SHAH ALAM, 23 Okt: Pakatan Rakyat akan bersama-sama
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dalam piket besar-besaran
serentak di seluruh negara, 3 November depan.
Piket tersebut bagi
membantah Akta Kerja (Pindaan) 2000 yang diluluskan Dewan Rakyat
sebelum pembentangan Belanjawan 2012 baru-baru ini.
Akta ini
membolehkan majikan mengambil pekerja secara kontrak melalui agensi yang
dilantik sebagai orang tengah di antara majikan dan pekerja.
Agensi yang membekalkan pekerja secara kontrak akan dilembagakan dan dikitiraf kerajaan.
Bercakap
pada sidang media di Pejabat PAS Selangor, dekat sini hari ini,
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, PAS menyokong penuh
tindakan MTUC menganjurkan piket tersebut kerana nasib pekerja bawahan
semakin tidak terbela apabila semakin banyak pekerja kontrak diambil.
"Penentangan MTUC memang ada asas dan PAS sokong MTUC supaya hak dan kedudukan pekerja lebih terjamin pada masa hadapan.
"Majikan
lebih suka ambil pekerja secara kontrak bagi mengelak tanggungjawab
dan pembekal kontrak dilembagakan dan diktiraf kerajaan," kata beliau.
Pengerusi
Biro Pekerja PKR, Abdullah Sani pula berkata, kerajaan BN mahu
menghidupkan kembali perhambaan pekerja seperti pada tahun 1955 dahulu.
"Isyaratnya pindaan akta ini akan membunuh generasi akan datang.
"Umno menghalalkan perhambaan moden yang akan menyaksikan pekerja terus menjadi hamba kepada syarikat korporat.
"Sebanyak
277 agensi yang bergerak secara bebas dalam negara dan 42 peratus
mereka merupakan kontrak yang bukan digajikan oleh syarikat utama,
hampir 5,000 pekerja terlibat.
"Dengan adanya agensi perjanjian
di antara majikan dan pekerja tidak ada yang banyak mengabaikan nasib
pekerja termasuk tiada pemotongan Socso," katanya.
Mengulas
lanjut mengenai Piket, beliau yang juga Ahli Majlis Am MTUC, berkata di
Selangor piket akan diadakan di Seksyen 15 dan Teluk Panglima Garang.
Manakala di Wilayah Persekutuan kemungkinan akan diadakan di Jalan Raja Laut.
"Ini juga termasuk di Sabah dan Sarawak," katanya yang juga Ahli Paelimen Kuala Langat.
Sementara
itu, Pengerusi Lajnah Pekerja PAS Pusat, Anuar Tahir berkata, pihaknya
akan memobilisasi ahli agar turun bersama-sama pekerja dalam piket ini.
Menurutnya juga, siri penerangan kepada masyarakat akan bermula malam ini dengan ceramah di Ipoh, Perak.
Di
peringkat Wilayah Persekutuan akan diadakan ceramah di Kolej Universiti
Islam Zulkifli Muhammad (Kuiszm), Taman Melewar pada 28 Oktober.
"Kita akan bagi sokongan penuh kepada MTUC seperti piket Nation White menuntut gaji minima tahun lalu.
"Pilihan
raya umum akan datang, rakyat akan memilih samaada nak pilih pemimpin
yang menghambakan pekerja atau memerdekakan pekerja," katanya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA