Selamat Datang

Khamis, 22 Mac 2012

20 premis jual arak diambil tindakan di Selangor

Harakahdaily, 22 Mac 2012
SHAH ALAM, 22 Mac: Sepanjang 2011 lalu, sebanyak 20 premis yang menjual arak di Selangor telah diambil tindakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

"Malah sebanyak 28 kes yang ditahan di bawah kesalahan yang berkaitan dengan arak telah dibawa ke Bahagian Pendakwaan," kata Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar), Menteri Besar Selangor.

Beliau yang juga Exco agama Selangor berkata demikian ketika menjawab soalan dari soalan lisan Datuk Warno Dogol (BN-Sabak) mengenai pendekatan kawalan sendiri oleh kerajaan negeri bagi mengawal premis penjualan arak terhadap orang Islam.Menurut Abdul Khalid, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan memantau dan mengambil tindakan berhubung hal berkenaan.

Pada tahun lalu, kerajaan negeri Selangor telah memanggil operator kedai serbaneka di Selangor dan keputusan dicapai agar operator ini mengambil pendekatan kawalan sendiri penjualan arak.

Ekoran pertemuan itu, kedai-kedai serbaneka termasuk 7- Eleven tidak lagi menjual arak di kedai-kedai mereka yang terletak di kawasan orang Islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails