Selamat Datang

Isnin, 30 Ogos 2010

Penjelasan kepada Teo

Saman Petronas

Selangor mahu kemerdekaan holistik


Ismail Hashim

SHAH ALAM, 30 Ogos: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Hajah Halimah Ali menegaskan kemerdekaan yang dihajatkan Kerajaan Negeri Selangor adalah merdeka holistik yang menggabungkan kesejahteraan fizikal, mental dan spiritual.

Kerana itu, ujarnya, kerajaan negeri tetap meneruskan gerakan memantapkan spiritual rakyat Negeri Selangor bagi mencapai matlamat Negeri Idaman, Maju dan Sejahtera yang menjadi tonggak perjuangan siasah Pakatan Rakyat sejak menerajui negeri pada 8 Mac 2008 lalu.

“Ini merupakan gerakan jihad akbar yang dimajukan oleh Generasi Idaman Selangor (GeMS) dan memerlukan pengembelengan kemahiran dan pengalaman aktivis sosial yang bersinergi dalam usaha membersihkan Selangor dari gejala sosial,” tegasnya.

Ketika bercakap di sebuah stesen radio bernuansa Islam yang disiarkan ke seluruh negara pagi tadi, beliau yakin dengan konsep success mentality dan bersemangat dengan firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 110.

Dr Halimah yang juga Adun Selat Klang menyatakan hasratnya meneruskan usaha murni tersebut meskipun sedar ianya merupakan perkara baru dalam masyarakat.

Sambil berkata, ‘jika tidak kita memulakannya siapa lagi?’ yang baginya, untuk membawa satu perkara besar ini memerlukan kerjasama banyak pihak yang berkemahiran dan berpengalaman yang terdiri daripada aktivis sosial yang sudi bekerjasama.

Dr Halimah dalam siaran itu bercakap lanjut tentang program Semarak Merdeka dan Penghayatan Ramadhan peringkat Negeri Selangor di I-City, Seksyen 7, dekat sini yang akan diadakan pada malam ini (30 Ogos Isnin).

Menurutnya, orang ramai berhimpun sejak 6.30 petang nanti dan majlis dimulakan dengan Iftor Jamaie (berbuka puasa secara ramai), Solat Tarawih Perdana, setelah itu diadakan Konsert Amal Kemerdekaan, Mengingati Peristiwa Mavi Marmara LL4Gaza.

Tepat jam 12 malam, sambutan kemerdekaaan dimulakan dengan perasmian oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim termasuk pelancaran Kempen Anti Zina dan Ekspedisi Dakwah GeMS.

Selain itu, pertunjukan bunga api dan cabutan bertuah diadakan dengan kemasukan secara percuma.

Antara artis popular tanahair yang turut serta adalah Ramli Sarip, Mawi, Ringgo termasuklah juara Imam Muda, Ustaz Mohd Asyraf, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan Ustaz Zamri Zainuddin.

Kita bertindak dulu, Najib pun ikut



Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 30 Ogos: Guru-guru Kelas Agama dan Fadhu Ain (Kafa) seluruh Pulau Pinang tentunya tersenyum simpul kerana buat pertama kalinya kerajaan negeri memberikan RM250 wang raya kepada mereka.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, memandangkan peranan guru Kafa tiada tolok bandingnya memberikan pendidikan kepada anak-anak Islam, maka kerajaan negeri sedia mengeluarkan peruntukan untuk menghiburkan hati golongan tersebut menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

Kerajaan Pusat ujarnya, pasti akan meniru langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat beberapa hari lagi sebagaimana langkah mengharamkan judi bola dan bantuan kepada kakitangan kerajaan sebanyak RM400.

"Bila kita bertindak dulu, Najib pun ikut. Itulah kelebihan kita. Rakyat patut sokong kerajaan yang bertindak dulu kerana tanpa tindakan berkenaan Kerajaan Pusat sukar untuk menyalurkan bantuan seperti mana hari ini," ujarnya.

Sebagai sebuah kerajaan yang berhemah sambungnya, peruntukan tetap diberikan kepada semua kaum dan agama berbanding Barisan Nasional (BN) yang asyik memilih bulu.

Masuk Surau: Nie Ching temui Nik Aziz


Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching hari ini bertemu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan pandangan berhubung isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang 22 Ogos lalu.

Beliau mengunjungi Menteri Besar Kelantan itu di Rumah Kelantan di ibu negara siang tadi sejurus Tuan Guru dan deligasi kerajaan Kelantan memfailkan saman kepada Petronas di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini.

Nie Ching ketika ditemui selepas pertemuan 10 minit itu berkata, beliau gembira dapat bertemu Tuan Guru dan mendapat pandangan yang jelas dari Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu.

"Tok Guru jelaskan kepada saya bahawa dari segi Islam bukan menjadi satu isu orang Islam masuk ke surau atau masjid.

"Dia beritahu sebenarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, orang bukan Islam selalu masuk masjid untuk bertemu Nabi," katnya menjelaskan isi pertemuan.

Menurutnya, dalam pertemuan itu juga, Tuan Guru memberitahunya bahawa yang menyempitkan pemahaman berhubung isu bukan Islam kunjungi masjid adalah Umno.

Menurutnya, Umno kini sangat terdesak sehingga sanggup menyempitkan isu tersebut sehingga memberi tanggapan salah bukan Islam kepada Islam.

"Dia juga memberitahu saya, di Malaysia ini, Umno guna Islam untuk takutkan orang bukan Islam dan menjadikan Islam itu agama eksklusif sedangkan Islam itu adalah untuk semua manusia," katanya lagi.

22 Ogos lalu, Nie Ching berkunjung ke Surau Al-Huda, Kajang untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut.

Beliau juga dijemput oleh jawatankuasa surau untuk menyampaikan ucapan ringkas.

Insiden itu bagaimanapun dieksploitasi media arus perdana dan Umno dengan mendakwa ia satu kesalahan dan mencemar imej Islam.

Nie Ching berkata, biarpun insiden tersebut dimainkan Umno, sehingga hari ini beliau masih berkunjung ke masjid dan surau yang menjemputnya.

"Saya masih menjalankan tugas saya sebagai ahli parlimen bila dijemput.

"Sejak insiden itu diperbesarkan, saya terus mendapat sokongan dari rakyat," katanya.

Sementara itu, Nie Ching juga memberitahu surat permohonan maaf kepada Sultan Selangor telah disampaikan melalui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Sabtu lalu.

Bekas Yang Dipertua PAS Parit Buntar meninggal dunia




PARIT BUNTAR , 30 Ogos : PAS Kawasan Parit Buntar kehilangan seorang tokoh pejuang yang banyak berjasa di Perak khususnya di Parit Buntar. Beliau ialah Ust. Zulkarnain bin Haji Ahmad yang pernah menjadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.

Ust. Zulkarnain meninggal dunia pada jam7.30 malam semalam kerana sakit uzur. Solat jenazah akan diadakan pada jam 11 pagi di Masjid Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang

Ust. Zulkarnain pernah memegang jawatan YDP PAS Parit Buntar pada tahun 1990 mengantikan Tuan Haji Jaafar bin Ali dan pernah menjadi calon PAS bagi kerusi DUN Simpang Lima semasa pilihanraya tahun 1969.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh pejuang Islam ini. Al- Fatihah

MB Kelantan selesai fail saman Petronas



Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selesai memfailkan saman kerajaan negeri terhadap Petronas, sebentar tadi.

Beliau memfailkan saman itu kira-kira jam 9.30 pagi di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini.

Selepas itu, beliau yang diiringi kepimpinan kerajaan negeri, ahli-ahli parlimen PAS, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan kira-kira 200 orang menuju ke Masjid Wilayah untuk menunaikan solat hajat.

Sidang media diadakan selepas itu

Ahad, 29 Ogos 2010

Gambar2 Pencemaran Masjid di Dunia - termasuk Syeikh Azhar

Ustaz Saiful Bahri

Ketika dunia Islam lain bergerak pantas menggamit umat manusia kepada Islam tetapi pemerintah UMNO masih lagi bagai katak didalam gelas kaca. Mereka melihat perkembangan drastik orang memeluk Islam khususnya di Eropah dan Amerika hatta menjangkau 200% tetapi di Malaysia, Islam di ISAkan oleh UMNO. Terkongkong dalam selaput yang dicipta oleh UMNO sendiri.

Sudahlah perkembangan Islam lambat bahkan ramai pula orang melayu yang murtad. Ini disebabkan sikap dan cara berpolitik UMNO yang tidak menguntungkan Islam tetapi hanya sekadar keuntungan sementara yang ingin diraih oleh UMNO-BN. Sentiasa mengapi-apikan perbalahan agama dan kaum demi meraih politik murahan.

Ketika Majlis fatwa telah mengeluarkan hukum berkait keharusan bukan Islam mengunjungi masjid sebagaimana yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

Dan memang itu pun yang dilakukan oleh umat Islam diluar Malaysia yang merupakan amalan yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah Saw dan para sahabat. Masjid merupakan pusat pemerintahan, pusat pentadbiran, pusat kehakiman, tempat ibadah, tempat pertemuan duta-duta asing yang ingin menemui Rasulullah Saw maupun khalifah selepas baginda.

Kita lihat gambar-gambar dibawah bagaimana menggambarkan perkembangan dakwah yang pesat terhadap mereka yang bukan Islam yang menjadikan masjid sebagai pusat maklumat dan penyebaran Islam dinegara selain Negara kita. Bagi UMNO semua ini adalah pencemaran terhadap kesucian masjid dan penghinaan terhadap Islam.

1. Masjid Lakemba di Sydney yang merupakan antara tertua dan terbesar. Mereka mengundang bukan Islam serta memberi penjelasan berkait kekeliruan tentang Islam. Mereka sentiasa mengadakan hari terbuka yang memberi banyak manfaat dakwah. Sheikh Yahya Safi, sebagai imam yang merupakan kelahiran lubnan menyebut ianya memberi ruang untuk berdialog serta menolak salah-faham terhadap Islam. Bahkan ramai yang terbuka hati dan mendapat hidayah dan memeluk agama Islam.



2. Lebih 2,000 masjid di Jerman telah mengadakan Hari khusus pada hari Rabu dan terbuka kepada umum termasuk bukan Islam untuk mengunjungi masjid, melihat ibadah umat Islam dan bertanyakan tentang Islam.


3. 3 May 2010, pihak Masjid Makkah di United Kingdom telah mengadakan pameran Islam secara tahunan dan dikunjungi oleh rombongan setiausaha kerajaan Alan Johnson. Mereka sempat melawat dan megadakan dialog dan perbincangan didalam masjid tersebut.

4. Sempena Ramadhan The Golden Mosque Lower Sheriff Street, Rochdale telah mengadakan hari terbuka dengan mengundang orang ramai termasuk bukan Islam untuk berbuka puasa dan mendapat taklimat tentang islam didalam masjid yang dikendalikan oleh imam selaku pengerusi masjid iaitu Tahir Mahmood.


5. Pusat Islam London .Terletak di Regent Park yang sibuk dengan orang-ramai khususnya hari jumaat yang menampung 10,000 jamaah. Para pelawat akan diberi penerangan oleh Pegawai Perhubungan Awam pusat Islam tersebut iaitu Omar Saddique. Beliau memberi penjelasan tentang Islam dan setiap persoalan yang diutarakan oleh para pelawat didalam masjid tersebut.


6. Di Durban, Masjid dan selaku Pusat Islam yang pernah diasas dan dikelolakan oleh Syeikh Ahmad Deedat iaitu IPCI, seorang pendakwah tersohor telah menyediakan hari lawatan khusus kepada non muslim sebagai Mosque Tours dan memberi penjelasan tentang ibadah dan penerangan tentang islam dan perbandingan agama. Khususnya amalan para nabi yang ditinggalkan oleh Yahudi dan nasrani tetapi diamalkan oleh umat Islam seperti membuka kasut sebelum masuk ke tempat suci (masjid), berwudhu dengan membersih diri, kiblat, cara ibadah dengan sujud dan ruku’ yang merupakan amalan para nabi semenjak bani Israel lagi. Ramai yang tertarik dan akhirnya memeluk Islam disitu.


7. Lihat bagaimana Obama sendiri yang menziarahi masjid turut membuka kasut beliau untuk masuk ke ruang solat. Bahkan Pope sebagai ketua agama Kristian Khatolik juga masuk ke masjid dalam lawatannya ke negara Arab. Kalau berlaku di Malaysia nescaya berlakulah kiamat.


8. Masjid al-Azhar sendiri membenarkan pelawat bukan Islam memasuki ruang dalaman masjid termasuklah Putera Charles dan Lady Diana dengan ditemani oleh Syeikh Azhar ketika itu iaitu Syeikh Tantawi. Kalau kat Malaysia mungkin Majlis Agama menghambat mereka kot?.

Bahkan banyak masjid-masjid lain diseluruh dunia menganjurkannya. Termasuk di Malaysia sendiri kecuali apabila timbulnya isu YB DAP dari parlimen Serdang Teo Nie Ching dengan kejadian masuk ke Surau Huda di Kajang. Beliau telah mendapat keizinan drp pihak pengurusan surau utk memasuki ruang solat bagi menyampaikan bantuan kpd surau tersebut dan bukannya memberi tazkirah tetapi sekadar ucapan sempena pemberian bantuan kepada surau tersebut. Beliau juga turut berbuka puasa bersamaah muslimat disitu. Ia telah dipolitikkan oleh UMNO-BN sebagai mencemari tempat suci Islam.

Baca selanjutnya di http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

Kaitkan PAS, Utusan berdepan saman



Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Ogos: PAS sedang menimbang untuk mengambil tindakan saman ke atas akhbar Utusan Malaysia ekoran mengaitkan parti itu dengan insiden kunjungan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda, Kajang Ahad lalu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara tersebut telah diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat pada mesyuarat mereka siang tadi.

"Utusan menyiarkan laporan bahawa beliau (Nie Ching) hadir untuk memberi sumbangan kepada Ahli PAS, sedangkan sumbangan tersebut untuk membaiki pagar surau.

"Kita akan ambil tindakan mahkamah, dan saya telah berbincang dengan pengerusi surau tersebut, kita akan saman mana-mana pihak yang terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengedarkan risalah keselamatan kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Sungai Besi, hari ini.

Utusan dalam laporanya 27 Ogos lalu mendakwa Nie Ching memasuki ruang solat Surau Al-Huda dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada "ahli-ahli PAS".

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena begaimanapun mendakwa, laporan akhbar itu adalah bohong, berniat jahat dan cuba memburukkan imej PAS.

Beliau tidak menolak kemungkinan, akhbar terebut cuba mewujudkan persepsi bahawa kehadiran Nie Ching tersebut untuk berpolitik dalam masjid.

Sementara itu, beliau juga mendakwa Umno telah mendalangi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dengan memberi maklumat salah kepada Sultan Selangor sehingga Tuanku dudakwa murka.

Ini kerana, tiada sebarang tazkirah yang disampaikan Nie Ching seperti yang didakwa melainkan sekadar ucapan lima minit selepas dijemput berucap oleh jawatankuasa surau.

Selain itu, ucapan ahli parlimen Serdang itu juga jelasnya langsung tidak menyentuh soal politik kepartian melainkan menjelaskan program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

"Saya berani mengatakan bahawa, Mais telah didalangi Umno, menipu pihak Istana.

"Memang tidak ada tazkirah, tidak ada ucapan berkaitan politik dan bukan memberi sumbangan kepada ahli PAS," tegasnya.

Tambahnya, tindakan Umno tersebut telah merugikan Islam apabila masyarakat mungkin berpandangan mereka tidak boleh lagi memasuki masjid atau surau.

Sedangkan kata Mahfuz, itu merupakan salah satu cara dakwah kepada bukan Islam dan sememangnya dibolehkan seperti diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu.


"Kalau tindakan itu salah, Mais bukan kena hantar surat amaran kepada ahli parlimen Serdang, tetapi kena hantar juga kepada Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya.

Antara Teo Nie Ching, Rosmah Mansor dan Puteri UMNO..



Oleh : Anak Sungai Derhaka

Teo Nie Ching ialah seorang Ahli Parlimen dari DAP, beliau telah dijemput memberikan sepatah dua kata kerana telah memberikan sumbangan kepada Surau Al-Huda, Kajang pada 22 Ogos yang lalu malangnya lawatannya itu telah mencetuskan kontroversi setelah disensasikan oleh Utusan Malaysia yang mentafsirkan ucapannya itu sebagai takzirah.- lihat di SINI

Disebabkan beliau bukanlah seorang yang berugama Islam jadi beliau tidak menutup rambutnya yang juga sebahagian dari aurat tetapi pakaiannya boleh dikatakan sopan.

Kejadian ini telah dikritik hebat oleh para Mufti, Ahli Ugama dan Media yang dikuasai oleh UMNO/BN. Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau sedangkan suatu masa dulu JAKIM pernah mencadangkan agar MASJID DIJADIKAN SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN.- baca di SINI

Kemudiannya mereka mempertikaikan pula cara Nie Ching berpakaian yang tidak menutup kepalanya yang juga sebahagian dari aurat denga tidak memakai tudung...


Ini pula ialah gambar Isteri Najib iaitu Rosmah sedang memberikan takzirah (layak kah dia?) didalam sebuah Surau yang tidak tahu entah dimana.

Memberikan Takzirah dengan tidak menutup keseluruhan aurat (hampir sama dengan Nie Ching)di hadiri oleh para penyokong UMNO yang jelas kelihatan ada yang tidak menutup aurat didalam Surau tersebut.

Mereka adalah orang-orang Islam yang sepatutnya lebih memahami tuntutan Islam dalam menjaga adab dan tertib ketika berada didalam Masjid atau Surau. Dan sebagai wanita yang berugama Islam cara berpakaian mereka sepatutnya jauh lebih sopan dari Nie Ching yang bukan Islam itu..

Malangnya tiada sesiapapun dari para Mufti, Ahli Ugama dan Media yang berani mempertikaikan kelakuan mereka itu.. Mereka memejamkan mata mereka...

Adakah kerana perempuan itu Isteri kepada Najib dan pendengarnya pula ialah penyokong UMNO mereka tidak tertakluk kepada undang-undang Allah?


Ini juga gambar Rosmah Isteri Najib yang dibanggakan oleh
penyokong UMNO/BN.. juga memperlihatkan aurat didalam Masjid.


Ini gambar lama.. err.. bukan gambar Rosmah. Puteri UMNO sedang
membaca Al-Quran sambil mendedahkan aurat


Ini juga gambar puteri-puteri UMNO dalam satu majlis disebuah
surau atau masjid.. ada yang penampilannya sama dengan Nie Ching.

PUTERI UMNO TERKECUALI DARI HUKUM ISLAM KE???

Dr Asri: Saya bukan pertahan YB Teo



Ogos 29, 10 1:38pm

Dr Asri: Saya bukan pertahan YB Teo

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin berkata laporan media yang menyebut bahawa beliau mempertahankan tindakan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching adalah kurang tepat.

"Saya kira laporan itu kurang tepat. Saya tidak campur dalam urusan politik beliau dan tidak mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku," katanya dalam satu kenyataan.

Cuma, tambahnya, beliau telah menegaskan beberapa perkara berikut:

1. Bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya. Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi SAW bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah SAW.

2. Isu-isu agama Islam hendaklah dinilai dengan timbangan agama yang berteraskan dalil dan hujah. Menggunakan neraca politik kepartian untuk menilai isu agama boleh merosakkan kesucian agama ini. Islam dibina atas hujah dan dalil, sementara politik kepartian sering dibina atas persepsi dan prejudis.

3. Bukan Muslim, bahkan Muslim juga tidak boleh menggunakan masjid untuk tujuan politik puak dan peribadi.

4 .Pandangan dan pendapat mengenai Islam hendaklah berteraskan hakikat Islam yang sebenar. Pendekatan sesetengah golongan politik kebelakangan ini menggunakan isu agama untuk membangkit permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salahfaham terhadap Islam, sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam.

Sebelum ini, tindakan ahli parlimen Serdang itu memberi ucapan di sebuah surau di Kajang Sentral telah menimbulkan kemarahan beberapa pihak.

Berikutan itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pengurusan surau tersebut.

Sultan Selangor juga dilaporkan turut murka dengan apa yang berlaku itu.

Raya: Kedah belanja RM3 juta untuk kakitangan



Mohd Ali Hashim

YAN, 28 Ogos: Kerajaan Negeri Kedah turut menghargai kakitangan awam negeri dengan membelanjakan sebanyak RM3 juta sebagai bayaran khas menjelang Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, bayaran sebanyak RM500 setiap orang itu diberikan kepada semua kakitangan sehingga kumpulan Gred 54.

Menurut beliau lagi, semua kakitangan akan menerima bayaran tersebut dalam tempoh seminggu sebelum hari raya.

"Dengan sumbangan ini, ia dapat menampung keperluan keluarga dan menceriakan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini.

"Walaupun sumber kewangan kerajaan negeri adalah terhad, berkat daripada tindakan kerajaan negeri melaksanakan penjimatan dalam pentadbiran, maka hasil tersebut dapat dikongsi bersama sebagai satu penghargaan kepada semua kakitangan," katanya.

Beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah berkata, apa yang diberikan oleh kerajaan negeri kali ini adalah kadar yang termampu.

Azizan berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada guru Al-Quran dan bidang kampung di Kampung Teroi, Yan.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian wang khas sebanyak RM400 sempena Aidilfitri kepada 3,577 kakitangan awamnya.

Ia kemudiannya diikuti oleh Kerajaan Pusat yang mengumumkan pemberian sebanyak RM500 manakala Selangor, Pahang, Terengganu dan Melaka juga tidak ketinggalan dalam pemberian wang tersebut menjelang Aidilfitri yang akan datang.

Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid



Harakahdaily



Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Keterangan/Hujah:

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

Insurans kenderaan: Memo kepada Bank Negara



Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Sekretariat Bela Rakyat (Bela) akan menghantar satu memorandum kepada Bank Negara berhubung kesukaran pemilik kenderaan berusia 10 tahun ke atas memperbaharui polisi perlindungan insurans kenderaan mereka.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, memorandum yang akan diserahkan dalam masa terdekat itu mengandungi cadangan mengatasi masalah tersebut.

"Pihak sekretariat juga akan bertindak lebih serius dengan membuat kajian-kajian yang terperinci dan akan mengemukakan cadangan kepada Bank Negara bagaimana kita boleh menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan kenderaan lebih 10 tahun ini," kata Salahuddin pada sidang media pelancaran sekretariat itu di ibu pejabat PAS, dekat sini hari ini.

Sekretariat berkenaan akan diketuai oleh ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiyat.

Bela sebelum ini ditubuhkan bagi membantu Pemilik kenderaan yang kebanyakannya penduduk kampung ini terpaksa membayar dengan harga yang tinggi untuk memperbaharui insurans kenderaan mereka yang lebih 10 tahun.

Salahuddin juga berkata, alasan yang diberikan pihak insurans bahawa kenderaan berusia 10 tahun ke atas terdedah kepada risiko keselamatan adalah tidak munasabah dan menganggap ianya sebagai alasan yang sengaja dicipta oleh mereka bagi mengaut keuntungan.

"Kalaulah isu yang mengatakan kenderaan 10 tahun tidak selamat maka objektif penubuhan Puspakom? Kenderaan uyang melebihi 10 tahun mesti melalui proses pemeriksaan oleh Puspakom.

"Apabila Puspakom mengesahkan kenderaan itu selamat walaupun berusia lebih 10 tahun dan diizinkan untuk membayar cukai jalan dan mengambil insurans,jadi tidak ada isu ia tidak selamat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Bela juga tidak bersetuju dengan cadangan Bank Negara untuk mengambil alih peranan syarikat insurans dalam urusan memperbaharui polisi perlindungan kenderaan sebaliknya kerajaan harus memperbaiki sistem yang ada pada hari ini.

"Saya akan kemukakan soalan di Parlimen jumlah pemilik kenderaan yang berdaftar dengan Puspakom dan berusia 10 tahun ke tas yang memerlukan pembelaan dari pihak kerajaan," katanya.

Umno tentang Majlis Fatwa



Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Tindakan Umno mengapi-apikan isu bukan Islam memasuki Masjid dilihat menentang keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan, mempolitikkan kunjungan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu.

Muzakarah Kali Ke-90 jawatankuasa tersebut yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, mengikut keputusan itu, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

"Nyatalah histeria Umno dan konco-konconya itu memalukan umat Islam dengan tindakan mereka yang bukan-bukan sehingga perkara yang diputuskan halal pun diharamkan oleh mereka," kata Mahfuz.

Keharusan tersebut juga sebagai cara menunjukkan keindahan Islam kepada bukan Islam.

Umat Islam juga dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya.

"Umat Islam janganlah mengizinkan diri mereka diperbodohkan oleh politik perkauman Umno," jelasnya.

Dalam pada itu Teo Nie Ching menjelaskan beliau hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut.

Mengenai tindakan memasuki ruang solat utama di surau itu, Teo berkata, beliau hanya memenuhi jemputan.

"Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk.

"Saya tidak dinasihatkan oleh (pengurusan) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu," jelasnya.

Tidak faham agama punca polemik- Nik Aziz



Rizal Tahir
KOTA BHARU, 29 Ogos: Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ianya antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu ini menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.

“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu, yang kini hangat diperkatakan.

“Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi.

“Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi,” ujarnya.

Dalam Islam menurutnya, Muaalaf ditafsir dengan tiga golongan iaitu mereka yang baru memeluk Islam, belum Islam tetapi cenderung memeluk Islam dan orang bukan Islam tetapi menghormati dan tidak menentang Islam.

“Jadinya dalam tiga ini hanya satu sahaja yang kita guna. Dua lagi kita biarkan menyebabkan masyarakat kita semakin jauh dengan yang bukan Islam,” ujarnya.

Menyentuh mengenai tidak menutup aurat ketika memasuki masjid, Tuan Guru berkata, mungkin masalah penjaga masjid tidak memberitahu kepadanya.

Tuan Guru berkata demikian sewaktu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan media anjuran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), di rumah anak yatim Taman Sabariah.

Seramai lebih 170 orang anak yatim menerima sumbang wang hari raya dari PMBK.

Jumaat, 27 Ogos 2010

Merdeka: Selangor lancar kempen anti zina



Harakahdaily

SHAH ALAM, 26 Ogos: Kerajaan Negeri Selangor akan melancarkan kempen anti zina sempena sambutan program kemerdekaan dan penghayatan Ramadhan, Isnin depan.

Program tersebut anjuran Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor dengan kerjasama Pejabat Daerah, Jabatan Agama Islam Selangor, Lembaga Zakat Selangor, PKNS, Masjid Negeri Selangor, MBSA, MBPJ, MPSJ, PDRM, RELA, Yayasan Amal Selangor, Tourism Selangor, KDEB, SSIC.

Pelancaran tersebut merupakan salah satu aktiviti menarik yang disusun untuk program yang bermula jam 3.30 petang Isnin dan berakhir pada jam 7.30 pagi Selasa.

Program tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Antara aktiviti yang akan menarik minat golongan muda ialah konsert amal merdeka, laungan kemerdekaan dan ekpedisi dakwah iaitu ‘Konvoi Anti Zina Malam Merdeka’ yang akan dilepaskan oleh menteri besar sendiri.

Dinar, dirham boleh runtuhkan ekonomi Yahudi



Wartawan Kita

KOTA BHARU, 26 Ogos: Datuk Husam Musa berkata, penggunaan sistem dinar dan dirham secara tidak langsung akan memberi pulangan ekonomi yang lebih tinggi kepada umat Islam, sedangkan golongan Yahudi semakin runtuh.

“Kerana itu mereka sedaya mungkin akan menghalang serta mengkritik dengan pelbagai dakyah untuk menakutkan umat Islam sendiri yang ingin menggunakan sistem terbabit,” ujarnya.

Justeru itu, katanya golongan Yahudi serta penentang agama Islam yang lain sehabis mungkin akan menentang umat Islam menggunakan mata wang syariat dinar dan dirham, kerana sistem itu akan merugikan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat Kelantan itu berkata, sekiranya umat Islam akan bersatu menggunakan Dinar dan Dirham dalam urusan jual beli, golongan tersebut akan mengalami kerugian yang tenat.

Beliau berkata demikian ketika meraikan rombongan Persatuan Maahad Tahfiz al-Quran Malaysia (Permata), yang diketuai pengerusinya, Ustaz Nazaruddin Jalaludin.

Permata dalam rangka pertemuannya dengan Husam untuk menyatakan sokongan pihak berkenaan terhadap penggunaan Dinar dan Dirham.

Pada masa yang sama, Permata bercadang untuk membayar gaji menggunakan kaedah itu kepada kakitangannya di seluruh negara.

Beliau seterusnya memberitahu, Dinar dan Dirham bukan mata wang, sebaliknya seumpama penukaran barang belian seperti kupon dan cek sebagai alat kewangan.

“Kalau kita boleh membeli barangan di majlis-majlis tertentu menggunakan kupon, kenapa Dinar dan Dirham tidak boleh, sedangkan ianya disebut sendiri oleh Allah dalam al-Quran,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan negeri akan memberi penerangan secara hikmah kepada mereka yang tidak memahami perkara itu.

Nazaruddin ketika berucap pada pertemuan itu memberitahu pihaknya akan menggunakan Dinar dan Dirham sebagai bayaran gaji kepada kakitangannya.

Jelasnya, walaupun ianya tidak dibayar sebanyak seratus peratus menggunakan sistem tersebut, namun sekurang-kurang ia akan dilaksanakan sebagai menyatakan sokongan pihak mereka terhadap usaha kerajaan negeri.

Pada masa yang sama, pihaknya juga akan turun ke bawah untuk mengadakan ‘road show’ bagi memberi penerangan kepada rakyat berhubung perkara itu.

“Ramai yang masih kabur berhubung perkara ini,” ujarnya.

Sehingga kini, sebanyak 58 buah sekolah tahfiz di seluruh negara bergabung di bawah Permata.

Dianggarkan sebanyak RM30,000 hingga RM70,000 dibelanjakan setiap bulan untuk pengurusan dan pembayaran gaji kakitangan guru di bawah Permata.

Pakatan Rakyat tetap bersatu lawan kemungkaran Umno BN

Zulfikar Mashoor

PETALING JAYA, 26 Ogos: Pakatan Rakyat tidak mempunyai keraguan untuk tetap bersatu melawan kemungkaran dan penganiayaan Umno Barisan Nasional terhadap rakyat.

“Kami beriltizam untuk menentukan hala tuju baru buat rakyat dan negara ini. Menjelang 53 tahun kemerdekaan, sudah tiba masanya negara ini meninggalkan politik perkauman sempit yang seumpama barah merosak masyarakat,” ujarnya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan akhbar Pimpinan Pakatan Rakyat, petang ini.

Menurut mereka, Pakatan Rakyat merasa bertanggungjawab untuk memaknai kembali Kemerdekaan yang berlandaskan Politik Baru yang lebih matang dan mengutamakan kemaslahatan rakyat serta negara ini.

Pakatan Rakyat, kata mereka sedar wujudnya satu muslihat politik oleh pimpinan Umno BN untuk mengapikan sentimen perkauman sempit dan agama bertujuan memecahbelahkan keharmonian masyarakat.

Bagi mereka, politik usang bersifat peras ugut dan memesongkan fakta itu digunakan oleh pimpinan Umno BN kerana mereka berada dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan kuasa mereka.

Menurut kenyataan itu lagi, demi mencapai cita-cita politik tersebut, pelbagai jentera kerajaan seperti BTN dan media seumpama Utusan Malaysia diperkuda untuk menggugat kesejahteraan rakyat.

Berhadapan serangan bertali arus itu, uajr mereka Pakatan Rakyat tetap beriltizam untuk melaksanakan perubahan demi kemaslahatan rakyat keseluruhannya.

“Kita beriltizam untuk memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat dapat diperteguh serta politik perkauman sempit akan sirna dari negara ini,” ujar mereka.

Pakatan Rakyat, tambah mereka menghormati perjuangan parti masing-masing dalam Permuafakatan Pakatan Rakyat di mana permuafakatan itu sememangnya berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang telahpun disepakati.

Dasar Pakatan Rakyat menyatakan: “Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama.”

“Kita percaya antara lainnya serangan ini adalah untuk menutup kegagalan kerajaan Umno-BN menguruskan khazanah negara seumpama skandal rompakan saham untuk rakyat termiskin bernilai RM52 billion,” ujar mereka lagi.

Ehubungan itu, mereka menggesa satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan hak rakyat tersebut.

“Kita akui sememangnya terdapat perbezaan di antara komponen Pakatan Rakyat, walaupun begitu kita tuntas menggalakkan perbincangan dan bersikap terbuka.

“Ini berbeza sekali jika dibandingkan dengan politik dalaman BN yang mana komponennya sering bertelagah dan bersikap menyembunyikan segala permasalahan,” kata mereka.

Sementara itu, pada sidang media di ibu pejabat PKR, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengulangi konsesus bersama, iaitu mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Persekutuan di samping menjamin menjamin kebebasan agama-agama lain.

Menurut Anwar yang juga Ketua Pembangkang, sama ada PKR, DAP mahupun PAS masing-masing menyedari perbezaan ideologi sejak sebelum penubuhan Pakatan Rakyat lagi.

Namun, katanya lagi, perbezaan itu tidak boleh menjadikan ketiga-tiga tonggak Pakatan Rakyat itu mengetepikan kezaliman Umno BN ke atas rakyat sejak merdeka, 53 tahun lalu.

Bercakap pada sidang yang sama, Nasharudin berkata, perbezaan pendapat berhubung amalan undang-undang syariah di Malaysia bukan sahaja dihadapi oleh DAP dan PAS.

Malah, katanya negeri-negeri di bawah kerajaan Persekutuan sendiri tidak mengamalkan undang-undang syariah secara seragam.

Sambil menganggap perbezaan pendapat sebagai lumrah, beliau menasihatkan kerajaan persekutuan supaya terlebih dahulu menyeragamkan kaedah perundangan syariah di tanah air daripada melaga-lagakan PAS dan DAP berhubung isu hudud seperti belakangan ini.

Menyambut saranan Nasharudin itu, Lim Guan Eng menegaskan bahawa keutamaan Pakatan Rakyat adalah menghapuskan politik perkauman dan kezaliman yang dilakukan Umno BN.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Pakatan Rakyat menentang kezaliman Umno BN adalah lebih diutamakan daripada mempopularkan ideologi kepartian masing-masing yang hakikinya adalah memperjuangkan keadilan

Rabu, 25 Ogos 2010

Penentang timbul kebimbangan tidak berasas tentang hudud

Mohamed Zainal Abidin Hussin


Setiap kali isu hukum hudud muncul, komen-komen negatif ditimbulkan yang dilihat cuba dijadikan bahan untuk menakutkan mereka yang tidak ada pengetahuan berkenaan topik ini.

Dua tokoh Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang segera menolak pelaksanaan hudud yang dibincangkan dalam satu seminar di Kota Bharu baru-baru ini terus menjadikan isu masyarakat berbilang kaum dan zaman moden sebagai alasan.

Sebagai tokoh politik yang mewakili masyarakat bukan Islam di negara ini, kita memahami kebimbangan tokoh-tokoh ini jika dianggap tidak berjuang menjaga kepentingan gologan terbabit.

Lebih parah ialah kebimbangan tohmahan bahawa mereka kini menjadi barua PAS dalam isu-isu yang merugikan masyarakat bukan Islam di negara ini.

Hakikatnya ini adalah permainan lama yang hanya digunakan untuk menakutkan orang-orang bukan Islam.

Kepada para penentang hukuman syariah termasuk hudud, mereka perlu sedar bahawa penerimaan hukuman ini di kalangan orang Islam adalah sesuatu yang tiada pilihan. Sebagaimana amalan-amalan Islam seperti solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, haji di Mekah dan seumpanya, hukum syariah temasuk hudud adalah kewajipan setiap indidvidu muslim.

Kewajipan melaksanakan perkara ini bukan sekadar dasar PAS atau kehendak Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ia adalah arahan wajib kepada setiap orang Islam. Terpulang kepada mereka untuk melaksanakannya berdasarkan kemampuan dan kuasa yang ada pada mereka.

Seperti telah berkali-kali ditegaskan, pelaksanaan hukum Islam tidak akan mengganggu hubungan hormat-menghormati antara orang Islam dan bukan Islam. Penjelasan berkenaan perkara ini adalah terbuka dan tidak ada apa yang perlu disembunyikan.

Dialog dan perbahasan sihak perlu diteruskan sehingga para penentang yang cuba menakut-nakutkan mereka yang tidak faham dapat dihapuskan sama sekali.

Pelaksanaan syariah tidak jejaskan amalan demokrasi - pakar

Pakar-pakar perundangan Islam bersepakat bahawa pelaksanaan syariah secara menyeluruh termasuk hukum hudud tidak akan mengganggu proses demokrasi dan hak-hak orang bukan Islam di negara ini.

“Kepada orang Islam, tidak ada pilihan bagi mereka selain hukum hakam yang disyarakkan oleh Allah SWT untuk mereka, sama ada yang berkaitan dengan aqidah, ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, kehakiman, adab, akhlaq, politik, kenegaraan, hubungan antara manusia, antara negara, hubungan manusia dengan alam dan sebagainya,” kata Datuk Mohd Salleh Ahmad, felow kanan, jabatan undang-undang Islam, Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

Menurut beliau, dengan pelaksanaan menyeluruh sistem perundangan Islam, suasana harmoni bukan sahaja dirasai oleh masyarakat Islam, malah termasuk mereka yang bukan Islam dan alam sekitar tumbuhan dan haiwan.

“Ciri-ciri perundangan Islam yang mencakupi penyelesaian teras dalam kehidupan manusia akan memberikan suasana baru kerana hukuman-hukuman yang dkenakan mempunyai serampang dua mata untuk kebaikan serta merta (duniawi) dan kebaikan selepas mati (ukhrawi),” jelas beliau ketika membentangkan kertas kerja hukuman sebat dari perspektif Islam, di Kompleks Islam Darulnaim, 19 Ogos lalu.

Bagi ketua hakim syari’e negeri kelantan, Datuk Daud Muhammad, semua undang-undang Islam termasuk hudud telah siap sedia dilaksanakan di negara ini kerana segala prasarana sistem kehakiman syariah telah dipersiapkan.

“Kita hanya tunggu lampu hijau dari pihak yang berkuasa,” kata beliau menjawab soalan peserta seminar yang ingin tahu bilakah perlaksanaan hukum hudud dapat dilaksanakan.

Datuk Daud membentangkan kertas kerja bertajuk Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah, Realiti Pelaksanaan pada seminar tersebut.

Bagi menghadapi tohmahan para penentang pelaksanaan syariah dari dalam dan luar negara, timbalan ketua bahagian penasihat (seksyen syariah) Jabatan Peguam Negara, Muhammad Naser bin Disa berkata sejarah Malaysia silam menunjukkan rantau ini telah bergerak maju semasa tidak ada undang-undang lain selain undang-undang Islam dilaksanakan.

“Sebelum kedatangan penjajah Barat, bukti bertulis dalam pelbagai versi menunjukkan hanya undang-undang Islam yang diterima pakai oleh kerajaan-kerajaan yang di wilayah yang kini bergabung dalam satu entiti yang dsebut Malaysia,” kata beliau ketika membentangkan kertas kerja pelaksanaan hukuman sebat dalam kes jenayah syariah - cabaran dan halangan pada seminar itu.

Peraksanaan undang-undang Islam menyeluruh seperti diamalkan itu menurut beliau, tidak menyekat wujudnya masyarakat berbilang kaum termasuk non-muslim di rantau ini.

“Amalan perundangan Islam juga sama sekali tidak menghalang kerajaan-kerajaan zaman itu berinteraksi dengan masyarakat antarabangsa yang terdiri dari kalangan umat Islam dan orang-orang bukan Islam,” jelas beliau.

--- Penulis ialah pegawai penyelidik Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan

Saya akan saman - Zakaria



Mohd Ali Hashim

PULAU PINANG, 25 Ogos: Ustaz Zakaria Ahmad (gambar) akan mengambil tindakan terhadap mereka yang telah menjadikan isu bacaan doa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di dalam khutbah Jumaat untuk memfitnah beliau.

“Saya akan mengambil tindakan terhadap mereka yang telah menjadikan isu ini untuk memfitnah saya. Tindakan menyaman mereka yang terbabit sedang dalam proses oleh pihak peguam yang telah saya lantik bagi memfailkan kes ini.

“Ini melibatkan maruah saya. Mana boleh mereka sesuka hati melemparkan fitnah sedemikian,” tegasnya kepada Harakahdaily selepas mengadakan pertemuan dengan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), semalam.

Katanya, apa yang amat dikesalkan ialah isu itu dipolitikkan oleh sesetengah ahli politik untuk jadikan modal politik.

“Diperbesarkan isu sekecil ini semata-mata untuk menyalahkan pihak lain. Ia kini sudah jadi satu isu yang serius. Saya tak boleh biarkan perkara ini disalah tafsirkan,” tegasnya lagi.

(IKUTI TEMUBUAL PENUH DALAM SIASAH JUMAAT INI)

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Maipp, Mohd Saleh Man menjelaskan tidak menjadi satu kesalahan kepada sesiapa sahaja yang mendoakan kepada orang bukan Islam untuk diberikan hidayah kepada mereka sama ada dalam khutbah atau pun di luar khutbah.

Menurut nya, dalam isu yang melibatkan Zakaria selaku pendakwah bebas yang didakwa membacakan doa khutbah Jumaat menyebut nama ketua menteri tidak harus dijadikan isu politik oleh mereka yang faham akan sejarah penyebaran agama Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi.

"Pada zaman penyebaran Islam oleh Rasulullah s.a.w. baginda pernah mendoakan supaya orang bukan Islam diberi hidayah untuk memeluk Islam. Oleh kerana itu isu ini tidak sepatutnya dibangkitkan kerana ia mencemarkan imej baik Islam pada kaca mata masyarakat lain.

"Doa untuk orang bukan Islam itu dibolehkan agar mereka diberi petunjuk dan hidayah,bukannya mendoakan kesejahteraan mereka. Manakala Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri kita hormati selaku ketua agama Islam di dalam negara dan juga negeri," katanya yang juga Adun Permatang Pasir.

Beliau berkata, isu itu tidak harus diperbesarkan lagi setelah Zakaria membuat pengakuan dalam pertemuan dengan Jawatankuasa Majlis Agama Islam Negeri, semalam.

Hudud: PAS mahu dengar pandangan Pemuda Gerakan Kedah



August 25, 2010

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Dewan Pemuda PAS Pusat menyambut kesediaan Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang yang telah memberi persetujuan untuk berbincang dengan sayap muda parti Islam itu berkaitan dengan hukum hudud.

Setiausaha Pemuda PAS pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, pihaknya akan mengaturkan pertemuan dengan Tan dalam masa terdekat, dijangkakan pertemuan tersebut akan berlaku selepas Ramadan ini.

Katanya, sayap pemuda PAS juga ingin mendapatkan gambaran daripada Tan tentang hukum hudud daripada sudut pandangan beliau.

“Dewan Pemuda PAS melihat langkah yang dibuat oleh Tan amat bertepatan sama sekali dan amat wajar dicontohi oleh pemimpin yang masih kabur dan bimbang dengan undang-udang hudud ini,” kata beliau dalam satu kenyataan pagi ini.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pepaduan Nasional dan Hubungan NGO Pemuda PAS berkata, mudah-mudahan pertemuan mereka akan mencambah pemikiran dan segala kekeliruan dapat dileraikan.

“Dan, kemudiannya dapat melihat betapa indah dan adilnya hukum yang Allah tetapkan kepada manusia demi menjaga kesucian, keharmonian dan peradaban sesama makhluk ciptaan Allah,” katanya.

Pendirian Tan hadir setelah Dewan Pemuda PAS mengeluarkan satu kenyataan menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan mana-mana pihak bagi mendapatkan penjelasan mengenai hudud.

“Kenyataan beliau mengenai hudud yang tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sebelum ini telah mendapat perhatian Dewan Pemuda PAS apabila beliau telah mengulas berkaitan dengan kesediaan untuk mengadakan pertemuan tersebut melalui laman Facebook.

“Sebelum ini, beliau telah menegaskan yang PAS harus sedar bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang jenayah telah diperuntukan di bawah Kanun Keseksaan yang sedia ada,” katanya.

Antara kenyataan beliau lagi negara kita, yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan agama, telah kian lama menolak pelaksanaan hukum hudud.

Antara hukum hudud adalah hukuman potong tangan bagi pencuri dan rejam bagi penzina’.

“DPPP menghormati pandangan beliau yang mana DPPP percaya ia telah dikongkong oleh kekurangan ilmu dan maklumat tentang hukum hudud serta ditambah lagi dengan gambaran negatif yang telah dikemukakan oleh pemimpin Umno sebelum daripada ini tentang kononnya undang-undang hudud ini zalim dan sudah tidak sesuai dilaksanakan pada zaman sekarang,” katanya Khairul Faizi

Isu khutbah: Kerajaan Pulau Pinang dakwa Umno ‘talam dua muka’



Oleh Yoges Palaniappan
August 24, 2010

Kain rentang menjemput orang ramai menghadiri majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk calon BN dua hari sebelum hari mengundi pilihan raya kecil Hulu Selangor.
GEORGE TOWN, 24 Ogos — Kerjaan negeri Pulau Pinang menyerang balas terhadap Umno berhubung isu nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng digunakan dalam khutbah dengan menimbulkan tindakannya menganjurkan sembahyang hajat bagi calon BN pilihan raya kecil Hulu Selangor P. Kamalanathan, April lalu.

Sambil menyifatkan Umno bertindak “talam dua muka”, Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Abdul Malik Kassim berkata, BN ada membacakan Yasin dalam sembahyang hajat yang diadakan khusus bagi calon mereka yang berhadapan dengan wakil Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

Kamalanathan memenangi kerusi itu.

“Jika mengatakan nama Ketua Menteri dalam khutbah tidak betul, mengadakan sembahyang hajat dan membacakan Yasin bagi calon bukan Islam BN adalah lagi tidak betul,” kata Abdul Malik sambil menunjukkan gambar kain rentang yang menjemput orang ramai menghadiri majlis tersebut.

Kata beliau gambar itu diperoleh dari Internet.

“Solat hajat dan membaca Yasin adalah satu perkara besar dalam agama, ia tidak seharusnya dilakukan (dalam bentuk sedemikian),” kata Abdul Malik lagi.

“Mereka yang mengadakan sembahyang khas adalah mereka yang sama membawa isu khutbah Jumaat ini,” kata beliau merujuk kepada dakwaan Umno bahawa beberapa masjid di Pulau Pinang menggantikan nama Lim bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam khutbah kedua Jumaat.

Umno menafikan mereka sengaja mengadakan isu ini.

Kedua-dua Abdul Malik dan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Othman yang menghadiri sidang media itu menegaskan, nama Yang di-Pertuan Agong tidak pernah digugurkan daripada khutbah Jumaat oleh mana-mana masjid di negeri itu.

Mereka juga meminta polis mempercepatkan siasatan ekoran tohmahan yang dikenakan ke atas khatib dan imam dalam isu semasa ini.

Mansor berkata, pihaknya juga sedang mengendalikan siasatan sendiri dan akan mendedahkan hasilnya dalam waktu terdekat.

Polis Pulau Pinang telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat isu kejadian khatib yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong kepada nama Ketua Menteri dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.

Isu itu ditimbulkan oleh Umno Pulau Pinang Khamis lalu.

Khutbah: Khatib Zakaria pertahan doa, dakwa orang politik besarkan isu



August 24, 2010

GEORGE TOWN, 24 Ogos — Zakaria Ahmad, khatib yang mencetuskan kontroversi kerana berdoa untuk Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang, mempertahankan tindakannya itu dan berkata ia tidak salah di sisi agama.

“Bagi saya, berdoa (untuk orang bukan Islam) itu tidak salah cuma cara berdoa dan tempat (ketika khutbah Jumaat) itu yang dikatakan menjadi kesalahan.

“Insya-Allah lepas ini saya tidak akan mendoakan lagi (khutbah Jumaat) kalau hendak mendoakan pun di tempat lain,” katanya kepada pemberita selepas member keterangan kepada Jawatankuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) di sini.

Dipetik Bernama, beliau menyifatkan isu berdoa itu adalah kecil tetapi telah diperbesarkan oleh orang politik dan beliau berterima kasih kepada MAIPP kerana member bimbingan kepadanya

Isu membaca doa untuk Lim bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat itu didedahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

Yang Dipertua MAIPP Elias Zakaria berkata jawatankuasa itu berpuas hati dengan keterangan Zakaria dan hasil perbincangan itu akan dibawa ke mesyuarat MAIPP untuk tindakan lanjut.

Katanya setakat ini tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap Zakaria dan khatib itu juga bersetuju untuk tidak mengulangi perbuatan itu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi mengesahkan polis telah mengambil keterangan Zakaria hari ini.

“Kita cuba menyelesaikan siasatan berhubung kes ini hari ini,” katanya

Selasa, 24 Ogos 2010

Khutbah: PAS harap pasukan khas telus



Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menggesa pasukan khas yang ditubuhkan polis telus dalam siasatan dan mampu menyelesaikan isu khutbah Jumaat di Pulau Pinang.

Baginya, Umno BN kini ketandusan isu untuk dibangkitkan sehingga terpaksa menggunakan isu perkauman bagi mengalih perhatian rakyat terhadap permasalahan negara.

Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada dakwaan bahawa nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng digunakan untuk menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat.

Menurutnya, beliau telah merujuk PAS dan Pakatan Rakyat negeri itu dan telah diberitahu bahawa tidak wujud apa yang dikatakan meninggalkan doa kepada Agong dan Yang Dipertua Negeri dan menggantikan dengan nama Lim Guan Eng.

"Memang ada disebut nama Lim Guan Eng, tetapi dalam konteks yang lain," katanya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, nama ketua menteri itu disebut dalam khutbah apabila imam membicarakan tentang gejala sosial dalam masyarakat hari ini dan dikaitkan dengan isu judi.

Imam menjelaskan juga bahawa Pulau Pinang adalah negeri pertama mengharamkan syarikat judi Ascot Sport menjalankan urusan perjudian di negeri itu.

"Pulau Pinang antara negeri paling awal yang mengharamkan judi, maka waktu itulah dia (imam) menyebut nama Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri pertama mengharamkan judi," kata Mustafa lagi.

Imam bagaimanapun katanya, bukan mendoakan keselamatan Lim Guan Eng seperti yang didakwa, tetapi mendoakan agar Ketua Menteri itu diberi hidayah untuk menerima Islam.

"Khatib tahu bahawa salah doakan kebaikan kepada bukan Islam, tetapi tidak salah mendoakan hidayah kepada mereka agar menerima Islam," katanya lagi.

Semalam, khatib yang dimaksudkan, Zakaria Ahmad turut menafikan beliau mendoakan keselamatan Lim Guan Eng seperti didakwa banyak pihak.

"Laporan mengatakan saya mendoakan keselamatan Lim Guan Eng adalah fitnah kerana saya tidak melakukannya.

"Saya hanya doakan supaya dia (Guan Eng) diberi hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam, itu sahaja," jelas Zakaria.

Beliau juga mendakwa isu tersebut juga telah diputarbelit dan dipolitikkan.

Sehubungan itu, beliau juga sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang memfitnahnya.

Minuman beralkohol: Kanak-kanak minum bir



Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat prihatin berhubung kebanjiran minuman ringan beralkohol dalam pasaran dengan bertopengkan minuman ringan.

Manakala undang-undang dengan jelas menyatakan bahawa minuman beralkohol dilarang kepada mereka yang berusia di bawah 18 tahun, minuman ini dijual kepada kanak-kanak sekolah tanpa sekatan di pasar raya dan kedai 24 jam.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris berkata, isu minuman beralkohol yang dijual sebagai minuman ringan bukanlah perkara baru.

Pada 1997, katanya CAP mendedahkan minuman ringan bernama Alcopops dijual sebagai minuman ringan sedangkan ia mengandungi sehingga 5% alkohol, masalah yang sama kemudiannya didedahkan lagi pada 2003.

Katanya, kajian CAP menunjukkan pada masa ini lebih daripada 15 jenis minuman ringan beralkohol berada di pasaran.

Minuman ringan beralkohol ini yang boleh didapati di dalam botol 275 ml dijual dengan harga RM4 hingga RM10.

Botol berisi jus berwarna yang menarik dengan nama tropical fruit, ice lemon tea, jus oren, lemon original tanke, lemon and lime flavour, orange-lemon flavour dan sebagainya.

Katanya, pengeluar menggunakan warna yang amat menarik yang sudah pasti mempengaruhi pengguna terutama sekali kanak-kanak dan remaja untuk mencubanya dan kemudiannya akan ketagih.

Contohnya, kata beliau minuman ringan ini juga dikeluarkan dengan warna merah jambu yang akan menarik kanak-kanak perempuan untuk mencubanya.

“Malah dengan sedikit kesan alkohol dalam minuman ringan menjadikan ia minuman beralkohol, apatah lagi kandungan alkoholnya 4% hingga 6.3% dalam minuman ringan ini,” katanya.

Menurutnya, bir yang diminum dengan meluas mengandungi 5% alkohol yang bermakna kandungan alkohol dalam minuman ringan ini jauh melebihi kandungan alkohol dalam bir.

Katanya, kebimbangan mula dirasai oleh guru-guru di Pulau Pinang selepas mendapati pelajar-pelajar mereka mengambil minuman ringan ini hampir setiap hari walaupun harganya tinggi.

“Menyedari akan minuman ini boleh menjadikan mereka ketagih kepadanya, guru ini telah meneliti label pada botol dan amat terkejut apabila mendapati minuman itu mengandungi alkohol.

“Menyedari betapa seriusnya masalah ini, beliau kemudiannya membawa perkara ini ke perhatian pihak CAP,” katanya.

Jelasnya, apabila CAP menemubual beberapa orang pelajar yang mengambil minuman itu, mereka tidak menyedari bahawa minuman itu mengandungi alkohol.

Tambahnya, sesetengah daripada mereka menyuarakan rasa terkejut apabila mengetahui bahawa mereka selama ini sebenarnya mengambil minuman beralkohol.

Menurutnya, label yang jelas dengan maklumat kandungan alkohol tidak memberikan apa-apa makna memandangkan ia dicetak dalam huruf yang kecil dan ditenggelami oleh label berwarna dan menarik.

CAP, ujarnya percaya minuman ringan beralkohol boleh membawa kepada kegiatan samseng (gangsterisme) dalam kalangan pelajar sekolah.

Menurut Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 2005, 32 pelajar terlibat dalam gangsterisme.

Bilangan ini telah meningkat kepada 60 orang pada tahun lalu. Pada 2008 sahaja 81 pelajar dikesan hubungan mereka dengan aktiviti gangster.

“Jelas minuman ringan ini menjadi langkah awal untuk ketagihan alkohol,” ujarnya.

CAP, ujarnya merasakan bahawa hak pengguna telah dicabuli dengan mendedahkan minuman beralkohol ke atas mereka tanpa pengetahuan mereka.

“Keadaan ini amat tidak sihat kepada generasi muda. Minuman beralkohol boleh merosakkan sel otak dan menjejaskan deria mereka, ini memberikan kesan negatif terhadap prestasi akademik mereka,” katanya.

Beliau berkata, pihak pengeluar menggunakan taktik itu untuk meningkatkan jualan mereka dan memang mereka menyedari bahawa alkohol dalam minuman itu cenderung untuk menjadi ketagih untuk mengambil minuman ringan mereka.

Akhirnya, kata beliau ia akan membawa mereka kepada ketagihan kepada minuman alkohol lain yang lebih tinggi kandungan alkoholnya.

“Jelas sekali ini merupakan cara berbahaya memerangkap masyarakat ke dalam rantaian penagihan alkohol yang akan memastikan keuntungan yang berterusan untuk syarikat alkohol,” katanya.

Memandangkan bahaya minuman beralkohol yang bertopengkan di bawah nama minuman ringan, CAP menyarankan pihak berkuasa berkaitan supaya mengambil tindakan di mana minuman itu tidak seharusnya dijual sebagai minuman ringan, sebarang minuman yang dicampur alkohol perlu dilabelkan sebagai minuman beralkohol dan dijual menerusi kaunter minuman keras sahaja,

Selain itu, katanya tindakan perlu diambil terhadap pengeluar minuman ringan yang melabelkan dan menjual minuman yang dicampur dengan alkohol sebagai minuman ringan.

Memandangkan minuman ringan adalah untuk semua pengguna, menambah alkohol ke dalamnya seharusnya tidak dibenarkan dalam pengeluaran minuman ringan.

Royalti: Kelantan dijangka fail saman Petronas 30 Ogos



Wartawan Kita
KOTA BHARU, 24 Ogos: Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, kerajaan negeri dijangka memfailkan saman terhadap Petronas kerana pecah kontrak pada 30 Ogos ini di sebuah mahkamah di Kuala Lumpur.

“Esok writ tuntutan saman itu akan dibawa kepada mesyuarat Exco kerajaan negeri untuk mendapat kelulusan.

”Dan sekiranya mendapat kelulusan, saman itu akan difailkan terhadap Petronas pada 30 Ogos ini. Seorang peguam terkenal Thomy Thomas akan memfail bagi pihak kerajaan negeri,” katanya tanpa memberitahu mahkamah mana di Kuala Lumpur.

Menurutnya saman tersebut pada peringkat awal dijangka difail pada 31 Ogos dengan kira semangat kemerdekaan.

Bagaimanapun, kata beliau tarikh tersebut merupakan hari cuti, maka tarikh 30 Ogos lebih sesuai dengan semangat kemerdekaan sekarang.

Kata beliau kes saman terbabit berbeza dengan apa yang dilakukan kerajaan PAS Terengganu pada 2000, memandangkan ada afidavit bertulis daripada bekas pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah yang sanggup menjadi saksi utama.

”Biar pun kes tuntutan royalti dibawa ke mahkamah namun perundingan masih terbuka bagi menyelesaikan isu tersebut.

”Dengan mengambil semangat Ramadan sekarang adalah peluang terbaik bagi pihak terbabit untuk membayar royalti kepada Kelantan,” ujarnya yang juga Exco Kerajaan Negeri.

Kerajaan Kelantan menuntut royalti minyak kepada Petronas dan kerajaan pusat berdasar kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 setelah carigali minyak dilakukan di kawasan perairannya.

Ditanya surat Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Perdana Menteri, katanya Datuk Seri Najib Razak mungkin sibuk untuk menjawab surat penjelasan mengenai royalti petroleum.

Khatib tidak keseorangan - Mahfuz



Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, khatib yang dikaitkan dengan doa supaya Lim Guan Eng diberikan hidayah tidak keseorangan dalam menghadapi siasatan apa yang disifatkan sebagai ‘undang-undang baru Umno’.

Sehubungan itu, beliau meminta polis menyiasat sama majlis solat hajat dan bacaan Surah Yaasin di Masjid Jamek Al-Rahimah, Kuala Kubu Bharu bagi kemenangan P Kamalanathan dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor dahulu.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mahu polis dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang membuat siasatan sepenuhnya berhubung dakwaan penggunaan nama (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah Jumaat.

"Oleh kerana Umno histeria sangat apabila doa untuk Guan Eng dibacakan dalam khutbah, polis dengan pantasnya menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat pembacaan doa itu.

"Kalau baca doa untuk Guan Eng dalam masjid menjadi satu kesalahan di sisi Najib sehingga polis menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat, sepatutnya polis menyiasat sama majlis solat hajat dan bacaan Surah Yaasin di Masjid Jamek Al-Rahimah, Kuala Kubu Bharu bagi kemenangan Kamalanathan," kata beliau yang menyifatkan histeria Umno itu semata-mata berpunca dari ketandusan modal politik dan tidak ada kena mengena dengan Islam.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan, sejak bilakah Najib dan Umno membuat undang-undang yang meletakkan usaha mendoakan mana-mana orang bukan Islam diberikan hidayah memeluk agama Islam sebagai satu kesalahan?

"Apa yang dilakukan hanyalah memohon doa agar Guan Eng diberikan hidayah dan tidak ada kena mengena dengan fitnah dan pembohongan Umno kononnya nama Guan Eng menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong (Tuanku Mizan Zainal Abidin).

"Adakah Umno sudah mengada-adakan undang-undang baru menggantikan undang-undang Allah sehingga usaha mendoakan mana-mana orang bukan Islam diberikan hidayah memeluk agama Islam menjadi satu kesalahan di dalam undang-undang baru Umno itu?" Mahfuz mempersoalkan.

Bagi beliau, adalah sesuatu yang natural bagi mana-mana orang Islam untuk mengharapkan orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam.

"Mengharap dan berdoa sepatutnya tidak menjadi satu kesalahan kerana ia bukan paksaan. Soal sama ada orang yang didoakan hendak memeluk Islam atau tidak, itu hak dia.

"Tetapi nampaknya Umno meletakkan usaha itu sebagai satu kesalahan. Nampaknya yang dihalalkan oleh Allah sudah menjadi haram di sisi Umno," kata Mahfuz.

Khatib yang menjadi mangsa ‘undang-undang baru Umno’ itu, Ustaz Zakaria Ahmad dilaporkan mengakui ada melafazkan doa untuk Guan Eng tetapi menegaskan tidak pernah mendoakan keselamatannya sebaliknya memohon supaya Guan Eng diberikan hidayah memeluk agama Islam.

Beliau memberitahu, pihak polis telah menghubunginya dan memintanya hadir memberi keterangan berhubung siasatan kes berkenaan.

Zakaria berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama memberi keterangan kepada polis kerana percaya tidak ada apa yang perlu disembunyikan

PAS: Noh Omar tak berani berkokok lagi



Ogos 24, 10 10:54am
Kongsi 0
Penubuhan pasukan khas antirasuah pasir oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) didakwa menyebabkan timbalan pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar tidak berani 'berkokok' lagi menyerang pentadbiran Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata, perkara itu juga disebabkan permohonan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Datuk Seri Muhyiddin Yassin, menteri dalam negeri dan ketua polis negara supaya menangkap pencuri pasir.

"Keputusan yang bijak ini telah mematikan isu pasir di Selangor, kononnya berlaku penyelewengan (seperti didakwa) oleh hero pasir Datuk Noh Omar dan (bekas menteri besar) Datuk Seri Khir Toyo.

"Kita mengharapkan kalau boleh SPRM boleh buka balik fail-fail projek pasir yang dikendalikan oleh kerajaan BN dahulu, supaya rakyat tahu siapakah perompak pasir di Selangor," katanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails