KOTA BHARU, 23 Okt: Setiausaha Agung PKR Saifuddin
Nasution Ismail mendakwa kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib
Razak tidak ada kawalan ke atas perbelanjaan yang boros dan gaya hidup
mewah.
Pada masa yang sama, rakyat pula katanya bakal dikenakan
cukai barangan GST (Goods and Services Tax) yang sekaligus menyaksikan
rakyat bawahan akan terus terbeban.
“Rang Undang-Undang berkaitan
sudah diedarkan, tunggu masa hendak diluluskan dan akan dilaksanakan
kutipan cukai baru itu ke atas segenap lapisan rakyat tanpa mengira
miskin atau kaya.
“Sedangkan dia tidak ada kawalan ke atas
perbelanjaan yang boros dan gaya hidup mewah, bahkan memperkenalkan
cukai baru," katanya.
Beliau berucap pada program Penjelasan
Sidang Dewan Undangan Negeri dan Bajet 2012 Muslimat anjuran Urusetia
Penerangan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Lajnah Penerangan Muslimat
PAS Negeri di JKR 10, Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini semalam.
Mengulas lanjut, Saifuddin mendakwa perbelanjaan negara terus bertambah akibat pemborosan, pembaziaran, kebocoran dan ketirisan.
“Sebagai
contoh, perbelanjaan perjalanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
mencecah RM17 juta, pembayaran bill utility rumah Perdana Menteri dan
Timbalannya serta bill air menelan belasan jutaan ringgit.
“Perbelanjaan itu boleh dikawal jika sekiranya cara hidup mewah dihentikan,” katanya.
Menututnya,
ini berbeza dengan cara hidup menteri besar di negeri Pakatan Rakyat
yang tidak menduduki rumah rasmi, bahkan mendapat pujian daripada
Jabatan Audit Negara berkenaan pembaziran dan pemborosan.
Pemberian one-off hasil hutang
Selain
itu, beliau mendakwa pengumuman insentif dalam Bajet 2012 oleh Datuk
Seri Najib yang bersifat ‘One Off’ adalah hasil daripada hutang.
Menurutnya,
negara terpaksa menambah hutang bagi menampakkan BN membiayai rakyat
pada masa yang sama mereka menambah defisit negara.
“Hutang yang terpaksa dibuat bagi menampung defisit dan hutang jugalah bagi membiayai rakyat,” dakwanya.
Megnulas
Laporan Ketua Audit Negara yang tidak dibentang biarpun perbahasan
Bajet 2012 di peringkat dasar telah pun tamat, beliau yakin ada sesuatu
yang tidak kena.
“Biasanya bukti-bukti salah urus ini akan dicatatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, setiap tahun.
“Peristiwa
(kelewatan) ini saya lebih melihat bahawa ada sesuatu yang tidak kena
walaupun penjelasan diberikan pihak Jabatan Audit,” katanya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA