KUALA LUMPUR, 15 Okt:
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyeru agar fokus dan
keutamaan jabatan agama mesti terarah kepada usaha menyelamatkan aqidah
ummat Islam berbanding dengan persoalan tauliah yang tidak ada syarat
wajib dalam Islam untuk menyampaikan kebenaran Islam selagi ianya tidak
bercanggah dengan syariat.
Presidennya, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan berkata, ini ekoran
kedangaran suara yang tidak berpuas hati kepada Jabatan Agama Islam
Selangor (Jais) atas tindakan terbarunya menahan Bob Lokman atas
kesalahan memberi kuliah tanpa tauliah yang bercanggah dengan Seksyen
119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
“Rungutan ramai ini perlu diambil perhatian kerana peristiwa ini
sudah kali berikutnya setelah penahanan yang dibuat terhadap bekas Mufti
Perlis, Dr Asri Zainul Abidin pada tahun 2009 lalu,” katanya.
Katanya, jabatan agama itu seolah tidak mempunyai tugas yang lebih
penting daripada menghalang untuk pendakwah menyampaikan kuliah dan
nasihat agama kepada masyarakat.
Gamis, ujarnya berasa pelik dan hairan kenapa persoalan tauliah
menjadi subjek utama dalam penahanan, bukannya isi penyampaian
penceramah berkenaan.
Perkara ini berlainan terjadi kepada banyak kumpulan ajaran yang
telah difatwakan sesat dan menyeleweng oleh majlis agama sebelum ini,”
ujarnya.
Kata beliau, antara contohnya ialah Tarekat Naksabandiyah Kadirun
Yahya yang telah difatwakan sesat namun masih berleluasa sehingga hari
ini di negeri Selangor.
“Saya pernah meninjau kawasan ajaran sesat ini dan mendapati
pengamalan dan dan ajaran ini masih berleluasa dan tidak ada sebarang
penahanan yang dibuat oleh jabatan agama.
Kumpulan itu juga, katanya tidak mewajibkan solat Jumaat dan pelbagai lagi aturan yang menyalahi syariat Islam secara nyata.
Menurutnya, “Kita akan panggil mereka yang kita disyaki ini dan kita
berdialog mengenai ajaran yang mereka bawa” begitulah kenyataan yang
dikeluarkan oleh bekas Pengarah Jais yang lalu menunjukkan bahawa ada
toleransi dan komunikasi yang baik dengan kumpulan yang telah disahkan
sesat, namun pendakwah bebas pula terus ditangkap hanya disebabkan
tauliah. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA