KUALA LUMPUR, 10 Okt:
Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw hari ini
menafikan dengan sekeras-kerasnya berita yang menyatakan DHPP enggan
menyokong PAS jika hudud dilaksanakan.
Beliau juga menafikan membuat ancaman untuk tinggalkan PAS sebagaimana yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini.
"Sebagai salah seorg pengasas kelab penyokong PAS yang kini menjadi DHPP, tidak ada sebab saya buat demikian.
"Ia
umpama rumah yang dibina dengan duit, masa dan tenaga saya tiba-tiba
dibakar oleh saya sendiri atas sebab bocor sikit di dapor," kata beliau
kepada Harakahdaily.
Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan di
muka depannya laporan kononnya 20,000 ahli DHPP akan keluar meninggalkan
PAS jika hudud dilaksanakan.
Selesai melalui mesyuarat
Sementara itu, berdasarkan laporan Sinar Harian itu, Dewan Pemuda PAS
Kelantan meminta pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) itu agar
membincangkan segala masalah dalaman parti melalui meja rundingan.
Ketuanya,
Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya berpendirian, sewajarnya
Pang Chow yang menerajui DHPP lebih memahami dasar PAS berbanding dengan
ahli-ahli biasa DHPP yang rata-ratanya tidak mempunyai sebarang masalah
dengan hasrat ini.
Beliau juga mengingatkan Pang Chow untuk
tidak mengambil kesempatan dari jawatan yang disandang untuk membuat
kenyataan seolah-olah menggugut kerajaan negeri dan parti.
Bahkan
beliau sepatutnya telah memahami dasar PAS sebelum menyertai DHPP yang
wujud hanya 15 tahun selepas hudud diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri
Kelantan.
"Saya menggesa agar Pang Chow tidak lagi membuat
kenyataan terbuka seperti ini, sebarang kemusykilan boleh diselesaikan
melalui perbincangan tertutup," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul
Latif menyatakan demikian ketika memberikan ulasan berkaitan kenyataan
Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chow seperti yang
tersiar di dalam akhbar Sinar Harian hari ini.
Di dalam
kenyataannya, Pang Chow memberikan isyarat bahawa akan berlaku tindakan
keluar beramai-ramai daripada sayap parti itu jika PAS terus
memperjuangkan hudud untuk dilaksanakan di Kelantan.
"Saya
melihat kenyataan Hu Pang Chow sebagai satu kenyataan yang kurang tepat
serta tidak realistik dengan senario politik semasa yang sedang berlaku
di Malaysia.
"Justeru, saya ingin mengulangi sekali lagi
penegasan yang dibuat oleh pimpinan PAS samada Presiden ataupun
Mursyidul Am bahawa hukum hudud hanya dikenakan kepada orang Islam
sahaja dengan tidak melibatkan langsung golongan non muslim.
"Pada
hari ini, apa yang diperjuangkan oleh PAS adalah pelaksanaan hudud di
negeri Kelantan sesuai dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan
1993 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan," kata
beliau dalam kenyataan itu.
Oleh yang demikian, katanya, Pang
Chow selaku Pengerusi DHPP sewajarnya lebih bertindak ke arah memberikan
penjelasan kepada non muslim agar tidak khuatir dan bimbang dengan
pelaksanaan hukum hudud serta bukannya mengambil langkah untuk
menyongsang arus dan membuat pendirian berbeza dengan pucuk pimpinan
parti.
"Ingin saya ingatkan bahawa kerajaan Kelantan akan terus
menjaga dan menjamin hak-hak masyarakat non muslim dan ia diterima oleh
rata-rata ahli DHPP," katanya.
Sebagai contoh pada 8 Oktober
2011 yang lepas telah diadakan Seminar Keharmonian Masyarakat Majmuk
anjuran kerajaan negeri Kelantan.
Ia dihadiri oleh wakil-wakil
DHPP dari seluruh negara dan rata-ratanya memberikan respon yang cukup
positif dan menyambut baik hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk
menguatkuasakan hudud ke atas umat Islam di Kelantan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA