KOTA BHARU, 5 Okt:
Pentadbiran Kerajaan Kelantan yang ditadbir oleh PAS semakin ampuh,
malah ianya turut mendapat pengakuan dari Jabatan Audit Negara sendiri
khususnya berhubung sumber kewangan kerajaan negeri.
Bukan itu sahaja, empat agensi kerajaan negeri termasuk jabatan pula
diiktiraf sebagai pengurusan kewangan negeri paling baik 2010, iaitu
Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Majlis Daerah Gua Musang, Perbadanan
Stadium dan PKINK.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan
Negeri, Datuk Husam Musa berkata, Jabatan Audit Negara menyifatkan
kedudukan kewangan KNK 2010 begitu baik dan memuaskan.
Beliau berkata demikian, kepada media selepas mesyuarat exco di sini tengah hari tadi.
Menurutnya, pengakuan itu diperolehi berikutan beberapa kategori
telah dicapai antaranya kumpulan wang yang disatukan meningkat sebanyak
RM51.07 juta atau 52 peratus iaitu RM148.3 juta berbanding tahun 2009
sebanyak RM97.23juta.
“Manakala baki wang tunai pada tahun lalu pula meningkat 52.37 peratus, iaitu RM131.97 juta berbanding RM79.60 juta tahun 2009.
“Manakala 15 jabatan atau agensi kerajaan negeri yang lain pula dalam
kategori baik, selain empat agensi yang disebutkan tadi,” ujarnya.
Selain itu, menurutnya serahan Penyata Akaun 2011 juga dikategori
memuaskan sehingga 31 Mei lalu di mana 18 penyata dari 22 yang telah
diserahkan.
Husam seterusnya menambah, defisit belanjawan juga turut menurun
berbanding tahun 2009 sebanyak RM19.46 juta berbanding 2010 sebanyak
RM3.46 juta sahaja dengan peningkatan prestasi 2.2 peratus. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA