negeri-negeri dan kawasan-kawasan di
seluruh negara.
Menurut beliau, walaupun begitu, PAS mesti terus
bangkit untuk mengatasi masalah itu demi mendaulatkan Islam di tanah air
dan bagi kepentingan seluruh akyat negara ini.
Katanya, matlamat
perjuangan PAS adalah untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di negara
ini sejajar dengan kedudukannya sebagai gerakan Islam, manakala
perjuangan PAS pula menerusi dakwah dan politik.
"Gerakan dakwah
PAS adalah untuk membawa orang ramai khususnya yang bukan Islam
mengenali tauhid, manakala kepada sesama umat Islam pula supaya
mengenali syariat Islam," katanya.
Usaha tersebut, tegasnya,
mestilah dilakukan secara berterusan tanpa mempedulikan segala halangan
yang dibuat oleh Umno BN bagi menyekat perkembangan Islam di negara ini.
Menurutnya,
sehubungan itu, PAS perlu menyusun strategi tersendiri untuk mengatasi
segala halangan itu seiringan dengan perjuangan politiknya termasuk
dengan mengadakan "Tahaluf Siyasi" dengan DAP dan PKR dalam Pakatan
Rakyat.
"Pihak mmusuh tidak akan berhenti untuk melemahkan
gerakan Islam. Gerakan kita mestilah ada pertimbangan untuk menghadapi
segala tekanannya," katanya.
Jika PAS, tegasnya, hanya
memfokuskan kepada gerakan dakwah sahaja seperti yang dilakukan oleh
sesetengah gerakan Islam lain sama ada di tanah air dan di seluruh
dunia, ia pasti tidak berkesan.
"Sekiranya kita hanya memfokuskan
kepada gerakan politik sahaja seperti juga yang dilakukan oleh
sesetengah gerakan Islam lain di tanah air dan di seluruh dinia serta
hanya bersendirian, nasib kita nanti samalah seperti Taliban," katanya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA