![]() |
Perasmian Pembukaan Karnival Sambutan 60 Tahun oleh Dato Mahfuz Hj Omar, Naib Presiden PAS. |
Selamat Datang
Isnin, 31 Oktober 2011
Ahad, 30 Oktober 2011
Strategi Umno jahilkan Melayu
| Print | |
Aziz Muda |
21 strategi tersebut merupakan perlaksanaan dasar-dasar yang tidak islamik termasuk dasar pendidikan kebangsaan yang berasaskan sekularisme. Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, selain itu, Umno BN turut meletakkan orang-orang Melayu terus dalam kejahilan menerusi perlaksanaan sistem ekonomi yang tidak islamik. |
Labels:
umno
Sistem 2 parti lebih mudah kalahkan BN
| Print | |
Aziz Muda |
Kewujudan sistem itu berdasarkan perkembangan dan tuntutan semasa, tetapi bergantung kepada kesediaan ahli-ahli PAS sendiri untuk menerimanya setelah mereka memahami dengan jelas mengenai perkara itu. |
Labels:
pas
PRU13: Cari mekanisme dekati 'generasi siber'
| Print | |
Nazri Abdullah |
Menurutnya, suatu kerugian jika peluang tersebut tidak digunakan dalam keadaan pakatan rakyat tidak mempunyai kekuatan media seperti media arus perdana yang pro BN. |
Labels:
pemuda
Sabtu, 29 Oktober 2011
Ibrahim Ali akan tewas pada PRU 13
| Print | |
Muhammad Yusri Amin |
Yang Dipertua PAS kawasan, Hanipa Ahmad berkata keyakinan itu disebabkan pada asalnya kawasan Parlimen Pasir Mas adalah ‘kubu’ PAS. “Kita yakin kali ini kalau kita berhadapan dengan BN walau siapa pun calon BN, kita yakin insya Allah kita akan menang,” katanya. |
Labels:
pasir mas
Demo mahasiswa jika UiTM gantung Khalid
| Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 29 Okt: Solidariti Anak Muda Malaysia
(SAMM) Segmentasi Mahasiswa mengutuk sekeras-kerasnya tindakan amaran
penggantungan pengajian oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam
terhadap Khalid Mohd Ismath. Penyelarasnya, Wan Farel berkata, ini berkaitan tulisan beliau dalam blognya yang "menghentam" pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berhubung isu penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari dan terlibat dengan demonstrasi aman kebebasan akademik di UIAM, baru-baru ini. Katanya, sedangkan pihak pentadbiran UIA sendiri sudah melepaskan Professor Dr Aziz Bari membuktikan tindakkan UIA tidak berlandas kepada peraturan. “Di manakah silapnya jika mahasiswa mengkritik universiti tersebut secara ilmiah dan terbuka?” soalnya dalam satu kenyataan. |
Labels:
mahasiswa
Jumaat, 28 Oktober 2011
Sambutan 60 tahun PAS Perak
Bagan Serai 28 Oktober : Sambutan 60 Tahun PAS Perak akan diadakan pada 29hingga 30 Oktober 2011 di Masjid Tinggi, Bagan Serai, Perak. Berbagai- bagai acara diadakan sempena Karnival Sambutan 60 tahun itu. Antaranya ialah sukan PASTI, Pertandingan Pidato, Gerai-Gerai Jualan, Konvensyen negara berkebajikan, Forum dan Ceramah Perdana. Karnival ini turut dihadiri oleh para pemimpin Pakatan Rakyat termasuklah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Hari ini merupakan hari persiapan terakhir karnival tersebut. Dari tinjauan yang dibuat pada hari ini, suasana sibuk kelihatan ditempat program berlangsung di mana petugas-petugas berusaha untuk menyempurnakan kerja masing-masing. Untuk maklumat lanjut bolehlah diperolehi melalui paparan di bawah.
Hari ini merupakan hari persiapan terakhir karnival tersebut. Dari tinjauan yang dibuat pada hari ini, suasana sibuk kelihatan ditempat program berlangsung di mana petugas-petugas berusaha untuk menyempurnakan kerja masing-masing. Untuk maklumat lanjut bolehlah diperolehi melalui paparan di bawah.
Labels:
sambutan 60 PAS Perak
Hutang negara turun zaman Anwar, naik era Najib
| Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR 28 Okt: Hutang negara berkurang pada zaman
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, namun melonjak
selepas Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kementerian itu.
Sepanjang Anwar menjadi menteri kewangan dari tahun 1991 hingga 1998,
beliau berjaya mengurangkan hutang negara dan menukar belanjawan
kerajaan kepada lebihan pendapatan dalam masa dua tahun sahaja, lapor KeadilanDaily. Belanjawan itu berterusan sehingga beliau dipecat secara tidak adil pada 1998 oleh pentadbiran Mahathir. |
Labels:
hutang negara
3% dapat manfaat, penentangan PPSMI berasas
| Print | |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 28 Okt: Kajian Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) bahawa hanya tiga peratus pelajar mendapat manfaat
daripada Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) membuktikan kebenaran perjuangan menentang dasar
tersebut.![]() |
Labels:
Kemeterian Pelajaran
Ingat Muhyiddin, ikan busuk bermula dari kepala
| Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 28 Okt: Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin hendaklah menyedari bahawa kerajaaan yang dipimpin
oleh Umno BN sekarang sudah pun gagal menguruskan hasil mahsul negara
dengan berkesan. “Umno digesa melihat kepada diri sendiri terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada orang lain. TPM mestilah sedar bahawa busuk ikan itu sebenarnya bermula daripada kepala,” kata Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din. |
Labels:
tpm
Khamis, 27 Oktober 2011
Mahasiswa sedia himpun macam Bersih 2.0
| Print | |
Khaulah Azwar |
GOMBAK, 26 Okt: Sekumpulan mahasiswa yang berhimpun
di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak malam tadi
membayangkan akan menggerakkan himpunan seperti Bersih 2.0 jika
tuntutan mereka diabaikan kerajaan. |
Labels:
mahasiswa
Aziz Bari umpama 'guru perlembagaan'
| Print | |
Rizal Tahir |
Menurut Tuan Guru, penarikan itu amat wajar memandangkan Aziz Bari adalah pakar perlembagaan seumpama guru dalam undang-undang perlembagaan. |
Labels:
aziz bari
Rabu, 26 Oktober 2011
Jadikan laporan audit KPI tolak BN
| Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 26 Okt: Dewan Pemuda PAS menggesa
rakyat di negara ini menjadikan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebagai
Indeks Prestasi Utama (KPI) untuk menilai kecekapan dan keberkesanan
pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, daripada Laporan Ketua Audit Negara 2010, didapati terdapat banyak kelemahan, kepincangan, ketirisan serta kepincangan dalam projek-projek pelbagai kementerian serta agensi kerajaan. |
Labels:
audit2011
Hudud: Biar Kelantan jadi makmal
| Print | |
Muhammad Faizal |
SHAH ALAM, 26 Okt: Exco Pembangunan Islam,
Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata,
Kelantan harus menjadi makmal kepada perlaksanaan undang-undang syariah
tersebut. Jika perlaksanaannya gagal, maka kerajaan negeri katanya akur dengan keputusan itu manakala jika berjaya maka tidak ada alasan perlaksanaannya ditolak di Malaysia. |
Labels:
kelantan
TLDM: Najib, Zahid perlu beri penjelasan
| Print | |
Mohd Firdaus |
Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd Mijan, mendakwa terdapat hampir 1,000 anggota apprentices TLDM di bawah Skim Apprentices Diploma Teknologi Marin (DTM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai berasa teraniaya kerana tidak diberikan hak dan kebajikan kepada mereka dengan apa yang dijanjikan sebelum ini. |
Labels:
tldm
Audit: Bukti Umno BN gagal urus wang negara
| Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 26 Okt: Jabatan Pilihan raya Dewan
Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh kenyataan Ketua Penerangan PAS
Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung isu kelemahan pengurusan
kewangan kerajaan adalah disebabkan oleh kerakusan Umno BN memerintah
negara dengan secara boros, tidak berhemah dan berlaku penyelewengan
kuasa yang serius sehingga menyebabkan kehilangan wang kerajaan. “Kelemahan ini telah ditegur oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang di dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2010,” kata pengarahnya, Mohd Sany Hamzan. Katanya, Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat kerajaan selama ini sememangnya tidak pernah mengambil peduli terhadap perjalanan sistem pengurusan kewangan yang berhemah dan telus. |
Labels:
wang negara
Selasa, 25 Oktober 2011
Laporan audit: Hanya peti undi boleh sedarkan BN
| Print | |
Harakahdaily |
Dalam satu kenyataan hari ini, Tuan Ibrahim menyimpulkan bahawa kerajaan BN tidak akan faham bahasa laporan audit, yang boleh menyedarkan mereka hanyalah bahasa daripada ‘peti undi’ apabila Laporan Audit 2010 mendedahkan lagi penyelewengan yang sama seperti tahun-tahun terdahulunya dalam pengurusan projek dan pembelian perkakas agensi kerajaan. |
Labels:
audit2011
Nasionalis punca murtad – Nik Aziz
| Print | |
Nazri Abdullah |
Menurutnya, dengan mengambil fahaman nasionalis, menyebabkan manusia akan merasa lekeh kepada Islam dan akan mengagung-agungkan fahaman kebangsaan. "Di Malaysia ni punca murtad adalah kerana nasionalis. Golongan nasionalis ini buat manusia rasa lekeh kepada Islam kerana mereka tolak Islam ambik kebangsaan. "Daripada rasa lekeh ini lah timbul masalah menggelongsor luruh daripada Islam. Ini kita panggil murtad," katanya kepada Harakahdaily. |
Labels:
murtad
Kg Baru: Gelojohnya kerajaan gadai tanah orang Melayu
Zulhazmi Shariff |
Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 (RUU
PPKB 2011) baru sahaja diluluskan di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2011
yang lepas. RUU PPKB 2011 ini perlu melalui proses perundangan biasa
iaitu perlu dibahaskan di Dewan Negara yang akan bersidang sesudah Dewan
Rakyat selesai bersidang pada Disember 2011 nanti. Apabila dibahaskan
di Dewan Negara dan jika diluluskan, RUU PPKB 2011 tersebut perlu
dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di
Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan Baginda. Setelah diperkenankan
Ke Bawah Duli Tuanku, maka barulah Kerajaan boleh mewartakan
penguatkuasaan RUU PPKB 2011 menjadi Akta Perbadanan Pembangunan Kampong
Bharu 2011. |
Labels:
kg baru
Isnin, 24 Oktober 2011
Skandal IC amat membahayakan negara
| Print | |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 24 Okt: Skandal kad pengenalan (IC)
terutama yang membabitkan kod "71" dan pemberian kad pengenalan biru
dengan mudah kepada warga asing perlu diberikan perhatian serius oleh
kerajaan kerana ia amat merbahaya keselamatan negara. Sehubungan itu, PAS akan memberikan perhatian serius terhadap perkara itu termasuk membawanya ke persidangan Dewan Rakyat bagi mendapatkan respon segera dari pihak kerajaan. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, antara tindakan segera yang dilakukan termasuk membantu Dewan Pemuda PAS menyerahkan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz di bangunan Parlimen hari ini. |
Labels:
ic
Johor berhutang RM334.51 hingga Dis 2010
| Print | |
Muhammad Faizal |
Mengikut laporan yang telah disiarkan itu sehingga akhir bulan Disember 2010, Kerajaan Negeri Johor telah membuat empat pinjaman iaitu tiga pinjaman bagi projek bekaln air manakala satu pinjaman bagi projek Ladang Hutan Kompensatori Kedua. |
Labels:
Johor
Komunis: Najib jangan bohongi rakyat
| Print | |
Harakahdaily |
“Beliau jangan membohongi rakyat dalam isu komunis,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, rakyat hendak mengetahui kenapa Umno sanggup mengadakan MoU dengan Parti Komunis China pada 5 Ogos 2010. Ini, ujarnya bukan hubungan parti dengan kerajaan, tetapi hubungan antara parti dengan parti. Tambahnya, lebih merbahaya lagi Umno bersetuju untuk menghantar pemuda dan puteri untuk belajar dengan Parti Komunis China. |
Labels:
komunis
Suruhanjaya Diraja perlu siasat penyelewengan IC
| Print | |
Nasrudin Hassan at-Tantawi |
Berikutan daripada kejadian 240 orang warga asing yang telah berkumpul
di Istana Dugang Country Resort pada Rabu 12hb Oktober 2011, Pemuda PAS
Malaysia telah mencurigai perkara-perkara berikut:
Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman telah
menyatakan bahawa warga asing yang berkubu di Istana Dugang Country
Resort adalah bertujuan untuk kursus keusahawanan adalah tidak konsisten
dengan bukti dan keterangan saksi. Antara keterangan yang diperolehi
adalah pertama tiada sebarang kursus pun diadakan dalam tempoh 5 jam
tersebut dalam resort tersebut. Warga asing tersebut hanya mundar mandir
dalam resort tersebut. Ini telah disahkan oleh petugas-petugas pemuda
PAS yang berada di lokasi kejadian. Kedua, tidak ekonomik suatu kursus
dalam tempoh masa hanya 5 jam dengan jarak 800 km pergi dan balik dari
Johor Baharu ke Putrajaya untuk melatih 240 orang warga asing. Ketiga,
apakah keperluan untuk mengadakan kursus keusahawanan kepada warga asing
yang tidak dibenarkan berniaga dalam negara ini. Justeru pihak polis
seolah-olah melindungi pihak-pihak tertentu dalam kejadian yang berlaku
ini. |
Labels:
ic
'Jaga Melayu gagal, jaga rakyat pun gagal'
| Print | |
Abdul Aziz Mustafa |
"Sejak selepas pilihan raya 2008, seperti orang kerasukan Umno menjerit-jeritkan kepentingan Melayu. "Tunjuk perasaan kononnya membela kepentingan Melayu dan mempertahankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) selepas pilihan raya tersebut bermula di Pulau Pinang. "Baru-baru ini gerombolan yang menunjuk perasaan itu mendapat habuan dan hadiah istimewa untuk mereka apabila (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kata Umno tak perlu dan tak ingin menuntut kerusi ketua menteri Pulau Pinang dari Gerakan sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang," katanya. |
Labels:
mahfuz
Layan secara akademik, bukan undang-undang
| Print | |
Harakahdaily |
Presidennya, Amidi Abdul Manan menyatakan demikian sebagai respons kepada isu surat tunjuk sebab Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ditujukan kepada pensyarah undang-undang, Prof Dr Abdul Aziz Bari (gambar) atas kenyataan yang dikatakan bertentangan dengan kepentingan universiti mengundang polemik yang berpanjangan dalam masyarakat. |
Labels:
aziz bari
Pakatan batal GST jika memerintah
| Print | |
Fakhri Ali |
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis ramah mesra 'Sepetang Bersama Masyarakat' di Dewan Orang Ramai Batu 5, Permatang Janggus, Permatang Pauh, kelmarin. Menurut beliau lagi, GST adalah satu bentuk paksaan yang dikenakan oleh pemerintah kepada rakyat yang sedang menghadapi masalah bebanan dengan kenaikan harga barangan. |
Labels:
gst
Pakatan sertai piket MTUC 3 November
| Print | |
Hazayani Zakaria |
SHAH ALAM, 23 Okt: Pakatan Rakyat akan bersama-sama
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dalam piket besar-besaran
serentak di seluruh negara, 3 November depan. Piket tersebut bagi membantah Akta Kerja (Pindaan) 2000 yang diluluskan Dewan Rakyat sebelum pembentangan Belanjawan 2012 baru-baru ini. |
Labels:
mtuc
Dr M, Utusan dan Zul Nordin berdepan saman
| Print | |
Harakahdaily |
Notis yang akan mula dihantar esok itu, menuntut ketiga-tiga mereka membuat permohonan maaf dan membayar pampasan berikutan pernyataan atau penerbitan mereka yang telah mencemarkan nama baik Abdul Aziz. |
Labels:
aziz bari
Rakyat bayar GST, pemimpin bermewah
| Print | |
Muhammad Yusri Amin |
KOTA BHARU, 23 Okt: Setiausaha Agung PKR Saifuddin
Nasution Ismail mendakwa kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib
Razak tidak ada kawalan ke atas perbelanjaan yang boros dan gaya hidup
mewah. Pada masa yang sama, rakyat pula katanya bakal dikenakan cukai barangan GST (Goods and Services Tax) yang sekaligus menyaksikan rakyat bawahan akan terus terbeban. |
Labels:
pkr
Ahad, 23 Oktober 2011
70 ahli Umno Kelantan masuk PAS
| Print | |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 22 Okt: Seramai 70 orang ahli Umno di Kelantan telah mengambil keputusan keluar dari parti itu dan menyertai PAS, semalam. Borang keahlian PAS mereka diserahkan sendiri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada satu majlis di Kota Bharu, semalam. Menurut Nik Abdul Aziz, kesemua mereka adalah bekas ahli-ahli Umno di kawasan Kota Bharu, manakala kemasukan mereka ke dalam PAS pula melambangkan perjuangan PAS sudah semakin difahami oleh orang ramai. Katanya, sebelum ini sudah banyak ahli-ahli Umno di Kelantan menyokong PAS, tetapi sebahagian daripadanya berbuat demikian secara sembunyi-sembunyi. |
Labels:
kelantan
Media Baru perlu masuk ke segenap kampung
| Print | |
Aziz Muda |
Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu, PAS menempa banyak kejayaan di kawasan bandar dan pinggir bandar ekoran keberkesanan Media Baru dalam menyampaikan maklumat yang benar untuk dipertimbangkan oleh orang ramai. |
Labels:
ict
Blogger, pengamal media baru jangan lempar fitnah | | Print | |
Muhammad Faizal |
"Setiap blogger serta pengamal media baru perlu terus belajar dan jangan henti untuk kita terus belajar kerana ia akan dapat melahirkan kita sebagai penulis yang lebih berhemah. "Kita melihat apa yang berlaku sekarang ini kebanyakan blogger memaparkan dengan perkara yang tidak betul dan melemparkan fitnah-fitnah," jelasnya sewaktu merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 di Dewan Datuk Fadzil Noor, Taman Melewar hari ini. |
Labels:
ict
PAS bimbang tindakan UIA hasut rakyat benci raja
| Print | |
Abdul Aziz Mustafa |
"Penggantungan kontroversi ke atas Dr Abdul Aziz yang dilakukan oleh UIA itu semakin terbukti amat menyakitkan hati rakyat. |
Labels:
aziz bari
Jumaat, 21 Oktober 2011
Aziz Bari: Warga UIA tuntut penjelasan
| Print | |
Harakahdaily |
Presidennya, Mohamad Iqbal Ab Wahab berkata, apatah lagi, Dr Aziz telah menyumbang bakti di bumi UIAM digantung tanpa diadili terlebih dahulu, kata “Perkara ini jelas bertentangan dengan Fasal 10 Perlembagaan Malaysia yang menyentuh berkenaan kebebasan bersuara. Yang lebih menyedihkan, kebebasan akademik secara jelas telah dicabul,” katanya kepada Harakahdaily pagi ini. |
Labels:
aziz bari
Aziz Bari: Timbalan menteri turut sedih
| Print | |
Harakahdaily |
Mengulas melalui laman Twitternya, Saifudin berkata beliau telah mengarahkan UIA memberi laporan bertulis kepada beliau. "Saya terganggu dan sedih. Saya sudah meminta UIA memberikan laporan bertulis," katanya. |
Labels:
aziz bari
Aziz Bari: Macam British hukum Tok Janggut
Muhammad Kamil Abdul Munim UIAM |
Tidak sukar untuk kita memahami amalan demokrasi di negara ini. Dosa
besar dalam amalan demokrasi di Malaysia ialah berkata benar kepada
pemimpin. Arak, judi, zina, bukan lagi ‘dosa’. Budaya ini mengimbau
kembali kepercayaan Melayu kuno terhadap Sultan iaitu sebagai jelmaan
tuhan di bumi. Ini jahil dan amalan jahiliyah ini perlu dihapuskan. |
Labels:
aziz bari
Khamis, 20 Oktober 2011
Prestasi Selangor lebih baik daripada Pusat
| Print | |
Muhammad Faizal |
|
Labels:
Selangor
Biar pun tewas Red Warriors diberi RM60,000
Rizal Tahir |
KOTA BHARU, 19 Okt: Biar pun pasukan The Red
Warriors (TRW) gagal melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir Piala
Malaysia, namun kerajaan negeri tetap menghargai kesungguhan pemain. Sehubungan itu kerajaan Kelantan akan menyumbang sejumlah RM60,000 kepada pasukan bola sepak sebagai insentif penghargaan terhadap usaha mereka menaikkan imej negeri ini dalam sukan bola sepak negara. |
Labels:
kelantan
Surat tunjuk sebab kepada Aziz Bari hina UIA
| Print | |
Muhammad Faizal |
|
Labels:
aziz bari
Selasa, 18 Oktober 2011
Tun Razak akui hak negeri dapat royalti 5 peratus
| Print | |
M Faqih |
KOTA BHARU, 17 Okt: Pada 27 November 1975 Perdana
Menteri, Tun Abdul Razak Hussien memberitahu parlimen setiap negeri yang
ditemui minyak sama ada di laut atau daratan berhak mendapat royalti 5
peratus. Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, sepatutnya Perdana Menteri yang ada sekarang menghormati pendirian dibuat bapanya sendiri. “Kalau bapa sendiri tidak dihormati apa pula orang lain. Sepatutnya dengan slogan 1Malaysia hak kepada Kelantan patut diberi. |
Labels:
royalti
Isnin, 17 Oktober 2011
SPR tangguh bicara kes bantahan pengundi pos
| Print | |
Muhammad Yusri Amin |
KETEREH, 17 Okt: Pada akhir tahun lepas penduduk
tempatan membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyenarai
seramai 499 isteri anggota tentera yang bertugas di Kem Desa Pahlawan
sebagai pengundi pos. Ketika perbicaraan diadakan, pengundi terbabit mendedahkan tidak mengetahui nama mereka disenaraikan sebagai pengundi pos. SPR akhirnya menerima bantahan tersebut. Bagaimanapun ketika semakan daftar pemilih tambahan bagi suku kedua baru-baru ini, undi pos di kalangan isteri tentera disenaraikan semula. |
Labels:
undi pos
Menteri Dalam Negeri takut hadapi kenyataan
Suhaizan Kayat |
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin telah
mengumumkan akan mendedahkan berkaitan pemberian kewarganegaraan kepada
warga asing dan kad pengenalan palsu kepada Jawatankuasa Terpilih
Parlimen yang akan bersidang tidak lama lagi. Jawatankuasa Terpilih Parlimen ini ditubuhkan untuk memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini bukannya memperbaiki sistem permohonan kewarganegaraan atau memperbaiki perjalanan Jabatan Pendaftaran Negara. |
Labels:
ic
Hutang negara berjumlah RM437.2 bilion
| Print | |
Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR, 17 Okt: Hutang Kerajaan Persekutuan
sehingga 30 Jun 2011 berjumlah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Daripada jumlah tersebut, sebahagian besar hutang Kerajaan Persekutuan merupakan hutang dalam negeri yang berjumlah RM421 bilion atau 96.3 peratus daripada keseluruhan hutang, manakala baki RM16.2 bilion atau 3.7 peratus merupakan hutang luar negara. |
Labels:
belanjawan
Najib tidak tahu definisi pilihan raya adil
| Print | |
Harakahdaily |
Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar) menganggap Najib terlupa sejarah pilihan raya umum di Malaysia yang menyaksikan bagaimana BN memainkan peranan bagi memenangi setiap pilihan raya berlangsung. “Barangkali Datuk Seri Najib tidak mengerti definisi sebenar adil menurut perspektif yang betul,” katanya kepada Harakahdaily. |
Labels:
pm
Beri IC kepada tak layak perbuatan jijik
| Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 17 Okt: Pendedahan mengenai sindiket
kad pengenalan (IC) cukup serius kerana jika benar laporan berkenaan
membuktikan bahawa usaha untuk menjual negara kepada orang yang tidak
bertanggungjawab semakin berani dibuat secara terbuka. Pengerusi Majlis Politik Nasional Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Mohd Nazri bin Mohd Tahir menyatakan demikian sebagai respons kepada pendedahan yang telah dilaporkan oleh media alternatif berkaitan ‘sindiket IC’ yang melibatkan warga asing yang diselindungi dengan nama kursus keusahawanan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab baru-baru ini. |
Labels:
ic
Aziz Bari akan saman Utusan
| Print | |
Tarmizi Mohd Jam |
Pakar perlembagaan itu telah pun berbincang dengan para peguam beliau mengenai tindakan membawa akhbar tersebut ke mahkamah. |
Labels:
raja melayu
Pusat digesa bayar hutang Kelantan RM9.4 bilion
| Print | |
Harakahdaily |
|
Labels:
kelantan
PAS Terengganu lancar manifesto berkebajikan
| Print | |
Harakahdaily |
|
Labels:
terengganu
Sabtu, 15 Oktober 2011
Sindiket IC: Alasan 'kursus usahawan' tak munasabah
| Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 14 Oktober: Kenyataan Ketua Polis
Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman bahawa ratusan warga
asing yang ditemui di Istana Dugang Country Resort kelmarin menghadiri
kursus keusahawanan disifatkan sebagai tidak munasabah. Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat berkata, alasan itu sama sekali tidak dapat diterima rakyat kerana tiada keperluan mereka mengikuti kursus tersebut kerana mereka memang tidak dibenarkan berniaga di Malaysia. "Apakah seorang warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita? Sejak bila pula kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh daripada kalangan warga asing dibenarkan berniaga di negara kita? soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Suhaizan turut membangkitkan beberapa persoalan yang menimbulkan kecurigaan dan mengesahkan dakwaan pemuda PAS bahawa warga Indonesia, bangladesh dan Kemboja itu dibawa ke resort tersebut untuk mengambil MyKad. Warga asing itu juga dipercayai akan didaftarkan sebagai pemilih dalam pilihan raya umum ke-13. Katanya, layanan yang diterima mereka sangat istimewa sehingga diberikan perkhidmatan pengangkutan dan bas secara percuma. "Tidak munasabah warga asing ini diberi layanan kelas pertama untuk menghadiri kursus keusahawanan. Mereka diberi perkhidmatan bas dan resort. Badan kerajaan mana yang begitu bermurah hati membenarkan mereka berkursus?" soalnya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor. Apa yang lebih melucukan katanya warga asing itu datang dari Johor ke Selangor semata-mata untuk berkursus selama lima jam sahaja. Ini kerana jelasnya, menurut perjanjian dengan pemandu bas, perkhidmatan mereka diperlukan sehingga jam 1 tengahari Rabu, sedangkan warga asing tersebut tiba di Putrajaya pada jam 6 pagi hari yang sama. Tambahnya, jika benar mereka menghadiri kursus keusahawanan, kenapa dalam waktu yang singkat sahaja iaitu dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari. "Jika benar mereka berkursus keusahawanan 5 jam sahaja dengan jarak 800 KM, pergi dan balik daripada Johor Baharu ke Putrajaya, mengapa mereka tidak berkursus di Johor Baharu sahaja. Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini," katanya. Sehubungan itu, beliau mengingatkan pihak polis agar tidak bersubahat melindungi penyelewengan yang melibatkan kedaulatan negara. |
Labels:
ic
Jabatan agama perlu fokus aqidah, bukan tauliah
| Print | |
Harakahdaily |
Presidennya, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan berkata, ini ekoran kedangaran suara yang tidak berpuas hati kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas tindakan terbarunya menahan Bob Lokman atas kesalahan memberi kuliah tanpa tauliah yang bercanggah dengan Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. |
Labels:
jais
Agong ke-14: Tahniah Sultan Abdul Halim
| Print | |
Harakahdaily |
“Saya mewakili ahli Parlimen Pakatan Rakyat Kedah mengucapkan tahniah di atas pengisytiharan Majlis Raja-Raja memilih Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong. Beliau juga berdoa agar ke bawah Duli Tuanku dipanjangkan usia untuk menempa sejarah menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua dalam hayat baginda. |
Labels:
agung
Khamis, 13 Oktober 2011
Hudud: PAS panggil Pang Chow
| Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 13 Okt: Ekoran beberapa kenyataan
media yang dilihat tidak selari dengan dasar parti, PAS hari ini
bertindak untuk mendapatkan penjelasan sebenar daripada pengerusi Dewan
Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chow atas dasar mengeratkan
muafakat dan sangka baik dalam parti. |
Labels:
dhpp
820,156 pemilih baru pada 2010
| Print | |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 13 Okt: Dewan Rakyat diberitahu seramai 820,156 orang mendaftar sebagai pemilih baru bagi tahun 2010 berbanding 276,621 pada tahun 2009. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong berkata, jumlah permohonan pendaftaran baru ini berbeza dari tahun ke tahun kerana ia bergantung kepada kesedaran warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih. Selain itu katanya, ia juga berkait dengan sentimen keadaan politik semasa. |
Labels:
daftar pemilih
PR diberi MyKad: PAS tuntut penjelasan KDN
| Print | |
Hazayani Zakaria |
Pemuda PAS dengan bantuan pasukan risikannya berjaya mengesan kehadiran mereka yang terdiri daripada warga Indonesia, Kemboja dan Bangladesh, dibawa menaiki enam buah bas. |
Labels:
mykad
Selasa, 11 Oktober 2011
Isu Kampung Baru sebagai manifesto Pakatan
| Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 11 Okt: Dewan Pemuda PAS Malaysia
(DPPM) menyambut baik hasrat Pakatan Rakyat untuk membatalkan Rang
Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat
minggu lalu jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dalam PRU ke 13 nanti. “Bagi DPPM, kenyataan inilah yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia terutama Orang Melayu yang sudah tertipu dengan mainan politik Umno BN,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor. Katanya, Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru 2011 menjadi saksi dan bukti bahawa Umno yang selama ini melaungkan slogan membela Melayu kini menjadi pengkhianat Melayu. Menurutnya, rakyat sudah tidak boleh memaafkan kesalahan pemimpin Umno yang sanggup menggadaikan tanah warisan orang Melayu di Kuala Lumpur ini kepada Perbadanan yang akan menentukan nasib orang Melayu Kampung Baru. |
Labels:
kg baru
Isnin, 10 Oktober 2011
Luar bandar juga akan tolak BN nanti
| Print | |
Harakahdaily |
Ini kerana, BN tidak akan mampu mengawal media sebagaimana yang dilakukannya sekarang sehingga menyebabkan BN hanya disokong pengundi luar bandar. Demikian kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) dalam kenyataanya kepada Harakhdaily. |
Labels:
bn
Ramai pekerja diperlakukan macam khadam
| Print | |
Aziz Muda |
40 peratus dari rakyat Malaysia tinggal di dalam isi rumah yang berpendapatan bulanan kurang dari RM1,500 sebulan, manakala tiga perempat dari golongan itu adalah berketurunan Melayu (Bumiputra) yang kononnya dibela oleh Umno BN. |
Labels:
pekerja
Kenapa Rosmah hadir perjumpaan tertutup pegawai kewangan?
| Print | |
Labels:
isteri PM
Pang Chow nafi sekeras-kerasnya ugutan tinggalkan PAS
| Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 10 Okt:
Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw hari ini
menafikan dengan sekeras-kerasnya berita yang menyatakan DHPP enggan
menyokong PAS jika hudud dilaksanakan. Beliau juga menafikan membuat ancaman untuk tinggalkan PAS sebagaimana yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini. |
Labels:
dhpp
Ahad, 9 Oktober 2011
PMBK tuntut RM1.8 juta tanah diceroboh peneroka
| Print | |
Aslani M |
KOTA BHARU, 9 Okt: Perbadanan Menteri Besar Kelantan
(PMBK) menuntut kehilangan hasil dan kerugian berjumlah RM1.8 juta
terhadap peneroka yang menceroboh tanah miliknya di Air Piau 1 dan Air
Piau 2, Tanah Merah. Dalam afidavit pembelaan PMBK menyebut pencerobohan dan kacau ganggu dilakukan plaintif menyebabkan pihaknya mengalami kerugian akibat tidak dapat mengutip hasil. Selain itu terpaksa menanggung beban kos gaji pekerja-pekerja ladang yang sudah diikat kontrak bekerja. PMBK merupakan defendan ketiga dalam tuntutan saman 55 peneroka Air Piau 1 dan Air Piau 2 terhadap empat lagi pihak iaitu Felcra Bhd, kerajaan negeri, Pengarah Tanah dan Galian Kelantan dan pentadbir Tanah Jajahan Tanah Merah. Pada writ saman yang difailkan pada 20 September lalu peneroka terbabit yang diketuai Mat Che Pa, 58 menuntut diberi kelulusan memiliki tanah seluas enam ekar setiap seorang. Selain itu ganti rugi am, faedah 8 peratus atas segala kos dan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung semua plaintif. |
Peneroka dapat durian runtuh atau "bala"
| Print | |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 9 Okt: Persatuan Anak Peneroka Felda
Kebangsaan (Anak) bimbang "durian runtuh" yang dikatakan bakal diterima
peneroka selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (PGVH) di
Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) menggelapkan masa depan mereka. Penyenaraian yang akan dilakukan sebelum pertengahan 2012 ini dibimbangi akan menjejaskan ekuiti Bumiputera dalam Felda kerana ia membolehkan pelbagai syarikat besar melabur dalam institusi tanah yang dikuasai Orang Melayu itu. |
Labels:
peneroka
Kelantan dicadang lantik Harussani sebagai pemerhati
| Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 9 Okt: Kerajaan negeri Kelantan
dicadang melantik Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai
pemerhati perlaksanaan hudud di negeri itu. Cadangan itu dilontarkan Dewan Pemuda PAS Perak ekoran pandangan Harussani yang menasihatkan agar pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membenarkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan. "Kami bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Tan Sri Harussani untuk menjayakan perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan tersebut. "Kami juga mencadangkan agar Kerajaan Negeri Kelantan melantik Tan Sri Harussani sebagai pemerhati bagi pelaksanaan Hukum Hudud tersebut," kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Al-His. |
Labels:
kelantan
Najib tak faham, kata presiden PAS
| Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 9 Okt: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi
Awang menyifatkan Perdana Menteri sebagai "tidak faham" konsep Negara
Berkebajikan yang mahu dibawa PAS apabila mendakwa BN sudah lama
melaksanakannya. Sebagai menjawab 'sindiran' Datuk Seri Najib Razak sewaktu membentangkan Bajet 2012 Jumaat lalu, Presiden PAS itu menjelaskan, tiga asas utama Negara Berkebajikan hampir tidak dilakukan kerajaan BN selama lebih 54 tahun memerintah. "Pertamanya, Negara Berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti. Dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah Perdana Menteri berjumlah jutaan ringgit tidaklah menggambarkan pemimpin yang berintegriti. |
Labels:
pm
Jumaat, 7 Oktober 2011
Laungan mahukan hudud bergema di stadium
| Print | |
M Faqih |
Tanpa tolenrasi lagi mereka melaungkan perkataan mahu hudud berkali-kali. Puluhan ribu rakyat Kelantan berhimpun di Stadium Sultan Mohammad Ke IV malam tadi bagi meluahkan keinginan mereka. |
Labels:
hudud
Bajet 2012: Bajet pancing undi PRU-13
| Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 7 Okt: Secara keseluruhan, Bajet 2012
yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya bajet pancing
undi bagi memastikan BN terus kekal memerintah," kata Siti Zailah Mohd
Yusoff. |
Labels:
bajet2012
Rabu, 5 Oktober 2011
Audit akui urusan kewangan Kelantan baik
| Print | |
Salmah Mat Husain |
Bukan itu sahaja, empat agensi kerajaan negeri termasuk jabatan pula diiktiraf sebagai pengurusan kewangan negeri paling baik 2010, iaitu Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Majlis Daerah Gua Musang, Perbadanan Stadium dan PKINK. |
Bukan Islam makin fahami hukum hudud
| Print | |
Mohd Nor Yahya |
KOTA BHARU, 5 Okt: Dewan Himpunan Penyokong PAS
(DHPP) Kelantan melahirkan rasa kesal kenyataan pemimpin Umno dan pihak
tertentu cuba menakutkan masyarakat bukan Islam terhadap hukum hudud. Ketuanya, Lim Guan Seng berkata, isu hudud sengaja dibangkitkan mereka semata-mata bagi menimbulkan kekalutan politik terutamanya di Kelantan. |
Ops Lalang: Dewan Rakyat kecoh
| Print | |
Hazayani Zakaria |
|
Langgan:
Catatan (Atom)