RANTAU PANJANG, 26 Okt:
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan
mengirim surat ‘tahniah’ dan rasa syukur di atas penarikan semula
penggantungan pensyarah UIA, Prof Dr Abdul Aziz Bari dua hari lalu.
Menurut Tuan Guru, penarikan itu amat wajar memandangkan Aziz Bari
adalah pakar perlembagaan seumpama guru dalam undang-undang
perlembagaan.
Menurutnya, sebagaimana guru ilmu feqah yang mempunyai gurunya yang
arif dan tersendiri, Aziz Bari juga demikian yang diibaratkan ‘guru
perlembagaan’.
“Penggantungan sebelum ini terhadapnya memang melampau, tak kenal
jenis orang macam mana, professional ke, ahli akademi ke, tahu nak
sekat.
“Kita bagi kebebasan pada semua lapisan masyarakat untuk bersuara
selagi ianya tidak melanggar peraturan dan bersalahan dengan dengan
undang-undang,” ujarnya.
Namun apa yang berlaku, tambahnya adalah sebaliknya pula.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan projek
perlombongan Interbumi Mining Sdn Bhd dan Majlis Penyampaian sumbangan
sempena Aidiladha, di Rantau Panjang, dekat sini.
Bagaimanapun, Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkeflyi Ahmad
semalam mendakwa penarikan itu hanya sandiwara Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak memandangkan profesor itu masih menghadapi tekanan
dalam siasatan.
Baru-baru ini, Aziz Bari digantung dari perkhidmatannya sebagai
pensyarah kanan di UIA kerana mengeluarkan pandangan dari sudut akademik
dan perundangan berhubung Sultan Selangor. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA