KUALA LUMPUR, 7 Okt: Secara keseluruhan, Bajet 2012
yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya bajet pancing
undi bagi memastikan BN terus kekal memerintah," kata Siti Zailah Mohd
Yusoff.
Menurut
Ahli Parlimen Rantau Panjang itu, apa yang jelas dalam bajet itu hampir
semua ransangan yang dibuat hanya dalam bentuk pembangunan fizikal,
tidak ada penekanan dalam bentuk pembangunan rohani dan pemulihan akhlak
masyarakat.
"Banyak perkara juga yang diciplak dari bajet
Pakatan Rakyat.Tiada insentif yang banyak pada sektor swasta," katanya
sebagai respon awal kepada Harakahdaily.
GST menunggu
Disebalik
insentif yang bersifat "gula-gula" pilihan raya itu, beliau yang juga
Ketua Dewan Muslimat PAS mengingatkan rakyat agar tidak lupa cukai
barangan perkhidmatan GST yang akan dibentang di Dewan Rakyat yang
sekaligus akan membankan pengguna.
"Kita tidak nampak penurunan
cukai kepada sektor koperat. Walaupun ada banyak cukai tak lansung
diturunkan, namun rakyat jangan lupa cukai GST sedang menunggu akan
diluluskan dalam sesi ini di Dewan Rakyat.
"Maka semua rakyat akan dikenakan cukai pada semua jenis perkhidmatan dan barangan yang bakal dilaksanakan lepas PRU 13.
Kelantan terus dipinggir
Beliau juga mendakwa, bajet pilihan raya Najib itu memperlihatkan kesinambungan peminggiran terhadap rakyat Kelantan.
Beliau
merujuk kepada peruntukan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) satu bilion
ringgit yang diumum Najib yang hanya meliputi Perlis, Perak dan Johor
sahaja.
Bagaimanapun beliau mengalukan semua bonus dan manfaat
yang diberikan untuk rakyat, namun mempersoal kenapa ianya dibuat secara
terpilih. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA