KUALA LUMPUR, 21 Okt:
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(MPPUIAM) melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan penggantungan yang
dikenakan terhadap seorang pakar perlembagaan di Malaysia, Prof Dr Abdul
Aziz Bari (gambar).
Presidennya, Mohamad Iqbal Ab Wahab berkata, apatah lagi, Dr Aziz
telah menyumbang bakti di bumi UIAM digantung tanpa diadili terlebih
dahulu, kata
“Perkara ini jelas bertentangan dengan Fasal 10 Perlembagaan Malaysia
yang menyentuh berkenaan kebebasan bersuara. Yang lebih menyedihkan,
kebebasan akademik secara jelas telah dicabul,” katanya kepada
Harakahdaily pagi ini.
Baginya, jenayah akademik dan intelektual sebegitu tidak dapat
diterima oleh seluruh rakyat Malaysia secara amnya dan warga UIAM
khususnya.
Tegasnya, yang nyata, isu yang dibangkitkan oleh ahli akademik ini
perlu dijawab dengan secara ilmiah, bukan dengan cara politik murahan
dan tidak bertamadun.
Tambahnya, tindakan penggantungan sebegitu serta layanan terhadap Dr
Aziz sedikit sebanyak telah menjejaskan imej UIAM di mata dunia.
“Oleh hal yang demikian, kami mewakili seluruh warga UIAM menuntut
penjelasan dari pihak tertinggi UIAM berkenaan isu ini kepada seluruh
warga UIAM,” katanya.
Beliau menambah, MPPUIAM juga menuntut pihak universiti perlu menarik
balik penggantungan terhadap Dr Aziz dan satu sesi public hearing
(pengadilan di tempat terbuka) dijalankan di dalam UIAM bagi mendapatkan
penjelasan kedua-dua belah pihak.
“Kami juga menolak sebarang campur tangan pihak luar terutama bagi
mereka yang mempunyai kepentingan politik dan peribadi dalam
menyelesaikan isu ini.
“Akhir kata, kami menyeru kepada semua pihak untuk menghormati
kesucian taman ilmu dan budi , demi nusa, bangsa dan agama Islam yang
tercinta,” ujarnya lagi.
Tambahan pula, ujarnya apabila membawa nama Universiti Islam Antarabangsa. |
Jom baca:
BalasPadamhttp://akarimomar.wordpress.com/2011/09/26/titah-diraja-dymm-raja-nazrin-di-kongres-majlis-agama-islam-negeri-seluruh-malaysia-2011/
Jangan Lupa Himpunan Sejuta Umat Sabtu Ini !
http://himpun.org/