Selamat Datang

Isnin, 17 Oktober 2011

PAS Terengganu lancar manifesto berkebajikan


| Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 16 Okt: Sebagai tanda sudah bersedia berdepan Pilihan Raya Umum ke-13, PAS Terengganu malam tadi melancarkan manifesto mereka bertemakan "Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan". Pelancaran itu disempurnakan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena program Himpunan Kebangkitan Rakyat: PAS Ganti Umno ke-3 di Pantai Pandak, Cendering, Terengganu.

Lima perkara awal antara yang akan dilaksanakan PAS jika diberi amanah memerintah negeri itu termasuklah:
- Melaksanakan pengecualian cukai kediaman
- Menyelesaikan isu tanah rakyat yang dirampas oleh BN
- Cuti 30 hari bergaji bagi kakitangan kerajaan kematian suami
- Menyediakan 17,000 peluang kerja dalam tempoh 3 tahun, dan
- Merakyatkan ekonomi dan menyediakan skim khas rakyat miskin.
Tuan Guru Abdul Hadi dalam ucapannya berkata, sebuah kerajaan yang diberi amanah memerintah perlu menunaikan tiga tanggungjawab utama iaitu menjadi kerajaan yang memperhambakan diri pada tuhan, memberi makan kepada rakyat sehingga rakyat tidak lapar dan menjaga keselamatan dalam negara.
Mengulas Belanjawan 2012 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib 16 Oktober lalu, Tuan Guru Abdul Hadi berkata, kenaikan gaji yang diumum kerajaan tidak membantu rakyat kerana pada masa yang sama harga barang juga dinaikkan.
Pemberian yang disifatkan sebagai one-off itu katanya hanya akan memberi kesenangan sementara lebih-lebih lagi dalam usaha BN memancing undi untuk PRU ke-13 tidak lama lagi.
Namun selepas itu katanya, rakyat akan terus terbeban dengan perlaksanaan cukai khususnya barangan perkhidmatan (GST) yang hampir pasti dilaksanakan jika BN terus diberi kepercayaan memerintah negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails