KUALA
LUMPUR, 24 Okt: Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang telah menjadi isu
sebelum ini kerana kelewatan pengedarannya akhirnya telah diedar hari
ini, selepas 17 hari Bajet 2010 dibentangkan Perdana Menteri.
Mengikut
laporan yang telah disiarkan itu sehingga akhir bulan Disember 2010,
Kerajaan Negeri Johor telah membuat empat pinjaman iaitu tiga pinjaman
bagi projek bekaln air manakala satu pinjaman bagi projek Ladang Hutan
Kompensatori Kedua.
Sehingga akhir tahun 2010, Kerajaan Negeri
Johor telah berhutang sebanyak RM134.25 juta, manakala tunggakan
berjumlah RM334.51 juta.
Laporan itu juga menjelaskan mengikut
Master Aggrement antara Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Persekutuan,
Syarikat Air Johor Sdn Bhd, Syarikat Air Johor Holding Sdn Bhd dan
Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB), pinjaman yang diterima daripada Kerajaan
Persekutuan untuk membiayai projek bekalan air Johor akan diambil alih
oleh PAAB.
Bagaimanapun, semakan audit mendapati proses
pemgambilalihan tersebut masih belum selesai kerana baki pinjaman belum
dimuktamadkan walaupun Master Aggrement telah pun ditandatangani pada 11
Mac 2009.
Mengikut maklum balas, Kementerian Kewangan telah
mengadakan mesyuarat bersama Kerajaan Negeri Johor, Syarikat Air Johor
Holdings Sdn Bhd dan PAAB pada 8 Jun 2011 bagi membincangkan
pengambilalihan pinjaman bekalan air Negeri Johor oleh PAAB.
Sebelum
itu Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957
menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit penyata kewangan, pengurusan
kewangan, aktiviti kementerian atau jabatan serta pengurusan syarikat
Kerajaan Persekutuan dan mengemukakan laporan mengenainya kepada Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenaan supaya
laporan itu dibentangkan di parlimen.
Laporan audit boleh dilayari melalui
http://www.audit.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=458%3Alkan2010&catid=6%3Aberita-pengumuman&lang=ms |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA