Selamat Datang

Rabu, 29 Ogos 2012

Isu air...biar keratan akhbar berbicara...negeri mana paling teruk!

http://omakkau.blogspot.com, 29 Ogs 2012

ISU AIR.... BIAR KERATAN AKHBAR BERBICARA....NEGERI MANA YANG PALING TERUK!!!



Biarkan keratan akhbar berbicara untuk memberi pencerahan minda kepada rakyat, negeri manakah yang paling teruk dalam menyediakan air bersih terawat kepada rakyat.


KATA DULANG PAKU SERPIH... KATA NEGERI ORANG, RUPA-RUPANYA NEGERI SENDIRI YANG LEBIH TERUK WEH!!!!

Selasa, 21 Ogos 2012

Hudud: Sepatutnya awal lagi mufti tegur Mahathir

Mohd Azmi Abdul Hamid, 21 Ogs 2012
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) melihat isu perlaksanaan hudud dan mewujudkan negara Islam bukan soal kompromi antara parti politik atau tidak tetapi ia adalah kewajipan yang mesti dilaksanakan untuk menunaikan perintah Allah Tun Mahathir telah menunjukkan kedangkalannya bila  melihat perlaksanaan hudud hanya pada sudut menyatukan antara parti politik dengan mengajak PAS bersama Ummo.

Beliau lupa betapa ketika beliau berkuasa hudud dikecam oleh beliau sendiri dengan menuduh hudud sebagai undang-undang lapuk, tidak boleh dilaksanakan kerana akibatnya akan ramai yang kudung di negara ini bahawa undang-undang ini tidak sesuai dalam masyarakat majmuk.

Bukan sahaja beliau adalah watak utama yang menghalang perlaksanaan hudud di negara ini malah beliau sendiri adalah orang yang paling vokal menyatakan Islam tidak boleh dilaksanakan sepenuhnya dinegara ini kerana negara ini mempunyai masyarakat berulang kaum.

Jumaat, 17 Ogos 2012

Iftar Perdana bersama anak Yatim PAS Parit Buntar meriah.






Parit Buntar; 14 Ogos, PAS Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Buntar telah mengadakan majlis iftar perdana di Dewan Orangramai disini dengan penuh meriah bersama anak-anak yatim, guru-guru PASTI dan murabitun.

Isnin, 13 Ogos 2012

Bekas Timbalan Ketua Pengarah, Kementerian Sumber Tenaga Manusia sertai PAS di Johor


http://img.youtube.com/vi/Zjg58TRkJAI/default.jpgHJ SABRI Kasmani, bekas Timbalan Ketua Pengarah, Kementerian Sumber Tenaga Manusia telah menyerahkan borang PAS kepada YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS di majlis Sambutan Badar Kubra peringkat negeri Johor di Kompleks Pusat Tarbiyyah PAS Batu Pahat, Kg Sungai Tongkang, Rengit, dekat sini, malam tadi.
 
Video...
 
 
 


 

Ahad, 12 Ogos 2012

Majlis sumbangan Fakir Miskin, Guru Al-Quran PAS Parit Buntar

 
Kuala Kurau, 12 Ogos: Majlis penyampaian sumbangan kepada fakir miskin dan Guru-guru al-Quran DUN Kuala Kurau oleh PAS Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar berjalan dengan lancar di Markaz MTD Kuala Kurau.

Seramai lebih 200 orang fakir miskin dan guru-guru al-Quran telah menerima sumbangan berbentuk beras, barangan dapur, kitab tafsir al-Quran dan wang tunai.

Majlis ini telah dihadiri oleh YB Dato Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar, YB Yunus Jamhari, ADUN Kuala Kurau, Hj Harun Hashim, YDP PAS Parit Buntar dan AJK Kawasan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat serta AJK Cawangan-cawangan.

Tamrin Ghafar Keluar Umno Sertai Pas


KUALA LUMPUR: Selepas kerap tampil di pentas PAS dan Pakatan Rakyat, bekas ahli Umno, Datuk Tamrin Ghafar ( gambar )akhirnya meninggalkan parti itu dan secara rasmi menyertai PAS.

Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba itu menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis peringatan Badar Al Kubradi di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUISZM), Taman Melawar malam tadi.

Tamrin merupakan bekas Adun Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam selain bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) suatu ketika dahulu.

Sabtu, 11 Ogos 2012

Mat Sabu seru kuningkan ambang Merdeka

Abdul Aziz Mustafa, 11 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) menyeru semua pihak memakai baju kuning dan keluar bersantai beramai-ramai di Dataran Merdeka pada malam 31 Ogos ini.

"Bukan tunjuk perasaan. NGO akan adakan sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka dengan keluar bersantai sambil pakai baju kuning.

"Kita semua meriahkan sambutan Merdeka dan keluar bersantai pakai baju kuning di Dataran Merdeka.

"Bukan tunjuk perasaan... (tetapi) bersantai pakai baju kuning," katanya dalam ceramahnya di sini malam tadi

Jumaat, 10 Ogos 2012

Ribuan sertai qiam bersama Sultan Kelantan

Harakahdaily, 10 Ogs 2012
KOTA BHARU: Ribuan rakyat negeri Kelantan tidak melepaskan peluang untuk menghidupkan Ramadhan bersama Sultan Kelantan dalam program Qiam With Me di Istana Negeri di sini malam tadi.

Program julung-julung kali diadakan itu menerima sambutan luar biasa rakyat yang mahu bersama sultan kesayangan mereka Sultan Muhammad V.

Suasana malam tadi menyaksikan Dewan Jubli Perak, di Istana Negeri, Kubang Kerian itu penuh malah kesemua khemah diluar dewan juga sesak.

Tokoh Umno sertai PAS esok


Harakahdaily, 10 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Seorang tokoh penting Umno dijangka akan mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS malam esok.

Ia akan diadakan selepas Solat Tarawikh di Dewan KUIZM, Taman Melewar, Gombak.

Khamis, 9 Ogos 2012

WAWANCARA BERSAMA EN ABDULLAH ANTONG


Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, August 9, 2012
Baru-baru ini saya ada peluang bersama wartawan Harakah Perak mewawancara En. Abdullah Antong, bekas Setiausaha DUN Perak di Pejabat PAS Negeri Perak. Ikutilah wawancara yang sangat menarik ini, beliau menjelaskan banyak perkara yang rakyat Perak khususnya perlu tahu.

 
Harakah :
Baru-baru ini  En Abdullah telah mengiystiharkan diri menyokong PAS dan Pakatan Rakyat melalui satu program Hi-Tea. Apakah faktor yang mendorong tindakan tersebut?
Abdullah:
Saya berkhidmat selama 29 tahun dengan kerajaan sebelum bersara November 2010, suasana politik yang tidak selesa pada saya, menyebabkan saya tidak berminat untuk menyambung khidmat, di usia yang sudah mencecah 56 tahun saya tergerak hati untuk mengiyitiharkan diri sebagai penyokong PAS.
Faktor utama ialah Allah telah memberi saya hidayah untuk memilih PAS dan tindakan ini bukanlah disebabkan atas desakan mana-mana pihak dan individu, walaupun saya kenal rapat dengan beberapa pimpinan PAS.
Faktor lain ialah berdasarkan pemerhatian dan penilaian selama berkhidmat selama 11 bulan dengan PR, saya ikhlas menyatakan banyak perbezaan antara PR dengan BN terutama ketelusan, keupayaan dan juga beberapa karakter kepimpinan yang tidak dapat ditandingi oleh pimpinan UMNO BN.
Walau bagaimanapun kebanyakan yang menyertai PAS ialah kerana mendapat hidayah dan kesedaran daripada Allah.
Saya menyokong PAS bukan ada apa-apa kepentingan, juga bukan mendapat imbuhan dan balasan. Saya tidak berniat langsung untuk menjadi pemimpin PAS atau menjadi calon. Saya hanya mahu bekerjasama dengan PAS dan PR untuk tumbangkan UMNO BN dalam PRU akan datang.

Lailatul Qadar, mencari kemuliaan taqarrub

Nasrudin bin Hassan at-Tantawi, 09 Ogs 2012
Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.  Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Surah al Qadar . Ayat : 1 – 5)

Malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadar” adalah merupakan malam terbaik bahkan malam yang paling mulia disediakan oleh Allah ‘semalam dalam tempoh setahun’ .

Sabda Rasulullah SAW:

وَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ اْلقَدْرِ إِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ .


“Dan barangsiapa yang mendirikan (ibadah) pada malam lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penghayatan (mengharapkan redha Allah) nescaya diampunkan baginya segala dosa-dosanya yang telah lalu.”

(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Rabu, 8 Ogos 2012

Tak perlu baiah, kata bekas pengarah JSJ

Hazayani Zakaria, 08 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu sehingga meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbaiah dengan kerajaan kerana tugas anggota polis sememangnya menjaga keselamatan awam dan negara.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari berkata, jika anggota polis memahami kerja mereka satu ibadah, mereka harus bekerja dengan jujur, amanah dan bersungguh-sungguh.

"Itu hak perdana menteri untuk membuat seruan tapi sememangnya penjawat awam khususnya anggota polis yang faham konsep ibadah, mereka akan bekerja dengan bersungguh-sungguh," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Saman trafik RM2,000, K’jaan ambil kesempatan rakyat musim raya

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/540299_395207123861214_1310163184_n.jpgKUALA LUMPUR 7 Ogos: Tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) pada bulan Ogos ini dalam Ops Sikap sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dikecam oleh pemimpin Pakatan Rakyat.
Mengulas keputusan JPJ itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menyifatkan kerajaan cuba mengambil kesempatan ke atas rakyat yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya.
“Saya pasti banyak saman akan dikeluarkan. Isunya adakah kadar kemalangan berjaya dikurangkan atau tidak,” katanya ketika dihubungi.

Selasa, 7 Ogos 2012

Bekas Pengarah Peladang Perak sertai PAS di Himpunan Badar Al Kubra


Tn Hj Azhar Yunus, Pengarah Peladang Perak, mengistiharkan diri masuk PAS seumur hidup di Badar Al Kubra PAS Teluk Intan  Perak.

Ahad, 5 Ogos 2012

Royalti: Rakyat Kelantan tidak goyah tukar k'jaan

Salmiyah Harun, 05 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Sikap drastik Perdana Menteri Najib Tun Razak yang dilihat agak berlembut apabila mahu menubuhkan jawatankuasa mengkaji bayaran royalti petroleum untuk Kelantan, tidak sekali-kali akan mengubah pendirian rakyat negeri itu.

Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Nik Yusof berkata, rakyat Kelantan tidak mudah untuk menukar kerajaan, jika selepas ini ditakdirkan Najib Tun Razak membayar royalti kepada negeri itu.

"Tidak mustahil, Najib boleh membuat pengumuman sebelum pilihan raya, manalah tahu, beliau nak bagi 20 peratus royalti pada kerajaan Kelantan," katanya ketika ditemui.

Beliau yang merupakan pensyarah sambilan di sebuah IPTA berkata, rakyat Kelantan cukup terkenal dengan sifat istiqamahnya menyokong kepimpinan PAS sejak sekian lama justeru sokongan itu tidak mungkin akan goyah.

Sabtu, 4 Ogos 2012

Menjelang PM tiba, kempen Royalti semakin aktif

Muhammad Yusri Amin, 04 Ogs 2012

(Konvoi Royalti dari Kubang Kerian ke Pasir Puteh petang semalam)

KOTA BHARU: Menjelang lawatan kerja sehari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kelantan pada 5 Ogos ini, rakyat Kelantan semakin lantang menyuarakan tuntutan royalti petroleum dan gas.

Badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti) mengadakan siri konvoi royalti ke seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di negeri ini.

Konvoi Royalti-1 Kota Bharu ke Gua Musang (Parlimen Gua Musang), manakala Konvoi-2 Kota Bharu ke Rantau Panjang (Parlimen Rantau Panjang).

Dalam perkembangan terbaru hari ini, Royalti mengadakan Konvoi Royalti-3 dari Kota Bharu ke Pasir Puteh (Parlimen Kubang Kerian dan Parlimen Pasir Puteh).

Rabu, 1 Ogos 2012

Umno peralat anak sebar buku politik di sekolah

Aslani M, 01 Ogs 2012

KOTA BHARU: Umno dianggap sudah kehabisan ikhtiar apabila dikatakan menggunakan anak bagi menyebarkan buku-buku berkaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno di sekolah.

Buku kartun bertajuk “Dari PM Untuk Rakyat” terbitan Gerakan Anak Muda Malaysia dan “Transformasi Najib” tulisan Akmar Hisham Mokhles diedar di sekolah di parlimen Kota Bharu menjelang Ramadan lalu.

Seorang bapa yang enggan dikenali mendakwa anaknya diberi tiga buku berkaitan Perdana Menteri dan Umno oleh seorang rakannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails