Selamat Datang

Khamis, 22 Mac 2012

Selangor perkenal premium RM1000 milikan tanah

Muhammad Faizal, 22 Mac 2012
SHAH ALAM, 22 Mac: Kerajaan Negeri Selangor memperkenal inisiatif untuk melaksanakan program bayaran premium RM1000 bagi pemberimilikan tanah di negeri itu.

Meneurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, program itu bagi tujuan melanjutkan tempoh pajakan bagi sekaligus memberi peluang kepada rakyat Selangor menentukan sendiri kaedah pembayaran premium mengikut kemampuan masing-masing.

“Bagaimanapun mereka masih perlu membayar caruman berasingan seperti parit yang tidak termasuk dalam premium RM1,000 itu.

“Dan sekiranya mereka menjual tanah untuk diberi milikan kepada orang lain, premium penuh akan dikenakan kecuali jika dipindah milik kepada waris, maka premium tidak perlu dibayar,” jelas Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Adun Balakong, Yap Lum Chin di Sidang DUN semalam.

"Nilaian tanah yang akan digunakan adalah berdasarkan nilaian yang dikemukakan oleh Jabatan Penilaian dan Pekhidmatan Harta Negeri Selangor," sambungnya lagi.

Sementara itu jumlah pemohon yang telah menjelaskan bayaran premium RM1,000 jika dipecahkan mengikut kaum adalah seperti berikut; Melayu seramai 226 orang, Cina seramai 32 orang manakala India sebanyak 98 orang, meliputi lapan daripada sembilan daerah.

Daerah-daerah yang terlibat adalah Hulu Selangor seramai lima pemohon, Hulu Langat (136) pemohon, Kuala Selangor (89) Petaling (65), Sepang (3), Kuala Lamgat (4), Gombak (48), Klang (6)dan bagi Sabak Bernam tiada pemohonan diperolehi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails