KUALA LUMPUR, 15 Okt: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Kedah mengucapkan tahniah kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (gambar) yang dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara, di sini, semalam.
“Saya mewakili ahli Parlimen Pakatan Rakyat Kedah mengucapkan tahniah
di atas pengisytiharan Majlis Raja-Raja memilih Sultan Abdul Halim
Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Beliau juga berdoa agar ke bawah Duli Tuanku dipanjangkan usia untuk
menempa sejarah menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua dalam
hayat baginda.
“Patik juga berharap tuanku akan membawa lonjakan baru kepada
Malaysia dalam semua bidang seperti lonjakan yang tuanku bawa kepada
Negeri Kedah.
“Daulat Tuanku,” ujarnya yang juga Naib Presiden PAS dalam satu kenyataan ringkas, pagi ini.
Pemilihan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Timbalan Yang
di-Pertuan Agong, berkuatkuasa 13 Disember depan bagi tempoh lima tahun
menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat tempoh
pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.
Dengan pemilihan tersebut, ini adalah kali kedua Sultan Abdul Halim
menjadi Yang di-Pertuan Agong selepas dipilih kali pertama pada 21
September 1970 untuk tempoh lima tahun yang berakhir pada 20 September
1975.
Sementara itu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.
Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan Sultan Perak,
Sultan Azlan Shah, dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia
Raja-Raja kecuali Sultan Pahang. Pemilihan itu dilakukan mengikut peruntukan jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA