KUALA LUMPUR, 23 Okt:
Pensyarah Undang-Undang yang sedang digantung Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengarahkan peguamnya menghantar
notis tuntutan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,
ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin dan Utusan
Malaysia.
Notis yang akan mula dihantar esok itu, menuntut
ketiga-tiga mereka membuat permohonan maaf dan membayar pampasan
berikutan pernyataan atau penerbitan mereka yang telah mencemarkan nama
baik Abdul Aziz.
"Kami menerima arahan untuk menghantar notis
tuntutan daripada Abdul Aziz dan kami akan menghantarnya mulai esok,"
katanya dipetik Malaysiakini.
Sekiranya mereka gagal
berbuat demikian, peguam Mohd Hanipa Maidin berkata profesor itu akan
memfailkan saman fitnah ke atas mereka.
Dr Mahathir selepas
menyempurnakan pasa satu majlis 16 Oktober lalu, dilaporkan oleh Utusan
sebagai berkata tindakan Abdul Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor
adalah perlakuan kurang ajar.
Tindakan ke atas Zulkifli pula,
dipercayai berkaitan kenyataan yang dikeluarkannya dalam beberapa media
termasuk Utusan. Ini termasuk kerana melabelkan pensyarah itu bersifat
biadab dan kurang ajar berhubung ulasannya terhadap titah Sultan
Selangor.
Hanipa berkata profesor itu juga sedang
mempertimbangakan mengambil tindakan undang-undang ke atas Senator Ezam
Mohd Nor berikutan kenyataan beliau kepada media yang berasaskan laporan
Utusan sehingga menyebabkan dirinya disoal-siasat oleh Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan pihak polis. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA