Selamat Datang

Ahad, 30 Disember 2012

Siasat siapa paksa LTAT beli syarikat Deepak

Abdul Aziz Mustafa, 30 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Satu siasatan menyeluruh mesti dibuat untuk mengenal pasti siapa yang memaksa Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) membeli syarikat milik Deepak Jaikishan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.


"Bukan sahaja mesti dibuat siasatan menyeluruh untuk mengenalpasti siapa paksa Deepak jual syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd, tetapi lebih dari itu, mesti juga disiasat siapa yang memaksa LTAT membeli 80 peratus saham syarikat Deepak itu.

"Siasatan juga mesti dibuat bagaimana kedua-dua pihak dipaksa termasuk sejauh mana ia melibatkan penyalahgunaan kuasa mana-mana pemimpin negara," kata beliau.

Khamis, 27 Disember 2012

Majlis minum petang bersama Bekas Menteri Penerangan dapat sambutan


PDF Print E-mail
PARIT BUNTAR, 26 Dis. : Majlis minum petang bersama Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir anjuran Pas Cawangan Kuala Bagan Tiang telah menarik kehadiran ramai penduduk tempatan dan kawasan berhampiran.
Penolong Setiausaha Pas Parit Buntar Hairul Nizam Ishak berkata, kehadiran Bekas Menteri Penerangan memang dinanti oleh penduduk di sini yang kebanyakannya merupakan bekas penyokong kuat Umno.
“ Kehadiran yang ramai pada hari ini termasuk orang Tionghua Kuala Bagan Tiang ini membuktikan perjuangan Pas kini diterima penduduk di sini.

Jumaat, 21 Disember 2012

Jawapan fitnah terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Ahmad Fadhli Shaari, 21 Dis 2012


Saya telah diarahkan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk membuat sedikit penjelasan berkenaan isu sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008. Ia dilaporkan di dalam blog pisau.net yang kemudiannya dijadikan asas kepada laporan polis oleh sebuah badan bukan kerajaan Barisan Bersatu Nambikkai (Nambikkai) pada 19 Mac 2012. Ia juga turut dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Disember 2012.

Hakikatnya, ini satu lagi fitnah UMNO/Barisan Nasional yang cuba memperdayakan rakyat dengan isu-isu ciptaan mereka khususnya menjelang pilihanraya umum yang ke13. Peluru-peluru terakhir UMNO/BN ini kelihatan berterabur kerana dilancarkan dalam keadaan panik dan kelam kabut ekoran kebimbangan akan terlucut kuasa selepas pilihanraya nanti.

Isnin, 17 Disember 2012

Siapa nak buat huru-hara bila kalah PRU13?

Harakahdaily, 17 Dis 2012
PARIT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi pertanyaan siapakah yang mahu membuat huru-hara apabila tewas dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.
Sehubungan itu, beliau menolak tuduhan pemimpin Umno BN kononnya akan berlaku peristiwa 13 Mei sekiranya parti itu kalah pada PRU13.

“Siapa nak buat huru-hara?

“Mereka nak buat huru-hara, peristiwa 13 Mei bila Umno kalah teruk (PRU13),” ujarnya ketika berucap di hadapan kira-kira 20,000 hadirin pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Perak di padang SEDC, Bandar Seri Iskandar, malam tadi.

20,000 hadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak


Harakahdaily, 16 Dis 2012

Sebahagian hadirin yang membanjiri padang SEDC Bandar Seri Iskandar mengikuti ucapan pemimpin Pakatan Rakyat.

PARIT: Sambutan rakyat terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat terus mendapat sambutan apabila hampir 20,000 orang memenuhi Padang SEDC Seri Iskandar, malam ini, kata pengarah program, Dr Kharuddin Abdul Malek.

Walaupun hujan renyai-renyai turun sekitar jam 9.30 malam sekitar 20 minit, namun orang ramai masih berkumpul di kawasan padang untuk mendengar pidato daripada pemimpin Pakatan Rakyat.

Ahad, 9 Disember 2012

30,000 sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang

Harakahdaily, 09 Dis 2012

(Orang ramai yang memenuhi Dataran Kerdau untuk menyertai HKR Pahang)

TEMERLOH: Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengucapkan tahniah kepada rakyat Pahang yang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Dataran Kerdau, malam ini.

Beliau menganggarkan kira-kira 30,000 hadir pada perhimpunan itu sekalipun pada masa yang sama berlangsung perlawanan bolasepak Piala AFF Suzuki peringkat separuh akhir antara Malaysia dengan Thailand.

(Pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini, Malaysia hanya seri 1-1 di mana gol pasukan negara dijaringkan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-49 manakala Thailand oleh Teerasil pada minit ke-78.)

Bekas SB mohon maaf kepada PAS meninggal

Muhammad Faeez Azahar, 08 Dis 2012
TAIPING: PAS dikejutkan dengan kehilangan seorang pejuang, Abdullah Omar iaitu bekas OCPD Slim River di usia 66 tahun, hari ini.

Beliau yang menyertai PAS selepas bersara tahun lalu menghembuskan nafas yang terakhir kira-kira jam 6.00 pagi tadi di kediamannya di Kampung Baru, Kamunting, Taiping, Perak.

Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Kg Expo selepas Zohor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Silverstoon, Kemunting, Taping.

Yang Dipertua PAS Taiping, Ustaz Fakhruddin Abdul Aziz ketika dihubungi berkata, pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada PAS.

Katanya, beliau sangat aktif dalam PAS di peringkat kawasan dan giat berceramah diseluruh negara selepas pengisytiharannya menyertai PAS tahun lalu

10,000 hadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka

Ahmad Danial, 09 Dis 2012
MELAKA: Kira-kira 10,000 rakyat negeri Melaka membanjiri perkarangan Pejabat DAP Melaka pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Melaka malam tadi.


Kehadiran rakyat seramai itu bukan sahaja rekod kepada negeri Melaka malah memperlihatkan kebangkitan dan semangat peubahan yang ada pada rakyat negeri ini, kerana jarang sekali rakyat akan hadir ke program Pakatan Rakyat dengan jumlah seperti itu.

Biarpun himpunan malam Umno BN menganjukan program karnival di tapak asal program iaitu di Kampung Bukit Palah, namun kehadiran orang ramai ke program Pakatan Rakyat boleh dikatakan tidak terjejas

Sabtu, 8 Disember 2012

SPR digesa jelaskan pegawai terlibat dalam Umno

Hazayani Zakaria, 08 Dis 2012

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menuntut penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung seorang pegawainya yang memegang jawatan dalam Umno.

Ketua DPPM, Nasruddin Hassan berkata, Timbalan Pengarah (Operasi) SPR Sabah, Aksyah Nasrah yang dilantik sebagai Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Kinabatangan mencemarkan  ketelusan SPR.

"Persoalannya, bagaimana Ketua Penerangan Pemuda Umno boleh bekerja di SPR yang sepatutnya bebas dari mana-mana parti politik.

Jalan ke Putrajaya semakin terbuka luas

Harakahdaily, 07 Dis 2012


(Pemimpin Pakatan berdoa untuk memohon kekuatan dan bantuan dari Allah untuk ke Putrajaya)

ALOR SETAR: Para pemimpin Pakatan Rakyat yakin, jalan untuk ke Putrajaya semakin terbuka luas ekoran tanda-tanda yang ditunjukkan oleh para pemimpin Umno dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU 12) baru-baru ini.

Permohonan maaf Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan tangisan perwakilan mereka yang berucap membayangkan tanda-tanda itu.

"Adakah perwakilan ini menangis kerana takut kehilangan kuasa," tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berucap di himpunan itu.


(Wakil PAS, PKR dan DAP Kedah membaca ikrar untuk bekerja keras bagi membolehkan Pakatan ke Putrajaya)

Pemimpin PAS di Kedah pula mengajak rakyatnya agar menjadikan usaha untuk ke Putrajaya sebagai kaedah untuk memudahkan pelaksanaan segala usaha untuk kepentingan negara dan rakyat.

Keyakinan dan harapan ini dikemukakan mereka dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti malam ini.

Lebih 20,000 rakyat Kedah memenuhi stadium terbuka ini.

Coretan Bergambar Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah



Jumaat, 7 Disember 2012

Memahami perjuangan gerakan Islam

Akademi Tarbiyah DPPM, 07 Dis 2012
Perjuangan Islam bermaksud perihal umat Islam berusaha mempertahankan agamanya dan mengatasi pihak-pihak yang menentangnya. Oleh sebab perkataan juang itu sendiri bermaksud melawan, maka persoalan perjuangan Islam itu menggambarkan betapa unsur perlawanan dan persaingan adalah satu perkara rutin dan lumrah yang pasti ada di dalam Islam dah dihadapi oleh umat Islam tidak kira bila atau di mana mereka berada.

Mahu tidak mahu, setiap Muslim terpaksa menghadapi realiti perlawanan atau perjuangan sama ada dalam bentuk perseorangan atau perkumpulan, hebat atau hanya pertentangan kecil mengikut tahap keimanan seseorang. Demikianlah, sejak generasi Islam yang pertama pada zaman Rasulullah SAW lagi, umat Islam telah dihadapkan dengan suasana perjuangan yang penuh dengan tekanan dan ujian.

Perjuangan Dan Jihad

Di dalam bahasa Arab, perkataan yang paling sesuai dan sinonim dengan perjuangan adalah jihad. Jihad adalah kata terbitan (masdar) yang berasal dari perkataan "jahada" bererti bersungguh-sungguh dan tekun mengerjakan sesuatu. "Jahada" pula bererti memerah tenaga. Jahada al-'aduww, bererti memerangi musuh. Dari segi bahasa, jihad membawa pengertian berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan sesuatu matlamat. Al-Jihad menurut kebanyakan kamus bererti perang mempertahankan agama.

Rabu, 5 Disember 2012

Peristiwa berdarah di Gombak kesan PAU12 – Mat Sabu

Harakahdaily, 05 Dis 2012

KUALA LUMPUR: Serangan terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi merupakan kesan daripada Perhimpunan Agong Umno ke 66 dan barangkali adalah muqaddimah ke peristiwa 13 Mei yang digempar-gempurkan semula Umno.

“Ini adalah kesan PAU dan muqaddimah 13 Mei,” kata Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu dalam satu kenyataan ringkasnya kepada Harakahdaily tengahari tadi.

Serangan malam tadi termasuk ke atas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera di bahu dipercayai ditikam dengan objek tajam.

SMS provokasi beberapa hari sebelum serangan

Harakahdaily Foto SK, 05 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Serangan sekumpulan samseng terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi didakwa didahului dengan penyebaran khidmat pesanan ringkas SMS 'berupa arahan' beberapa hari sebelumnya.

Ceramah Merdeka Rakyat kecoh, seorang cedera

Harakahdaily, 04 Dis 2012


(Cedera dibahu akibat tusukan benda tajam)

GOMBAK: Majlis ceramah Jelajah Merdeka Rakyat dekat sini kecoh dan seorang petugas luka dibahu akibat tusukan benda tajam.

Ia berlaku apabila sekumpulan pemuda Umno Gombak dikatakan merempuh tempat ceramah Merdeka Rakyat itu.

Isnin, 3 Disember 2012

Suhakam: Penjawat awam boleh ikuti ceramah parti

Muhammad Faizal, 03 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini menerima memorandum berhubung pemecatan seorang kakitangan sementara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Labuan.

Ini ekoran Qatrun Nada Latfi yang bertugas sebagai guru sementara menerima notis pemecatan pada 24 Oktober yang berkuatkuasa 1 Disember lalu tanpa menyatakan secara terperinci sebab pemecatan tersebut.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Koordinator Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (Insan), Mohd Faris Abdullah kepada Pesuruhjaya Suhakam, Detta Samen di pejabat Suhakam pagi tadi. Qatrun Nada turut hadir.

Detta Samen selepas menerima memorandum tersebut berkata pihaknya akan mengambil masa seminggu bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh kakitangan tersebut.

Ahad, 2 Disember 2012

Datuk Rahman Maidin umum sertai PAS

Nazri Abdullah, 02 Dis 2012


(Rahman menyerahkan borang PAS kepada Ustaz Hadi malam tadi)

BATU PAHAT: Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin mengumumkan pernyertaannya ke dalam PAS malam tadi.

Beliau yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengumumkan penyertaan itu bersama tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi.

Turut serta adalah bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Haji Mohd Sais Joned.

(Haji Mohd Sais menyerahkan borang kepada Ustaz Hadi dengan diperhatikan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz)


Dua lagi adalah masing-masing bekas Pengarah Pelajaran Johor Hj Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah institur Perguruan Batu Pahat Haji Nasir Abdullah.
Kesemua mereka menyerahkan borang meyertai PAS kepada presiden parti itu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan disaksikan hampir 30,000 hadirin.

Video Tokoh-Tokoh Johor menyertai PAS pula....


Ribuan di Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor

Harakahdaily, 01 Dis 2012
BATU PAHAT: Ribuan rakyat Johor kini memenuhi Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam ini.

Biarpun program malam ini bertembung dengan siaran langsung bola sepak piala AFF Suzuki 2012 antara Malaysia dengan Indonesia, namun kehadiran yang ramai malam ini menunjukkan semangat perubahan politik rakyat negeri ini.
Program malam ini bermula dengan ucapan wakil-wakil badan bukan kerajaan NGO yang memperjuangkan hak rakyat.

(Gambar: Mohamad Sabu menerima limau sebagai gimik perasmian.)

Ianya termasuk NGO Anti-PPSMI, Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Gerakan Mansuh ISA (GMI), Hak Air Untuk Semua (Haus), Gabungan Menuntut Royalti Kelantan 'R', Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Gabungan menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), NGO Pengerang, serta NGO alam sekitar dan Anti Lynas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails