Selamat Datang

Jumaat, 30 Mac 2012

Takziah kepada keluarga mangsa ARE

Harakahdaily, 30 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 30 Mac: PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Cheah Kok Leong, 29, yang meninggal dunia malam tadi selepas menderita terencat akal selama 29 tahun.


(Kok Leong dan ibunya, Lai Kwan)

Cheah Kok Leong, 29, anak yang terencat akalnya sejak dilahirkan di Bukit Merah, telah meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 9.30 malam tadi.

Kok Leong ialah anak kepada Lai Kwan, pekerja pembinaan di sebelah kilang pemprosesan nadir bumi Asian Rare Earth pada tahun 1982.
Lai Kwan mengandung ketika bekerja di sebelah kilang Asian Rare Earth (ARE), dan melahirkan Cheah Kok Leong pada tahun 1983 dalam keadaan terencat akal.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS, Zulkefli Mohamad Omar (gambar) menuntut supaya keluarga Kok Leong diberikan pampasan yang sewajarnya oleh kerajaan.

Ini kerana, kerajaan yang membenarkan pembinaan kilang ARE itu dan mempertahankannya.

"Sehingga kini, sisa ARE masih tertanam di Perak dan kita menuntut sisa itu dikeluarkan dari situ dan dihantar ke negara yang membina kilang itu di sana," kata Zulkefli.

Kilang ARE adalah milik Mitsubishi, sebuah syarikat antarabangsa yang berasal dari Jepun.

Ia telah ditutup 18 tahun lalu selepas menerima arahan mahkamah selepas didakwa mengeluarkan radioaktif dan memberi kesan negatif kepada penduduk sekitar.

Namun sehingga kini kes ini tersadar di Mahkamah Persekutuan akibat pertembungan undang-undang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails