Selamat Datang

Sabtu, 10 Mac 2012

Bantuan sekolah: Kenapa Felda beri runding terus?

Harakahdaily, 10 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 10 Mac: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini mendakwa berlaku penyelewengan oleh Felda berhubung pembekalan kelengkapan sekolah kepada anak peneroka yang dibuat secara runding terus.


Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, ianya membabitkan bantuan kelengkapan dengan nilai RM185 bagi setiap murid yang berlumlah 15,000 orang.

Bantuan tersebut terdiri daripada 2 pasang pakaian seragam sekolah, beg sekolah dan sepasang kasut bagi setiap pelajar.

"Nilai keseluruhan kalau kita kira lebih kurang RM2.775 juta. Kita dapat maklumat ianya diberi secara runding terus tanpa ditender, kenapa runding terus, itu yang kita persoalkan," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.


Sambil mendedahkan dokumen yang didakwa bukti penyelewengan itu, Mazlan berkata projek itu diberikan kepada syarikat Maxli Resources Sdn. Bhd.

Manakala pegawai yang berkait dengan projek itu, katanya adalah Pegawai Khas kepada Pengerusi Felda iaitu Muhammad Zahid Md. Arip.

Mazlan turut mempersoal bagaimana pemilihan pelajar yang layak menerima bantuan itu dibuat di peringkat tanah-tanah rancangan.

"Kita buat survey, banyak Felda tak mengagihkan kelengkapan ini. Kita kira-kira sekurangnya mereka boleh buat untung RM1 juta untuk projek ini," kata Mazlan.

Sehubungan itu beliau menuntut Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad serta Pengerusi Yayasan Felda membuat penjelasan.

Konvensyen Kebangsaan

Pada sidang media sama, Mazlan turut memaklumkan pihaknya akan mengadakan konvensyen kebangsaan membincangkan masa depan dan hala tuju Felda.

Konvensyen itu akan diadakan pada 22 April ini dan bakal menampilkan tokoh-tokoh berkaitan Felda bagi berkongsi pandangan.

Ianya termasuk bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, dan juga bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Raja Alias Raja Ali yang terkenal dengan jolokan arkitek Felda.

Konvensyen itu menurut Mazlan, turut akan membincangkan pro dan kontra penyenaraian Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Untuk tujuan itu katanya, konvemsyen tersebut akan menjemput kedua-dua wakil iaitu yang menyokong dan yang membantah penyenaraian itu untuk membentangkan kertas kerja.

Selain mereka, semua 222 ahli parlimen pembangkang dan kerajaan turut akan dijemput ke program tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails