KUALA LUMPUR, 25 Okt:
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan
gejala murtad yang berlaku di negara ini adalah akibat tidak
melaksanakan pemerintahan Islam.
Menurutnya, dengan mengambil fahaman nasionalis, menyebabkan manusia
akan merasa lekeh kepada Islam dan akan mengagung-agungkan fahaman
kebangsaan.
"Di Malaysia ni punca murtad adalah kerana nasionalis. Golongan
nasionalis ini buat manusia rasa lekeh kepada Islam kerana mereka tolak
Islam ambik kebangsaan.
"Daripada rasa lekeh ini lah timbul masalah menggelongsor luruh
daripada Islam. Ini kita panggil murtad," katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya yang juga Menteri Besar Kelantan, PAS adalah parti pertama di negara ini yang memperjuangkan Islam.
Jika ada pihak yang mendakwa PAS tidak berusaha menentang murtad,
beliau berkata tomahan itu salah kerana penubuhan PAS itu sendiri mahu
mempertahankan Islam.
"PAS orang pertama mempertahan Islam.
"Bila Islam itu diperjuangkan maka segala perkara membawa manusia
kepada Islam kita akan gunakan dan segala perkara yang memberi mudarat
kepada Islam, PAS akan tentang," katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan golongan pendakwah di
negara ini agar jangan hanya melihat tugas dakwah sekadar menyeru
masyarakat memakai serban dan jubah, malah lebih penting katanya adalah
menegakkan pemerintahan Islam secara keseluruhan.
"Sekarang ini golongan pendakwah banyak, tetapi mereka berkisar hanya
pada pakai seban sunnah nabi, berjanggut sunnah nabi dan berjubah
sunnah nabi.
"Kita tinggal perkara paling penting sekali iaitu memerintah dengan
Islam yang juga sunnah nabi. Ekonomi cara Islam, budaya cara Islam,
sosial cara Islam dan politik cara Islam," katanya.
Sebelum ini, Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad
berkata PAS konsisten memperjuangkan isu murtad sejak dahulu lagi.
Katanya, sejak 1990, sudah tiga kali PAS membawa undang-undang persendirian mengawal murtad di parlimen.
Bagaimanapun usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet itu tidak diangkat sehingga sidang parlimen habis.
Selain itu, ketika isu murtad Noraishah Bukhari, Lina Joy dan Hartina
Kamarudin, PAS adalah parti paling hadapan melawan isu itu pada ketika
itu bukannya Umno atau mana-mana NGO. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA