KUALA LUMPUR, 28 Okt: Kajian Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) bahawa hanya tiga peratus pelajar mendapat manfaat
daripada Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) membuktikan kebenaran perjuangan menentang dasar
tersebut.
Pengerusi
Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid berkata, kajian itu
sekaligus menafikan dakwaan pihak yang pro PPSMI bahawa ianya memberikan
banyak manfaat kepada semua pelajar di seluruh negara.
Sebaliknya
beliau berkata, seperti yang dijelaskan pihak yang menentang PPSMI
sebelum ini, PPSMI hanya akan memberikan manfaat kepada pelajar di
kawasan bandar.
"Yang lebih penting kita tekankan, kalau
benar-benar kita nak laksanakan pendemokrasian pendidikan, kita harus
menekankan aspek bahasa.
"Majoriti penduduk di Malaysia jauh lebih cepat memahami mata pelajaran Matematik dan sains dalam Bahasa Melayu.
"Oleh itu adalah tidak logik dan tidak demokratik kalau nak laksanakan PPSMI," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Cikgu
Azmi yang merupakan salah seorang anggota Gerakan Mansuhkan PPSMI
(GMP), turut berkata, PPSMI bukan penyelesaian kepada usaha meningkatkan
prestasi pelajar dan mewujudkan persaingan di peringkat antarabangsa.
"Kerajaan perlu baiki teknik dan keperluan Bahasa Inggeris kalau betul-betul nak tingkatkan penguatkuasaan bahsa itu.
"Kalau
kerajaan kata kita akan payah bersaing dalam bidang ekonomi kalau tidak
kuasai Bahasa Inggeris, itu tak betul kerana kita lihat sekarang
ekonomi sudah jadi kacau bilau walaupun ramai pakar ekonomi yang
menguasai Bahasa Inggeris," katanya yang masih aktif menyampaikan
ceramah mengenai PPSMI.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan
tetap dengan keputusan untuk memansuhkan PPSMI tahun hadapan jika
mengutamakan kepentingan negara.
"Saya patahkan hujah pihak yang pro PPSMI bahawa PPSMI untuk kepentingan negara.
"Saya tegaskan, dengan melaksanakan PPSMI perbuatan merosakkan negara," katanya.
GMP
pernah mengajurkan demonstrasi besar-besaran di ibu negara pada 2009
membantah dasar tersebut yang turut disertai Sasterawan Negara, Datuk A.
Samad Said dan pejuang-pejuang bahasa yang lain. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA