KUALA LUMPUR, 28 Okt: Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin hendaklah menyedari bahawa kerajaaan yang dipimpin
oleh Umno BN sekarang sudah pun gagal menguruskan hasil mahsul negara
dengan berkesan.
“Umno digesa melihat kepada diri sendiri terlebih dahulu sebelum
menuding jari kepada orang lain. TPM mestilah sedar bahawa busuk ikan
itu sebenarnya bermula daripada kepala,” kata Penolong Setiausaha Dewan
Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din.
Beliau mengulas arahan Muhyiddin agar tindakan disiplin atau hukuman
setimpal diambil terhadap pihak yang terbukti melakukan pembaziran atau
salah guna kuasa seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara
2010 seperti mana yang dilaporkan dalam salah sebuah akhbar arus perdana
hari ini.
Katanya, itulah akibatnya apabila negara dipandu oleh Umno, apabila
Islam tidak dijadikan asas utama dalam kehidupan, maka perasaan takut
kepada Allah dalam menguruskan harta orang ramai akan hilang.
"Hadis ada menyebut bahawa anggota badan (perbuatan manusia) kita
akan jadi rosak kalau hati sudah rosak, dan sebaliknya kehidupan kita
akan jadi sejahtera kalai hati kita sejahtera, persoalannya ialah
sejauhmana perjuangan Umno dalam mendidik hati rakyat," kata beliau.
Beliau berkata, ia amat berbeza dengan pemerintahan PAS sepertimana
yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan
yang senantiasa menitik beratkan tentang hati.
Sebab itulah, katanya kepimpinan kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS bersih dari rasuah dan seumpamanya.
"Satu-satu cara untuk menyelesaikan masalah ini bukannya menghukum
pembazir tetapi ialah dengan menghukum Umno BN yang merupakan 'kepala
ikan' dalam masalah ini," ujar beliau lagi. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA