GOMBAK, 26 Okt: Sekumpulan mahasiswa yang berhimpun
di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak malam tadi
membayangkan akan menggerakkan himpunan seperti Bersih 2.0 jika
tuntutan mereka diabaikan kerajaan.
Pengerusi
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Ab Razab berkata
mahasiswa akan terus menerus bangkit untuk membuat bantahan sehinggalah
kebebasan suara diberikan kepada pengamal akademik dan juga kepada
mahasiswa.
"Sekiranya kerajaan gagal untuk menjawab memorandum
bantahan ini, insya-allah kita akan buat himpunan bersama rakyat,
badan-badan NGO yang terdiri daripada BERSIH.20 yang dijangkakan akan
diadakan di Stadium Merdeka dan Putrajaya," katanya pada himpunan
tersebut.
Himpunan yang diserta hampir 100 mahasiswa malam tadi
itu diadakan bagi menuntut kebebasan akademik ekoran tindakan universiti
itu terhadap pensyarahnya Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Walaupun
hasrat awal untuk mengadakan demonstrasi, akhirnya mereka menukar
rancangan dengan mengadakan protes secara senyap selepas berhadapan
larangan daripada pihak keselamatan universiti. Mereka mula
berhimpun pada jam 8.35 malam, di perkarangan masjid kampus berkenaan,
dengan menyalakan lilin dan mengangkat beberapa poster antaranya
tertulis "Mahasiswa tuntut kebebasan akademik" dan "Bebaskan universiti
dari cengkaman politik".
Perhimpunan tersebut pada asalnya bagi
menyerahakn memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
yang dijadual hadir merasmikan satu program di kampus tersebut malam
tadi.
Bagaimanapun beliau diganti Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Sebelum
itu, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIA Mohd Iqbal Abdul Wahab
berjaya menyerahkan memorandum kepada Hishammuddin di dewan berkenaan.
Mohd
Iqbal pula berkata pihaknya bercadang akan buat satu program bersama
perdana menteri ekoran Najib tidak hadir ke UIA malm tadi.
"Tujuannya agar PM mendengar pendapat mahasiswa yang merupakan generasi penentu masa depan negara," katanya.
Sementara
itu, jurucakap SMM Mohd Zaky Sukery memberitahu pemberita terdapat dua
tuntutan utama dalam memorandum tersebut, iaitu mendesak kebebasan
akademik diberikan kepada ahli akademik dan mendesak agar siasatan
terhadap Abdul dihentikan tanpa syarat.
Beliau berkata, walaupun
pergantungan tugas terhadap Prof. Aziz Bari telah ditarik balik tetapi
semua mahasiwa masih tidak berpuas hati kerana kerana masih ada siasatan
di kenakan kepada beliau.
"Prof. Aziz Bari disiasat seolah
seperti seorang jenayah sedangkan beliau bersuara atas kajian, bukti dan
fakta yang kukuh melalui buku yang ditulis. Tindakan UIA adalah tidak
wajar dan sangat terdesak," katanya.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA