SHAH ALAM, 26 Okt: Exco Pembangunan Islam,
Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata,
Kelantan harus menjadi makmal kepada perlaksanaan undang-undang syariah
tersebut.
Jika perlaksanaannya gagal, maka kerajaan negeri
katanya akur dengan keputusan itu manakala jika berjaya maka tidak ada
alasan perlaksanaannya ditolak di Malaysia.
"Kita berharap
Kelantan akan menjadi makmal kepada perlaksanaan Hudud dan jika ia gagal
maka kita menerimanya jika perlaksanaan itu berjaya maka tidak akan ada
alasan untuk ia ditolak dari perlaksanaannya di Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Wacana anjuran SInar Harian bertajuk "Hudud Dilema dan Perlaksanaan" di sini semalam.
Tambahnya lagi, tujuan Kelantan ingin melaksanakan hudud adalah
kerana hendak menghapuskan gejala sosial dan jenayah yang ada sekarang
kerana ia dilihat mampu mengurangan gejala tersebut.
"Pada masa
sekarang undang-undang biasa di negara ini tidak dapat mengatasi
sepenuhnya gejala jenayah dan sosial yang berlaku yang mana setiap hari
sentiasa ada kes ragut, pembuangan bayi dan juga rompakkan dilaporkan.
"Bagi
saya setiap apa yang di maksudkan di dalam al-Quran tentang hudud saya
yakin masalah ini dapat kita selesaikan kerana hudud akan memberi kesan
kepada mereka yang melakukan kesalahan," jelasnya lagi.
Sementara
itu pensyarah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan pendakwah
bebas, Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah memberitahu perlaksanaan
hudud ini perlu bagaimana kita menerima undang-undang buatan manusia
kenapa perlu kita menolak undang-undang Islam.
"Dalam pada kita
ingin melaksanakan Hudud ini perkara yang perlu kita lakukan adalah
mencari jawapan kenapa mereka yang bukan Islam menolak hukum tersebut.
"Kita
perlu beri penjelasan yang sewajarnya kerana setiap kaum perlu faham
tentang Hudud itu terutamanya masyarakat Cina," katanya.
Dalam
pada itu Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohd Isa Abd Ralip
pula memberitahu apa yang ingin dilakukan oleh Kerajaan Kelantan adalah
betul dan hanya perlu mengubah Akta Mahkamah Syariah 1988 yang hanya
memerlukan majoriti mudah di parlimen.
"Kalau sebelum ini kita
melihat apa yang ingin dilakukan oleh Kelantan bertentangan denga
Perlembagaan Persekutuan, tetapi bila melihat kembali undang-undang saya
bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh pensyarah undang-undangnya
Profesor Abdul Aziz Bari yang mengatakan ia tidak langsung menyentuh
langsung Perlembagaan yang sedia ada.
"Kalau nak laksanakan Hudud
tak ada masalah tetapi kena pinda akta yang sedia ada yang hanya
memerlukan majoriti mudah di parlimen.
"Kita melihat sekarang had
hukuman yang telah ditetapkan oleh Akta Mahkamah Syariah hanya
menetapkan konsep 356 iaitu tiga tahun penjara lima ribu hukuman dan
enam sebatan, ini dilihat sebagai satu hukuman yang ringin sehinggakan
rakyat masih lagi melakukan kesalahan walaupun telah dikenakan tindakan
sebelum ini.
"Enakmen jenayah dalam bidang syariah perlu diubah
dan diperkasakan seperti perlaksanaan Hudud kerana ia dapat memberi
kesedaran kepada mereka yang berniat ingin melakukan jenayah-jenayah
tersebut," katanya.
Wacana tersebut dikendali Pensyarah di
Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa
(UIAM) Dr Maszlee Malik. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA