KUALA LUMPUR, 4 Okt:
Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion bagi belanjawan 2012
berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4 peratus
daripada KDNK.
Dengan mengangkat tema "Kesejahteraan Untuk
Semua", belanjawan Pakatan Rakyat memberi fokus yang lebih kepada rakyat
berpendapatan rendah dan sederhana.
Belanjawan itu dibentangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bilik taklimat parlimen hari ini.
Ianya dibentang seminggu lebih awal berbanding bajet kerajaan pusat yang akan dibentang perdana menteri Jumaat ini.
Tujuh prinsip asas yang menjadi teras kepada Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat antaranya adalah seperti berikut:
1 - Membantu rakyat dalam masa terdekat mengharungi suasana ekonomi yang semakin terhimpit.
2 - Menjamin kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan khususnya untuk mengurangkan defisit.
3
- Menambahnilai perbelanjaan negara agar peruntukan benar-benar samapai
kepada rakyat dengan memerangi rasuah dan penyelewengan.
4 -
Memperkasakan keupayaan ekonomi rakyat dalam jangka masa sederhana dan
panjang melalui rekayasa latihan teknikal, vokasional dan penggajian
memartabatkan rakyat.
5 - Mengukuhkan lagi arus reformasi politik
yang manjadi prasyarat dan pendinding dari anasir-anasir yang mahu
membolot kekayaan negara untuk mereka dan kaum kerabat mereka sahaja.
Pembelaan rakyat terbanyak
Belanjawan
Pakatan Rakyat juga akan melaksanakan bantuan-bantuan berikut bagi
mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada gologan
rakyat kebanyakan:
a) Mengekalkan subsidi minyak RM22 bilion bagi mengelakkan kenaikan harga.
b)
Menghapuskan subsidi korporat yang hanya menguntungkan kroni seperti
pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh Bernas, monopoli lesen
teksi.
c) Bayaran bonus kepada warga emas sebanyak RM1,000 setahun yang berpendapatan kurang RM18,000 setahun.
d) Bayaran suri rumah sebanyak RM1000 dalam tahun 2012 dan menggalak mereka menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
e) Bayaran tambahan kepada isi rumah dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah RM550.
f)
Bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat
diselaraskan krpada RM550 sebulan berbanding RM300 sebulan pada masa
sekarang.
Mengembalikan martabat rakyat a) Menetapkan gaji minima sebanyak RM1,100 dan akan dikuatkuasakan.
b) Melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap guru seperti janji Buku Jingga.
c) Menyelaraskan gaji kakitangan awam berdasarkan penetapan gaji minima.
d) Akan menghentikan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan.
e)
Memperuntukkan tambahan RM1.3 bilion untuk menambahbaik skim latihan
vokasional dan teknik termasuk menaiktaraf kursus ijazah sedia ada
supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal.
f) Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam dengan perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan negeri.
g)
Pelaksanaan skim "Bina dan Jual" secara berperingkat bermula dengan
skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang
terainaya akibat projek perumahan terbengkalai.
h) Penganugerahan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon
dengan membatalkan sistem payung yang digunapakai bermula pemberian
lesen teksi secara terus kepada pemandu.
Menjamin Kelangsungan Wang Negara
Bagi menjamin kelangsungan wang negara, Belanjawan 2012 Pakatan Rakayat akan mengambil pendekatan berikut:
a)
Memotong belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion dengan
mengembalikan peruntukan ini kepada kementerian-kementerian yang
berkenaan bagi mengurangkan kecenderungan beberlanja berlebihan oleh
perdana menteri
b) Sasaran mengekang defisit yang drastik iaitu pada kadar 4.4 peratus bagi tahun 2012.
c)
Dividen Petronas diunjur pada kadar RM26 bilion sahaja iaitu RM4 bilion
lebih rendah dari BN bagi memastikan Petronas mempunyai sumber
mencukupi untuk terus berkembang.
d) Penjualan Lesen Import (AP) akan dibuat secara lelongan bagi menambah pendapatan negara dengan kadar RM1.2 bilion.
e) Pendekatan perolehan kerajaan akan diamalkan secara tender terbuka dengan jaminan skim-skim khas untuk Melayu/Bumiputera.
f)
Menyemak kontrak pembelian senjata oleh Kementerian Pertahanan untuk
memastikan nilai tambah kepada strategi dan keperluan pertahanan negara.
g) Mengutip hutang-hutang, tunggakan dan penyelewengan membabitkan dana dan aset negara.
h)
Mengembalikan cukai-cukai eksais dan duti yang dibatalkan oleh Perdana
menteri ke atas barang-barang mewah seperti beg tangan, seluar dalam
berjenama dan lain-lain.
Membina keanjalan dan daya saing ekonomi
a) Menubuhkan Suruhanjaya Perjanjian Awam Negara untuk menilai kembali konsesi yang tidak adil.
b)
Meminda Akta Persaingan 2011 supaya meliputi sektor penyiaran,
telekomunikasi, tenaga dan sektor bermonopoli laian untuk memecahkan
monopoli.
c) Mengurangkan pekerja asing menjelang 2015 mengikut sektor.
d)
Elauan penjagaan anak RM1000 setahun kepada ibu-ibu yang layak
dipadankan dengan pelaburan kerajaan membina pusat penjagaan
kanak-kanak.
Kesejahteraan sekata dan seadilnya
a)
Meminda Akta Geran Kapita 2002 untuk beralih dari mekanisme bayaran
tetap kepada prinsip formula berdasarkan faktor sumbangan ekonomi,
keperluan pembangunan, pendapatan rakyat dan kedudukan sosio ekonomi
setiap negeri.
b) Peruntukan tambahan sebanyak RM3.6 bilion untuk pembangunan luar bandar
c) Peruntukan khas RM100 juta untuk program pembersihan dan pengindahan desa di seluruh negara.
Mengukuhkan arus reformasi rakyat
a)
Melaksanakan sepenuhnya janji Buku Jingga termasuk memansuhkan ISA,
akta bersabit media percetakan, Akta Rahsia Rasmi dan AUKU.
b)
Membentangkan Akta Pemulihan Demokrasi seperti dicadang Pakatan Rakyat
pada 2011 untuk memansuhkan semua akta yang bertentangan dengan amalan
demokratik.
c) Melaksanakan segera semua tuntutan Bersih 2.0
d)
Merombak Jabatan Perdana Menteri dengan menaiktaraf jabatan-jabatan
bersabit tata kelola dan pertanggungjawab nasional seperti SPR, SPRM,
Biro Pengaduan Awam supaya bertanggungjawab terus kepada Parlimen.
e)
Pengenalan laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan
negara dibentang di Parlimen bersama laporan Ketua Audit Negara.
f) Membentuk tujuh Jawatankuasa Parlimen untuk membahas belanjawan di peringkat Jawatankuasa secara terperinci. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA