(Anwar membentangkan Belanjawan Sejahtera Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen hari ini)
KUALA LUMPUR, 4 Okt: Pakatan Rakyat menjanjikan akan
memberikan lesen dan permit teksi terus kepada pemandu teksi dan tidak
lagi secara konsesi sebagaimana yang diamalkan sekarang.
Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan belanjawan
2012 Pakatan Rakyat berkata, kerajaan Pakatan juga akan mengesyorkan
gaji minima RM1,100.
Di samping itu, elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan akan diberikan sebagaimana yang dijanjikan dalam Buku Jingga sebelum ini.
Anwar juga berkata, Perdana Menteri Pakatan Rakyat tidak akan memegang jawatan Menteri Kewangan.
Anwar
membentangkan cadangan Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat tiga hari sebelum
Perdana Menteri mengumumkan belanjawan 2011 Jumaat ini. Belanjawan
ini dinamakan Belanjawan Sejahtera Pakatan Rakyat manakala Datuk Seri
Najib pula dilaporkan akan membentang satu belanjawan untuk meringankan
bebanan penduduk kampung Jumaat ini.
Anwar membentangkan belanjawan ini di Bilik Taklimat, Aras 2, Bangunan Utama, Parlimen Malaysia mulai jam 1.30 tengahari tadi.
Turut serta adalah pemimpin kanan Pakatan Rakyat di samping para wartawan dan pegawai kerajaan.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA