Selamat Datang

Rabu, 31 Mac 2010

Bila Ulama Ada Kuasa


Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN

Antara isu yang sering dimainkan media ke atas gerakan Islam seperti PAS adalah dakwaan kononnya Pas anti hiburan. Mesej yang cuba dibawa dari dakwaan tidak berasas ini - amat berbahaya untuk memberi kepada gerakan Islam seperti Pas . Memberi sokongan kepada Pas ertinya menyokong supaya industri hiburan ditutup. Tiada konsert, tiada filem, tiada nyanyian. Begitulah fitnah yang sering dimainkan oleh musuh gerakan Islam.

Tidak dinafikan jika yang dimaksudkan hiburan itu adalah satu bentuk keseronokan yang bebas sepenuhnya dari sebarang sekatan dan kawalan maka Pas mengaku bahawa ia memang menentang hiburan sebegitu



Jika yang dimaksudkan dengan hiburan misalnya adalah nyanyian atau lakonan yang melibatkan pergaulan bebas lelaki dan wanita yang tidak terkawal , pakaian yang menjolok mata, senikata dan skrip yang tidak membina keperibadian manusia sepertimana yang ditonjolkan oleh Hollywood atau Bolywood dan ditiru oleh industri hiburan tanahair maka hiburan yang seperti itu akan pasti ditentang oleh Pas meskipun seluruh alam membenci Pas.

Bagi Pas hasrat manusia untuk berhibur adalah satu fitrah manusia. Memandangkan ianya satu fitrah maka adalah mustahil untuk Pas melarang perkara tersebut. Sebaliknya hiburan itu patut disuburkan bagi membantu manusia lari dari masalah dan kerunsingan yang mereka hadapi. Bukankah itu matlamat hiburan ?

Apa yang malang manusia barat mengaitkan hiburan dengan keseronokan yang tidak dikawal. Industri hiburan barat menghiburkan manusia dengan meminta manusia mengikut selera hawa nafsu manusia . Tiada had dan batasan dibenarkan. Hiburan barat adalah berdasarkan falsafah hedonism – keseronokan yang tidak dibatasi oleh sebarang sekatan dan kawalan. Sistem ekonomi kapitalisme bukan sahaja merangsang industri hiburan barat malahan ia juga menjadi pengawal kepada industri hiburan tersebut.

Soal adab, akhlak , maruah, harga diri dan keperibadian insan tidak ada dalam kamus kapitalisme dan dunia hiburan barat. Apabila manusia dibiarkan untuk mengikuti hawa nafsunya untuk berseronok atas nama hiburan ia hanya membantu manusia lari sementara dari masalah dan kerunsingan . Bagaimanapun selepas menikmati hiburan itu ia akan membawa manusia itu kepada beribu masalah yang lain. Paparan akhbar tentang apa yang berlaku kepada artis-artis negara barat dan juga di negara ini – masalah dadah, khalwat, zina, gay, mabuk, kadar penceraian yang tinggi adalah contoh yang boleh kita lihat di depan mata kita.

Sebagai gerakan Islam yang ingin membawa manusia kepada kebaikan dan kesejahteraan yang hakiki Pas tidak boleh membiarkan dunia hiburan terus dinodai oleh acuan dunia hiburan barat. Maka tindakan mengharamkan terus industri hiburan sudah semestinya bukan satu pilihan yang wajar dan bijak. Jika itu pilihan Pas maka ia adalah satu bentuk escapism. Jika itu yang dilakukan maka ia menjustifikasi dakwaan jahat musuh bahawa Pas adalah anti hiburan.

Justeru itu tindakan Kerajaan Kelantan membenarkan konsert jom heboh baru-baru ini bagi saya adalah satu tindakan yang positif dan patut dipuji. Sebelum ini kita juga dapat melihat Negara Iran yang dipimpin oleh golongan ulama telah berjaya membawa revolusi industry perfilemen negara itu – dari industri glamour kepada industry yang membina. Perfilemen Iran menunjukkan bahawa sesebuah filem itu masih mampu menang award meskipun tiada arak dan adegan seks di dalam filem.

Bagi yang tidak senang dengan Pas, tindakan Kelantan yang dipimpin oleh Tuan Guru Nik Aziz membenarkan sure heboh di bumi serambi Mekah dilihat seolah-oleh menempelak kenyataan Mufti Perak sebelum ini yang mengatakan jomheboh atau sure heboh adalah haram.

Jika itu kritikan yang ditujukan kepada Kelantan , jawapan kita mudah sahaja. Haram atau tidak haramnya sesuatu perkara bukan hanya kerana namanya . Sebagai contoh adakah kasino itu haram kerana namanya kasino ? Bagaimanakah jika kasino menukar programnya dari yang berbentuk permainan dengan wang taruhan ( judi ) kepada permainan semata-mata tanpa ada unsur judi. Adakah ketika itu kasino masih haram hanya kerana namanya Kasino !

Sewaktu saya bersama dengan Presiden Pas bertemu para pelajar di Australia suatu ketika dahulu, Presiden Pas, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang memberikan satu contoh yang menarik kepada pelajar tentang kaedah hukum dalam Islam. Contoh yang beliau berikan adalah melibatkan makan nasi. Beliau mengatakan hukum makan nasi boleh jadi harus atau wajib atau haram mengikut keadaannya. Asal hukum makan nasi adalah mubah ( harus ). Bagaimanapun ia boleh bertukar menjadi wajib jika apabila seseorang itu dalam kebuluran dan hanya ada nasi sahaja dan tidak ada makanan lain di hadapan beliau. Makan nasi ketika itu jadi wajib kerana ingin menjaga nyawa. Makan nasi juga boleh jadi haram jika makan di waktu siang semasa berpuasa di bulan Ramadhan..

Hal yang sama juga boleh berlaku kepada sure heboh. Sure heboh boleh jadi harus atau haram mengikut keadaan . Jika program sure heboh dipenuhi maksiat sudah tentu ia haram. Tetapi jika kandungan maksiat di program itu dapat dibuang atau dielakkan adakah hukum program itu akan terus berkekalan haram hanya kerana namanya sure heboh. Sudah tentu tidak.

Kita percaya bahawa apabila Mufti Perak mengatakan sure heboh haram ianya bukan kerana namanya tetapi kerana isi kandungan program tersebut. Program sure heboh sebelum ini termasuk di Perak sendiri tidak dikawal .Para penonton lelaki dan wanita dibenarkan duduk bersama-sama . Artis wanita dibenarkan terkinja kinja menyanyi di pentas dengan pakaian yang tidak sopan dan tidak menutup aurat. Mufti Perak yang tidak bersandarkan kuasa politik tidak dapat berbuat apa-apa apabila sure heboh berkunjung ke negeri Perak sendiri. Beliau terpaksa akur melihat fatwanya dilanggar oleh orang-orang politik di negeri itu. Konsert sureheboh di Perak terpaksa mengikut gendang TV 3 sebagai penganjur program itu.

Keadaan yang sama tidak berlaku di Kelantan. Di Kelantan pihak penganjur terpaksa ikut gendang Kerajaan yang dipimpin oleh Ulama’. Apabila Kelantan bersuara tiada artis wanita – maka TV 3 ikut. Tiada percampuran lelaki dan wanita- sekali lagi TV 3 ikut. Inilah bezanya apabila Ulama yang bersandar dengan kuasa dengan ulama yang tidak mempunyai kuasa.

Ulama tiada kuasa hanya dapat menyatakan ini haram itu haram tanpa dapat berbuat apa-apa jika manusia tidak endahkan fatwanya. Apabila TV 3 tidak endah fatwa Ulama yang tiada kuasa maka ulama seperti Mufti Perak tidak boleh buat apa-apa .

Apabila ulama ada kuasa ia boleh bertindak dengan lebih aktif dan efektif. Ia boleh ‘dictate” pihak penganjur supaya tunduk kepada peraturan Kerajaan negeri. Akhirnya ulama yang ada kuasa boleh menawarkan rakyatnya hiburan alternatif yang terbaik kepada sure heboh yang diharamkan oleh ulama yang tiada kuasa.

Selasa, 30 Mac 2010

Bot tenggelam: Lima termasuk tiga kanak-kanak mati lemas


TAWAU 30 Mac – Lima orang termasuk tiga kanak-kanak mati lemas selepas bot yang mereka naiki tenggelam di perairan Tawau dekat sini hari ini. (KOSMO)

Apabila musibah telah menimpa orang yang beriman, hendaklah ia bersabar. Ujian dari Allah kepada kita hendaklah kita terima dengan redha. Segala kehidupan ini diatur dan ditentukan oleh Allah. Manusia hanya boleh berusaha sahaja tetapi yang mentaqdirkan segala sesuatu itu adalah Allah. Oleh itu harapan kita agar Allah memberi rahmat dengan kesabaran yang kita lakukan.

Kemalangan, kematian, bencana alam dan sebagainya adalah sebahagian dari ujian Allah kepada hambanya. Barangkali ada juga dikatakan sebagai peringatan buat kita dari Allah. Mungkin ada sesuatu kesalahan atau kelalaian yang telah kita lakukan. Umpamanya kita makin jauh dari menunaikan tanggungjawab kepada Allah. Tidak membuat kerja-kerja amar makruf dan nahi mungkar lalu Allah tegur kita dengan suatu peringatan atau musibah.

Dengan ini kita akan sedar dan kembali semula untuk melaksanakan tugas sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini. Kita memohon keampunan dari Allah kerana lalai dan terleka.Mudah-mudahan musibah ini memberi pengajaran dan iktibar dalam kehidupan kita selanjutnya. Kadang-kadang musibah ini adalah untuk Allah membayar kifarat di atas dosa-dosa kita. Barangkali kita tidak sedar dengan perbuatan maksiat dan dosa yang telah kita lakukan kepada Allah yang maha Esa. Jadi kifarat ini dapat menghapuskan dosa-dosa yang kita lakukan.

Oleh itu sebagai hamba Allah, apa jua yang ditimpa kepada kita samada musibah dan sebagainya, maka sepatutnya kita bersabar dan bersyukur kepada Allah. Semua yang berlaku itu ada hikmahnya. Hanya Allah yang tahu dan moga-moga kita terus menjadi hamba yang taat kepada perintahnya.

BEKALAN BUAT PEJUANG



Kekuatan diri pejuang dan jamaah wujud apabila ada pada mereka sifat-sifat yang berikut:

1. Khauf

Bererti takut akan Allah s.w.t., iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Rasa takut dan gerun kepada Allah s.w.t. akan menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t. dan seterusnya patuh dan tekun mengerjakan perkara yang disuruhnya dengan hati yang khusyuk dan ikhlas.

2) Redha

ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.

Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.


3. Ikhlas

ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya' , ujub atau inginkan pujian manusia.

Dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t. hendaklah diniatkan untuk taat semata-mata bukan kerana malu kepada makhluk atau sebagainya.

4. Taubat

iaitu kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu.

Seseorang itu hendaklah bersungguh-sungguh memelihara diri daripada dosa iaitu dengan memelihara seluruh anggota daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama.

5.Zuhud

Bererti meninggalkan dunia melainkan kadar yang patut daripadanya. Zuhud yang sempurna ialah meninggalkan perkara lain selain Allah S.W.T.

Dunia ialah tiap-tiap perkara yang tidak dituntut oleh syarak dan ianya sebagai tempat bercucuk-tanam ( berbuat kebaikan dan amalan soleh ) untuk akhirat yang kekal abadi selama-lamanya.

6.Sabar

iaitu Menahan diri daripada keluh kesah dan menahan diri daripada mengadu kepada yang lain daripada Allah subhanahu wata'ala ketika berlaku sesuatu bala atau bencana, Menahan diri dalam mengerjakan segala perintah Allah. Menahan diri dalam meninggalkan segala larangan Allah.

Orang yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas drinya adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga orang yang taat, tidak akan merasa susah dalam mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

7. Syukur

iaitu mengaku dan memuji Allah atas nikmat yang diberi dan menggunakan segala nikmat itu untuk berbuat taat kepada Allah subhanahu wata'ala.

Tiap-tiap nikmat yang diberi oleh Allah subhanahu wata'ala kepada makhlukNya adalah dengan limpah kurniaNya semata-mata, seperti nikmat kesihatan, kekayaan, kepandaian dan sebagainya. Oleh yang demikian, bersyukur dan berterima kasih atas nikmat-nikmat tersebut merupakan suatu kewajipan kepada Allah subhanahu wata'ala.

8. Tawakkal

iaitu menetapkan hati dan berserah kepada Allah pada segala perkara yang berlaku serta jazam (putus) pada i`tiqad bahawa Allah subhanahu wata'ala yang mengadakan dan memerintahkan tiap-tiap sesuatu.

Berserah kepada Allah pada segala perkara itu hendaklah disertakan dengan ikhtiar dan usaha kerana Allah menjadikan sesuatu mengikut sebab-sebabnya, seperti dijadikan pandai kerana belajar, dijadikan kaya kerana rajin berusaha atau berjimat cermat dan sebagainya.

9. Mahabbah iaitu Iaitu kasihkan Allah subhanahu wata'ala dengan mengingatiNya pada setiap masa dan keadaan.

Kasihkan Allah ialah dengan segera melakukan segala perintahNya dan berusaha mendampingkan diri kepada Allah dengan ibadah-ibadah sunat dan bersungguh-sungguh menghindari maksiat serta perkara-perkara yang membawa kemarahanNya.

10.
Zikrulmaut


Iaitu sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia dengan amalan-amalan yang baik.


Oleh kerana seseorang itu akan mati, maka hendaklah ia bersedia dengan amalan-amalan yang baik dan hendaklah ia memenuhkan tiap-tiap saat daripada umurnya itu dengan perkara yang berfaedah bagi akhiratnya kerana tiap-tiap perkara yang telah lalu tidak akan kembali lagi.


Isnin, 29 Mac 2010

PERJUMPAAN HALWA MTD TITI SERONG DENGAN MUSLIMAT SG BETUL BAWAH


Parit Buntar, 23 Mac2010 - Dewan Muslimat PAS Parit Buntar dengan kerjasama HALWA MTD Titi Serong telah mengadakan perjumpaan kali kedua dengan muslimat Cawangan Sg Betul Bawah di markas UPU Sg Betul Bawah, Tanjung Piandang. Perjumpaan ini diadakan bagi merapatkan lagi silaturrahim di antara AJK DMP, AJK HALWA MTD Titi Serong, AJK muslimat Cawangan Sg Betul Bawah yang diketuai oleh Pn Nurul Syahida bt Hassan dan muslimat-muslimat di Sg Betul Bawah.

Program ini dimulakan dengan program membaca Yassin beramai-ramai dengan diketuai oleh Pn Ainah bt Ahmad, isteri kepada YB Drs Khalil Idham Lim. Seramai lebih kurang 35 orang muslimat telah menghadiri perjumpaan ini yang bermula pada pukul 4.00 petang, yang kemudiannya solat Asar secara berjemaah telah dijalankan di situ.

Selepas itu, tazkirah bertajuk “Membangun Untuk Islam” telah disampaikan oleh Ustazah Zuraida bt Hussin, isteri kepada YB Dr Mujahid Rawa. Antara penekanan yang diberikan oleh beliau ialah sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu bagi menghidupkan hati yang sentiasa bergolak dengan permainan syaitan dan kemewahan dunia, sentiasa menjaga dan membajai ni’mat Islam dan Iman dan sentiasa menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh Allah terutama perkara syirik dan perasaan riak dan ujub. Program ini berakhir pada pukul 6. 15 petang dengan sedikit jamuan disediakan oleh muslimat Cawangan Sg Betul Bawah.

HARAPAN TOK GURU

KOTA BHARU, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataan pertamanya selepas dipilih semula sebagai Mursyidul Am meminta semua pihak dalam PAS agar membantu beliau bagi menjayakan misi parti bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat," kata beliau dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada media sekejap tadi.

Kenyataan ini dibuat beliau selepas dipilih sekali lagi sebagai Mursyidul Am dalam mesyuarat kedua Majlis Syura Ulamak PAS pagi tadi. Turut dipilih semula adalah Datuk Dr Haron Din sebagai timbalannya.

Dalam kenyataan itu beliau berkata, "menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti."

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:-


KENYATAAN RASMI
YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN


PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI
AL-MURSYIDUL AM PAS

• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.

• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.

• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.

• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.

Sekian, wassalam.


TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 29 Mac 2010

UNDI ANDA: ANTARA PAHALA DAN DOSA


Antara satu perkara yang menjadi dasar kepada perhubungan sesama manusia yang dianjurkan oleh Islam ialah sikap taa’wun ataupun tolong menolong.

Pada ayat yang kedua daripada surah al-Maidah, Allah swt berfirman: Dan hendaklah kamu saling tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Ayat ini menyarankan kita supaya saling tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan sahaja dan melarang kita tolong menolong dalam perkara kemaksiatan dan permusuhan. Orang yang menolong untuk melaksanakan perkara-perkara kebaikan dan ketaqwaan akan mendapat pahala kerana pertolongannya itu dan begitulah sebaliknya, iaitu akan mendapat dosa jika membantu dalam perkara kemaksiatan dan dosa. Bahkan jika dia membantu dalam melaksanakan satu kebaikan yang mana mendatangkan maslahah yang besar, maka dia akan mendapat pahala yang banyak, sebaliknya jika dia membantu dalam melaksanakan dosa yang besar iaitu dalam perkara yang membawa mafsadah atau keburukan yang besar, maka dia juga akan mendapat dosa yang besar.

Kerana itu dengan membantu, seseorang mungkin akan mendapat pahala yang banyak ataupun mungkin akan mendapat dosa yang besar. Kerana inilah saya katakan bahawa antara dosa yang paling besar yang ada pada zaman sekarang adalah dosa menolong, sekalipun dosa menolong ini tidak disebut secara jelas bahawa ia termasuk dalam dosa-dosa yang besar. Dalam dosa membunuh contohnya, seseorang lelaki yang tidaklah membunuh, tetapi dialah yang menolong untuk menjayakan pembunuhan itu, seperti diikatnya mangsa, dipegang atau dicamkannya untuk pembunuh, maka dia juga akan mendapat dosa membunuh. Berkata Imam al-Ghazali: Sesiapa yang membantu dalam kemaksiatan, maka dia adalah bersekutu dalam (dosa) maksiat itu.-lihat kitab Faidhul Qadir karangan Imam al-Manawi. Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menyatakan: “Sesiapa yang membantu mempertahankan kezaliman, maka dia akan berada dalam kemurkaan Allah, sehinggalah dia meninggalkannya”. (Riwayat Ibnu Majah, (2320, dan al-Albani menganggapnya sahih)

Dalam dosa mengumpat, bukan sahaja si pengumpat yang mendapat dosa, bahkan si pendengar juga mendapat dosa. Ini kerana dia telah membantu dalam perkara kemaksiatan, ini kerana umpatan tidak akan terjadi tanpa ada yang sanggup mendengarnya. Samalah juga halnya dengan dosa meminum arak. Bukan sahaja peminum yang berdosa, bahkan semua yang menolongnya juga berdosa seperti penjual, pembekal, pelayan dan sebagainya. Maka alangkah besarnya dosa orang yang mana dengan pertolongan dan bantuannya, tertegak dan berdiri kilang-kilang arak dengan megah, ini kerana semua arak yang diminum adalah bersumberkan kepada kilang-kilang tersebut. Dan alangkah lamanya dosanya, iaitu selama mana kilang itu masih beroperasi dan dia masih mendokongnya.

Dalam hukum memakan riba, bukan sahaja yang memakan riba itu yang berdosa, bahkan si pemberi, kerani yang mencatat juga mendapat habuannya daripada dosa tersebut. Maka, alangkah besarnya dosa orang yang dengan pertolongan dan bantuannya, terlaksananya sistem ekonomi yang menghalalkan riba dan sistem itu sentiasa berjalan dan didokongnya. Begitu juga hukumnya dengan hukum memakan rasuah. Bukan sahaja si pemakan rasuah yang berdosa, bahkan orang yang memberi juga turut berdosa dalam, kerana dialah yang memberikan rasuah tersebut. Kerana itu saya katakan antara dosa yang sangat besar dalam zaman kita sekarang adalah dosa menolong dalam perkara kemaksiatan.

Kalau kita tengok kepada keadaan muda-mudi sekarang, kita dapati kebanyakan daripada mereka telah runtuh akhlaknya. Keruntuhan akhlak muda-mudi ini sebenarnya adalah disebabkan sistem pelajaran sekarang adalah sistem pelajaran sekular dan tidak berlandaskan kepada sistem pelajaran Islam. Sistem pelajaran yang ada sekarang meggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Natijahnya ialah keruntuhan akhlak muda-mudi yang kita lihat sekarang. Maka alangkah besar dosanya kalaulah kita yang membantu dan mendokong sehingga sistem sekular itu yang diguna pakai dan bukannya sistem pelajaran Islam.

Dalam suatu hadis Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang dengan pertolongannya boleh membawa kepada tidak terlaksananya satu hukum hudud daripada hudud-hudud Allah, maka sesungguhnya dia telah melawan Allah dalam urusanNya (pemerintahannya). (Hadis riwayat Abu Daud (3597) dan Al-Albani menganggapnya sahih). Hadis ini meyatakan bahawa sesiapa yang dengan pertolongannya boleh menyingkirkan satu hukuman hudud sahaja sudah dianggap melawan Allah, maka alangkah besarnya gerangan dosa orang yang mana dengan pertolongan dan bantuannya hukum hudud sedikit pun tidak dapat dilaksanakan bahkan dilarang untuk selama-lamanya. Kerana inilah dalam hadis yang sohih, bila mana Usamah bin Zaid, seorang yang sangat disayangi oleh Rasulullah s.a.w. meminta supaya tidak dilaksanakan hukum hudud ke atas seorang perempuan Bani Makhzum yang telah mencuri, berubah air muka Rasululllah s.a.w. kerana kemarahan dan beliau bersabda: Adakah kamu mahu untuk memberikan pertolongan supaya tidak dilaksanakan satu hudud daripada hudud-hudud Allah? … Demi Allah, kalaulah Fatimah binti Muhammad (anak perempuan kesayanganku ini) mencuri, nescaya aku akan potong tangannya. Hadis ini diriwayatklan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Siti Aisyah, lihat Riyadus Solihin, karangan Imam Nawawi, bab larangan memberikan pertolongan dalam (menyingkirkan hukum) hudud.

Dalam suatu hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda: Tolongilah saudara kamu samada dia menzalimi atau dizalimi. Lalu seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, aku akan menolongnya jika dia dizalimi. Apa pula pendapatmu jika dia yang menzalimi, bagaimana aku menolongnya? Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: Engkau hendaklah menegahnya daripada melakukan kezaliman itu, maka itulah cara menolongnya. Hadis sohih riwayat Imam Bukhari daripada Anas. Sila lihat Nuzhatul Muttaqin, Syarah Riyadus Solihin, jilid 1, m/s 206. Berpandukan hadis ini, maka kita diseru supaya sentiasa menolong, samada orang yang menzalimi atapun yang dizalimi dengan syarat pertolongan itu akan membawa kepada maslahah ataupun kebaikan kepada kita, agama dan juga kepada saudara seagama kita. Maka cara menolong orang yang dizalimi adalah dengan menyekatnya daripada melakukan kezaliman tersebut. Dan perlu kita faham bahawa kezaliman adalah setiap perkara yang dianggap dosa dan munkar oleh agama.

Kita diwajibkan untuk mencegah kezaliman dan kemunkaran yang dilakukan, dan bukannya sama-sama bersekongkol dan tolong-menolong dalam perkara tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemunkaran, maka cegahlah dengan tangannya, dan jika dia tidak mampu, maka cegahlah dengan lidahnya dan jika dia tidak mampu, maka cegahlah dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman. Hadis sohih riwayat Imam Muslim daripada Abu Said al-Khudriyy. Dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam Kitabul Iman, bab pada menyatakan bahawa mencegah kemunkaran adalah sebahagian daripada keimanan. Lihat Nuzhatul Muttaqin, jilid 1 m/s 170.

Kerana itu, sama-samalah kita tolong menolong dalam menegakkan agama Allah, kerana di situlah keadilan dan sama-samalah kita berganding bahu untuk mencegah dan menyekat kemunkaran yang berleluasa sekarang ini. Semua ini adalah tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah s.w.t. ke atas bahu-bahu kita. Janganlah kita berkecuali dalam hal ini dan memandang remeh tentang apa yang berlaku sekarang ini dalam masyarakat dan negara kita. Dalam suatu hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang (masanya, timbulnya) pemimpin-pemimpin yang sentiasa melakukan kezaliman dan pembohongan. Maka sesiapa yang menolong kezaliman mereka dan mengiyakan pembohongan mereka, maka dia bukanlah daripada (golongan)ku dan aku bukanlah daripada (golongan)nya, dan dia tidak akan samapi ke kolam Kautharku (di akhirat). Dan sesiapa yang tidak mengiyakan pembohongan mereka dan tidak menolong mereka dalam kezaliman itu, maka aku adalah daripada (golongan)nya dan dia adalah daripada (golongan)ku dan dia akan sampai ke kolam Kautharku (di akhirat). Hadis riwayat Imam Ahmad (no. 18151, dan Syuaib al-Arnaut menyatakan bahawa isnadnya sahih).

Maka fikirkanlah situasi anda sekarang ini. Renungkanlah. Dan jawablah,: “Adakah anda bersama-sama orang yang menegakkan agama Allah atau anda berada dalam kumpulan yang mendokong dan menyokong kemungkaran”? Tinggalkanlah kumpulan yang mendokong kezaliman dan ingatlah kepada firman Allah s.w.t. yang berbunyi: Dan janganlah sekali-kali kamu condong kepada orang-orang yang zalim kerana kamu akan disentuh api neraka. Surah Hud, ayat 113. (SUMBER)

JIHAD FI SABILILLAH

Tafsir Al-Quran
Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Tafsir Surah An-Nisa' ayat 74
Kelebihan berjihad di jalan Allah

Disebut di dalam hadith yang banyak sebaik sahaja darah mengalir dari tubuh orang-orang yang berjihad, Allah menghapuskan dosa yang pernah dilakukannya melainkan hutang. Sebaik sahaja dia berada di alam barzakh, rohnya masuk di dalam tembolok burung-burung syurga yang memakan nikmat di dalam syurga.

Sementara itu di hari qiamat kelak dia berkelayakan untuk memberi syafaat kepada 70 orang anggota keluarganya yang dimasukkan ke dalam neraka sehingga mereka dibebaskan semuanya dari azab neraka itu.

Seorang ibu datang mengadap Rasulullah s.a.w. mengadu anaknya syahid di medan perang. Beliau berkata: "Wahai Rasulullah! Saya ingin tahu dimanakah anak saya berada sekarang. Jika saya mengetahui dia berada di tempat yang baik, saya merasa cukup gembira. Jika tidak, saya akan terus menangis."

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Wahai Ibu! Anakmu berada di dalam syurga firdaus yang tinggi."

Banyak lagi hadith-hadith lain yang menjelaskan ayat ini.

Firman Allah yang bermaksud:

"Maka Kami akan berikan kepadanya pahala yang sangat besar." (Surah an-Nisa': 74)


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

"Kamu tidak boleh mencapai kelebihan orang yang berjuang pada jalan Allah. Dia keluar sepanjang masa. Waktu jaga, tidur, mana lembah yang dituruni, bukit yang d idaki, padang atau tanah rata yang dilaluinya dipenuhi dengan pahala dari Allah SWT.

"Kamu tidak dapat mencapai kurniaan pahala yang diberikan kepadanya itu melainkan kamu bersembahyang tidak henti-henti tanpa tidur, makan, minum dan sebagainya, dan kamu berpuasa tanpa berbuka."

Tiada siapa yang sanggup berbuat demikian. Sebab itu apabila ada seorang sahabat yang musafir berjumpa satu cerun bukit yang memiliki mata air yang tidak pernah kering, rumput menghijau dan tanahnya pula subur, dia berhasrat untuk beruzlah, tinggal bersendirian di situ, beribadat kepada Allah SWT.

Bagaimanapun sebelum hasratnya itu dilaksanakan dia merasakan lebih baik bertanyakan Rasulullah s.a.w. terlebih dahulu sama ada perbuatannya itu diizinkan Allah atau sebaliknya. Lalu dia pulang ke Madinah bertanyakan Rasulullah s.a.w. ;Baginda bersabda yang bermaksud:

"Jangan kamu berbuat demikian. Sesungguhnya kamu berada dalam sesuatu masa ketika menegakkan agama Allah tidak sama dengan 70 tahun kamu berada di situ."

Inilah kelebihan yang diberikan kepada orang yang berjihad. Allah juga berfirman yang bermaksud:

"Allah memberi kelebihan kepada orang yang berjihad mengatasi orang yang berdiam diri tanpa berbuat apa-apa (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu keuzuran) dengan pahala yang amat besar.


"Iaitu beberapa darjat (kelebihan) daripadanya dan keampunan serta rahmat belas kasihan dan (ingatlah) adalah Allah Amat Pengampun lagi Amat Mengasihani.
(Surah an-Nisa': 95 - 96)



Perbezaan antara satu darjat dengan satu darjat yang lain itu ialah antara bumi dan langit. Allah juga berjanji memberi pahala yang sangat besar kerana orang yang berjihad kadang kala teringat kepada anak, isteri, keluarga dan harta sehingga menekan perasaannya di samping menghadapi musuh-musuh yang sentiasa mencari peluang untuk melakukan apa sahaja kepadanya.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalan-Nya. Sesungguhnya orang yang keluar untuk berjihad hanya kerana iman dan ikhlas kepada Allah, maka Allahlah yang akan memberi jaminan untuk memasukkannya ke dalam Syurga atau akan mengembalikannya semula ke rumah, beliau juga keluar dengan mendapat pahala atau harta rampasan. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Pada setiap bahagian tubuh yang terluka di jalan Allah akan diperlihatkan oleh-Nya pada Hari Kiamat. Ketika beliau terluka warna darah dan baunya adalah seperti minyak kasturi. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya, jika peperangan itu memang tidak berat bagi kaum Muslimin, sudah tentu aku tidak akan meninggalkan pasukan yang turut berperang pada jalan Allah tetapi aku sendiri tidak mampu memberikan kenderaan kepada mereka dan keadaan mereka sendiri juga seperti diriku yang tidak mampu. Mereka sendiri sebenarnya masih merasa keberatan dan tidak dapat berangkat bersamaku. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya aku lebih suka seandainya aku berperang di jalan Allah lalu terbunuh, lalu aku dihidupkan kemudian berperang lagi dan terbunuh, kemudian aku dihidupkan dan berperang lagi dan akhirnya terbunuh lagi

Buta


Assalamu'alaikum wrm.

Buta bukan sebarang buta.

Buta penglihatan, itu biasa dilihat. Ujian ALLAH atas hamba-hambaNya. Ada yg buta sejak lahir. Ada yg buta setelah mengecapi kehidupan ini. Ada yg kerana sakit, ada juga kerana sesuatu kemalangan.

Buta huruf. Juga biasa ditemui. Tak dapat nak habiskan pengajian. Jepun masuk Tanah Melayu. Bagero punya Jepun!

Buta perut. Boleh tahan juga istilahnya. Mungkin tak da hati dan perut. Tak da perasaan.

Satu lagi. Buta kayu. Yang ini agak bahaya. Jahil, bodoh dan jadi pak turut.

Orang Cina terima Chua, hero porno movie.

Mereka tolak 2 Ong.

Ong! Ong! Ong! Ong! Ong! Ong! Ong! Ong! Sahutan bunyi katak merata-rata.

Sebahagian melayu terima juga.

Buta kayu sungguh! (sumber)

Ahad, 28 Mac 2010

Solat Dhuha


Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah melahirkan rasa sedihnya apabila sebahagian daripada pemimpin-pemimpin PAS tidak melakukan solat Dhuha sebagai satu kelaziman dan ibadah sunat dalam diri masing-masing. Di sini dipaparkan berkaitan dengan Solat Dhuha tersebut.

Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

“Menurut mazhab jumhur ulama iaitu Imam Malik, Syafie dan Ahmad, solat ini hukumnya sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sedangkan Imam Abu Hanifah hanya memandangnya sebagai suatu amalan sunat biasa.

Justeru, sunah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah ini eloklah dijadikan amalan bertepatan dengan hadis yang bermaksud: Junjunganku tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. telah berwasiat supaya aku mengerjakan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan (13, 14 dan 15 haribulan daripada bulan Qamariah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan juga supaya aku mengerjakan solat Witir sebelum aku tidur.

Kelebihan Solat Dhuha.

Setiap amalan kebajikan pasti memperoleh ganjaran setimpal daripada Allah s.w.t.. Pun begitu, ia mestilah dilengkapi dua syarat utama iaitu ikhlas dan menepati syariat.Setiap ibadat yang disyariatkan juga pasti tersirat hikmah dan fadilat yang tersendiri. Cuma usah pula hikmah dan fadilat ini yang diutamakan. Dibimbangi ia menjadi suatu tabiat di mana kita beramal lantaran hikmat semata-mata bukan lahir daripada rasa keinsafan diri.

“Namun demikian, terdapat nas-nas hadis nabawi yang menggesa umatnya melakukan amalan solat sunat Dhuha dengan disebutkan fadilatnya bagi menambahkan semangat dan keinginan untuk melakukan amalan mulia ini.

1. “Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha.

2. Solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru, dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya.

Hakikatnya, umat Islam perlu memahami kedudukan solat ini.

Pertama, sebaik-baiknya, ia dilakukan di rumah agar dapat dikerjakan dengan lebih sempurna. Jadi, jika di tempat bekerja, lakukan dengan menggunakan masa yang sebaik mungkin.

Kedua, sifat solat ini ringkas dan mudah dilaksanakan di mana-mana tempat (baik di surau atau bilik sendiri). Masanya pula hanya mengambil masa empat hingga lima minit. Jadi, apalah salah kalau ia dibudayakan.

Ketiga, pada dasarnya ia adalah sunat hukumnya malah Baginda jua tidak melaksanakannya dalam bentuk yang konsisten. Hal ini diterangkan oleh Aishah: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. mendirikan sembahyang sunat Dhuha. Sesungguhnya aku mendirikan sembahyang Dhuha walaupun Rasulullah meninggalkannya. Tetapi pada hakikatnya Baginda suka melakukannya, ini adalah kerana Baginda bimbang jika selalu mengamalkannya, orang ramai akan mewajibkan ke atas diri mereka. (Riwayat Muslim).

Oleh itu lakukan solat ini di rumah atau di tempat kerja selagi mana ia tidak memberatkan atau menghalang tugas-tugas lain yang lebih utama dan penting.

Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya. Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Bilangan rakaat

Yang masyhur di kalangan para ulama adalah paling minimum dua rakaat sahaja dan bilangan yang maksimum adalah lapan rakaat. Cuma terdapat juga pendapat sebilangan ulama yang mencadangkan bilangan yang paling afdal iaitu empat rakaat (dilakukan secara dua kali salam). Ini bersandarkan hadis Aishah (Riwayat Imam Abu Daud) menjelaskan bahawa Nabi melakukannya sebanyak empat rakaat. Begitu juga hadis Qudsi yang disampaikan oleh Nu’aim yang bermaksud: Wahai anak Adam! Usahlah dikau lemah daripada mengerjakan empat rakaat Dhuha. Demikian itu pasti melengkapi kebajikan genap satu hari yang dikau jalani. (Riwayat Imam Abu Daud dengan sanad yang sahih)

Solat ini juga diriwayatkan berjumlah enam rakaat (tiga kali salam) seperti hadis Nabi yang disebutkan oleh Jabir bin Abdullah. (Riwayat Imam al-Tabarani)

Dalam pada itu, ada juga riwayat yang dirakamkan oleh Anas bin Malik menjelaskan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Barang siapa yang menunaikan solat sunat Dhuha sebanyak 12 rakaat maka nescaya Allah s.w.t. akan membina sebuah mahligai di dalam syurga kelak. (Riwayat Imam al-Tirm

Bilangan yang masyhur adalah antara dua hingga lapan rakaat. (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Sabtu, 27 Mac 2010

KELEBIHAN SURAH AL-MULK

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:


"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk." (sumber)

Bekalan Buat Pejuang


Ayat Kursi adalah ayat yang diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w.. dengan segera memerintahkan Zaid bt Sabit menulis serta menyebarkannya.

Beberapa kelebihan dalam mengamalkan ayat ini seperti berikut:

1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya b ahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

2. Mengikut keterangan dari kita b "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya
setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua
orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

3. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu
ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan
akal fikirannya .

4. Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

5. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

6. Pengamal ayat Kursi juga,dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. AyatKursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

7. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

8. Ayat Kursi yang di baca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

9. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.

10. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


11. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain..

12. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut.

13. Barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

14. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sem bahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

15. Barang siapa mem b aca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.


16. Barang siapa mem b aca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan bpengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

17. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya. (sumber)

Jumaat, 26 Mac 2010

PERINGATAN BUAT PEJUANG


Para pejuang agama Allah hendaklah menjauhi beberapa sifat yang boleh menghilangkan kekuatan untuk meneruskan perjuangan Islam. Lantaran itu renungkanlah sifat-sifat tersebut untuk dijauhi dalam diri. Antaranya ialah:


1. Syarrut ta‘am (banyak makan)

  • Iaitu terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan atau minum.
  • Makan dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah.
  • Makan dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa kepada lali daripada menunaikan ibadah kerana termasuk di dalam amalan membazir.

2. Syarrul kalam (banyak bercakap)

  • Iaitu banyak berkata-kata atau banyak bercakap.
  • Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah itu membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah merasa jemu.

3. Ghadhab (pemarah)

  • Ia bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau menegah daripada kejahatan.
  • Sifat pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan dicerobohi hak-haknya.
  • Sifat pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan sesuatu sebab yang benar.

4. Hasad (dengki)

  • Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.
  • Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.
  • Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.

5. Bakhil (kedekut)

  • Iaitu menahan haknya daripada dibelanjakan atau digunakan kepada jalan yang dituntut oleh agama.
  • Nikmat yang dikurniakan oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada seseorang itu merupakan sebagai alat untuk membantu dirinya dan juga membantu orang lain. Oleh yang demikian, nikmat dan pemberian Allah menjadi sia-sia sekiranya tidak digunakan dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah subhanahu wata‘ala.
  • Lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang menyempurnakan agama seperti zakat, mengerjakan haji dan memberi nafkah kepada tanggungan, maka menahan hak atau harta tersebut adalah suatu kesalahan besar di sisi agama.

6. Hubbul jah (kasihkan kemegahan)

  • Iaitu kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat.
  • Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah.
  • Akibat daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia dan boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran.

7. Hubbud dunya (kasihkan dunia)

  • Ia bermaksud kasihkan dunia, iaitu mencintai perkara-perkara yang berbentuk keduniaan yang tidak membawa sebarang kebajikan di akhirat.
  • Banyak perkara yang diingini oleh manusia yang terdiri daripada kesenangan dan kemewahan. Di antara perkara-perkara tersebut ada perkara-perkara yang tidak dituntut oleh agama dan tidak menjadi kebajikan di akhirat.
  • Oleh yang demikian, kasihkan dunia itu adalah mengutamakan perkara-perkara tersebut sehingga membawa kepada lalai hatinya daripada menunaikan kewajipan-kewajipan kepada Allah.
  • Namun begitu, menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah bukanlah suatu kesalahan.

8. Takabbur (sombong)

  • Iaitu membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak.
  • Orang yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat.
  • Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian Allah dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran.

9. ‘Ujub (bangga diri)

  • Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.
  • Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.
  • Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.

10. Riya’ (menunjuk-nunjuk)

  • Iaitu memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain.
  • Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata.
  • Orang yang riya’ adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya telah menyimpang disebabkan inginkan pujian daripada manusia.

Khamis, 25 Mac 2010

INGATAN BUAT MUSLIMIN DAN RENUNGAN UNTUK MUSLIMAT




Jangan engkau kahwini wanita yang enam sifatnya iaitu jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.

  • Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
  • Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. wanita ini sering menyatakan,"Aku membuat itu keranamu".

  • Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

  • Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

  • Wanita Baraqah: ada 2 makna,
  • pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya
  • kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

  • Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.


Dicatat oleh Imam Al-Ghazali..

PINDAAN RUKUN NEGARA DISOKONG


KHAMIS, 25 MAC 2010 | 9 RABIULAKHIR 1431H

Gesaan Presiden PAS agar Rukun Negara dipinda bagi menyelaraskan dengan kehendak massa dengan menukarkan Kepercayaan Kepada Tuhan kepada Kepercayaan Kepada Allah sangat-sangat dialukan. PAS berpendapat bahawa penggunaan kalimah Allah lebih tepat bagi menggambarkan Tuhan yang sebenar; berbanding istilah Tuhan yang dapat diterjemahkan dengan pelbagai bentuk dan rupa. Keadaan ini tentunya bertentangan dengan konsep ketuhanan yang sebenar.

Allah sebagai Tuhan yang selayaknya disembah dan diimani sebagai Tuhan yang sebenar bukanlah satu istilah yang sensitif bagi golongan bukan Islam, kerana selama bertahun-tahun mereka juga menggunakan kalimah Allah dalam menyanyikan lagu-lagu rasmi kebanyakan negeri.Bahkan para pelajar khususnya menyanyikan lagu-lagu negeri ini dengan menggunakan istilah Allah, tanpa menimbulkan sebarang polimik, kerana itulah hakikat ketuhanan sebenar. Bahkan dalam kehidupan seharian istilah Allah digunakan oleh kalangan bukan Islam
terutama dalam aspek penciptaan, kejadian, kehidupan dan kematian.

Gesaan Presiden PAS dilihat satu usaha bagi meletakkan Allah sebagai Tuhan yang dipercayai dan disembah, agar rakyat negara ini lebih merasai keperluan mempercayai Allah dalam kehidupan mereka. Hal ini dilihat dengan hanya menyebut kepercayaan kepada Tuhan lebih umum dan ianya dilihat
tidak mendatangkan keperluan kita mengimani sebagai tumpuan utama dalam setiap aspek kehidupan. Akibatnya ramai dari anggota masyarakat tidak mengikuti arahan dan perintah Allah dalam kehidupan mereka. Meningkatnya gejala sosial, rasuah, penyelewengan, ketidakadilan sosial, dan lainnya adalah menifestasi tiadanya penghayatan kepada konsep ketuhanan yang diimani.

Kini sampailah masa seluruh anggota masyarakat melihat isu ini dengan lebih terbuka, ilmiah dan rasional bagi membina satu masyarakat yang menjadikan Allah sebagai asas kepercayaan. Diharap dengan membuat pindaan ini juga, sebarang polimik yang
cuba dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu akan berjaya diatasi.

Selasa, 23 Mac 2010

Biadabnya akhbar Sweden siar lakaran tubuh Nabi umpama anjing


Umat Islam pada ketika ini sedang diuji dengan beberapa isu yang mencabar maruah dan kesucian agama. Sekali lagi sensitiviti umat Islam telah diusik dengan tindakan tiga buah akhbar Sweden yang menyiarkan kartun menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Kebiadapan akhbar Dagens Nyheter, Expressen dan Sydsvenska Dagbladet yang menyiarkan lakaran tubuh rasul seperti seekor anjing dibuat tanpa segan silu atas nama kebebasan bersuara.

Ini memberikan gambaran bahawa mereka tidak mengambil iktibar daripada bantahan umat Islam terhadap akhbar Denmark, Jyllands-Posten lima tahun yang lalu.

PAS memandang serius penghinaan yang dibuat ini kerana ia merupakan kesilapan yang berulang dan menunjukkan sikap media di negara-negara Barat yang tidak pernah serik mengundang kemarahan umat Islam. Tindakan menghina Nabi Muhammad merupakan satu penghinaan kepada agama Islam itu sendiri serta para penganutnya.

Dalam perkembangan yang lain, pada ketika ini perhatian umat Islam juga diseret untuk melihat isu yang sedang berlaku di bumi Palestin. Di mana pihak pemerintah Zionis telah mengisytiharkan pembukaan sebuah kuil yang terletak berhampiran dengan Masjid Al-Aqsa di sebelah barat.

Perasmian kuil yang dinamakan Al-Kharab itu adalah satu tindakan yang mencabar umat Islam agar lebih serius untuk mempertahankan kesucian kota al-Quds dan Masjid al-Aqsa. Lebih-lebih lagi setelah pasukan bersenjata Zionis Israel bertindak melampui batas dengan menceroboh Masjid al-Aqsa dan menyerang orang awam di kawasan suci tersebut baru-baru ini.

Perlu diketahui bahawa pembinaan kuil Al-Kharab itu adalah sebagai permulaan kerja-kerja pihak musuh untuk meluaskan tempat-tempat ibadat dan syiar agama mereka di sekitar Baitulmaqdis.

Bahkan mereka tanpa berselindung telah menyatakan bahawa pembinaan kuil Al-Kharab adalah isyarat awal untuk membina kuil utama iaitu Haikal Sulaiman setelah diruntuhkan Masjid al-Aqsa.

Umat Islam mesti menyuarakan penentangan dan bantahan terhadap kedua-dua isu yang mencabar maruah agama ini.

Kerana itu, PAS menyatakan sokongan yang padu kepada inisiatif Pemuda PAS Pusat untuk menyuarakan bantahan pada Jumaat ini (26 Mac 2010) terhadap akhbar-akhbar Sweden yang melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan kebiadapan regim Zionis yang mencerobohi kesucian bumi Baitulmaqdis.

Saya juga menyeru agar umat Islam di negara ini turut serta menyatakan sokongan dan bantahan dalam demonstrasi aman tersebut bagi mempertahankan maruah dan kehormatan Islam.

Oleh TUAN GURU ABDUL HADI AWANG, Presiden PAS

GEJALA SOSIAL: TANGGUNGJAWAB SIAPA


Gejala sosial seperti kejadian membuang anak yang berlaku kelmarin nampaknya semakin berleluasa. Makin ia dipaparkan di media masa makin bertambah kejadian seperti ini. Barangkali benarlah kata-kata seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi dalam satu kuliahnya yang menyebut jika sesuatu keburukan itu dihebah-hebahkan samada oleh akhbar, televisyen dan sebagainya nescaya akan banyak lagi kejadian tersebut yang akan ditemui. Ia akan menjadi suatu kebiasaan oleh mereka yang terlibat kerana mereka akan beranggapan bahawa bukan dia sahaja yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu bahkan ramai lagi yang sama-sama berani melakukannya. Dengan kata lain bukan dia seorang saja yang berani dan sanggup buang anak, malah orang lain juga banyak yang buang anak.

Akhirnya mereka ini langsung tidak berasa bersalah di atas perbuatan tersebut kerana merasakan ada orang lain yang juga turut melakukannya. Seoalah-olah tiada dosa yang dilakukan olehnya sedangkan sebenarnya dia telah melakukan beberapa dosa. Sudahlah dosa kerana berzina yang telah dilakukan , dosa membuangkan bayi pula di tambah. Tak mungkin boleh mengandung dan melahirkan anak tanpa melakukan hubungan seks terlebih dahulu. Jika hubungan itu sah mengapa bayi itu perlu dibuang atau ditinggalkan dalam keadaan cuaca hujan. Tidak terfikirkah siksanya bagaimana anak itu kedinginan dalam basah kuyup?

Inilah perbuatan terkutuk yang dicela oleh Allah kepada mereka yang melakukannya. Keadaan ini berlaku akibat daripada kejahilan manusia dalam beragama. Allah telah menurunkan Al-Quran sebagai pedoman dan panduan hidup manusia. Disamping itu juga Nabi Muhammad diutuskan sebagai pembimbing umat Islam melalui hadis yang dijadikan sumber rujukan hidup manusia di atas muka bumi ini. Malangnya umat Islam pada hari ini tidak mengambilnya sebagai panduan hidup yang menyebabkan mereka semakin jahil dalam kehidupannya.

Tidak keterlaluan jika dikatakan umat Islam kini mula kemabali ke zaman jahilliyah. Suatu zaman sebelum kedatangan Rasulullah yang mana masyarakat manusia ketika itu sangat jahil dari segi aqidah, syariat dan akhlak. Ketiga-tiga asas penting dalam kehidupan manusia ini tidak ada pada masyarakat tersebut. Hidup mereka penuh dengan pergaduhan, pembunuhan, tiada ikatan persaudaraan, hidup berpuak-puak, yang kaya menindas yang miskin, hawa nafsu bermaharaja lela dan sebagainya. Lahirnya Rasulullah telah membawa rahmat ke seluruh alam semesta.

Rasulullah telah menanamkan aqidah yang mentauhidkan Allah. Keimanan kepada Allah telah dipupuk dengan yakin dalam diri setiap umat Islam sehinggakan perasaan takut kepada Allah wujud dengan sebenar-benarnya. Kemantapan aqidah yang sohih dalam diri umat Islam itu menyebabkan mereka meninggalkan semua larangan Allah dan melaksanakan perintah Allah dengan bersungguh-sungguh. Kejayaan Rasulullah membina aqidah yang mantap kepada para sahabat dan umat Islam telah menghapuskan kehidupan jahilliyan mereka. Meraka menjadi umat yang bersatu dari segi aqidahnya. Wujud ikatan persaudaraan sesama Islam yang kental di hati mereka. Tidak ada lagi pergaduhan antara mereka dan semua puak-puak berjaya disatukan.

Akhirnya syariat Islam dapat dibina dan ditegakkan dalam kehidupan. Segala hukum Allah dapat dilaksanakan dalam kehidupan. Tidak ada orang yang berani melanggar syariat Islam. Masing-masing patuh dengan peraturan-peraturan hidup yang dibawa oleh Rasulullah. Kehidupan menjadi aman dan tenteram. Kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat diamalkan dengan sempurna. Malahan kehidupan bernegara juga dapat ditegakkan dengan dengan gemilang. Inilah bimbingan yang dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad.

Begitu juga baginda membawa bimbingan akhlak dalam kehidupan masyarakat jahiliyyah ketika itu. Rasulullah telah menunjukkan contoh tauladan yang baik sebagai ikutan umat Islam. Keindahan akhlak baginda cukup memukau masyarakat dan menjadi pegangan hidup mereka. Tiada lagi pembunuhan anak-anak perempuan, tiada lagi pergaduhan sesama sendiri, hidup saling bantu-membantu antara satu sama lain. Ini yang telah berlaku apabila akhlak wujud pada semua umat Islam ketika itu. Oleh itu tidak ada masalah gejala sosial dan perbuatan sumbang apabila kita kembali kepada perintah Allah.

Hari ini didapati keadaan gejala sosial berleluasa adalah kerana peranan institusi-institusi yang ada tidak berfungsi dengan baik. Antaranya ialah institusi keluarga yang tidak berjalan sebagaimana diperintahkan oleh Allah dan Rasul dalam kehidupan. Ibu-bapa kini rata-rata tidak seperti ibu-bapa di zaman dahulu yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Anak-anak didik dengan pelajaran agama, mengaji al-quran, ilmu-ilmu fardu A'in dan sebagainya. Oleh itu pegangan agama sangat dititikberatkan dalam kehidupan anak-anak.

Bukan sekadar memberi pendidikan agama, malahan dipastikan semua anak-anaknya mengerjakan sembahyang, puasa dan ibadat yang lainnya sejak dari kecil lagi. Disamping itu tingkah laku dan akhlak anak-anak sentiasa dikawal dan diawasi samada di rumah atau diluar rumah oleh ibu-bapa mereka. Keadaan ini berterusan sehinggalah anak mereka itu berumahtangga. Oleh itu jarang sekali kedengaran berita perlakuan sumbang dan sebagainya di zaman tersebut. Kebebasan anak-anak sentiasa diawasi agar tidak menjatuhkan air muka atau maruah ibu-bapa. Malangnya kini ibu-bapa sudah tidak ambil peduli tingkah laku dan kebebasan anak-anak mereka. Kononnya kehidupan global kini menyebabkan mereka dikatakan sebagai tidak bertamadun jika menghalang kebebasan anak-anak. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dibiarkan. Malah ada ibu-bapa yang tidak menghiraukan jika anak perempuannya menaiki motor bersama teman lelaki atau tunangnya keluar bersiar-siar sehingga jauh malam.

Sudah tentulah institusi keluarga sebegini merupakan punca berlakunya kejadian gejala sosial pada hari ini. Oleh itu tidak hairanlah kalau institusi keluarga ini mendapat kemukaan dari Allah kerana bukan sahaja tidak takut kepada peraturan dan undang-undang manusia malah tidak takut kepada Allah yang menciptakannya.

Selain itu, institusi kedua yang tidak memainkan peranannya ialah institusi masyarakat. Kebanyakkan masyarakat pada hari ini juga tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekelilingnya. Jiran sesama jiran di sesebuah kampung, taman dan sebagainya sudah tidak ambil peduli lagi. Masing-masing dengan hal sendiri dan keluarga sendiri. Tidak seperti zaman dulu jika ada anak dara di kampung itu dibawa oleh teman lelaki bermotor, seluruh penduduk kampung itu akan menegur ibu-bapanya. Mereka tidak mahu ada penduduk yang menjatuhkan maruah mereka di kampung itu. Rasa malu akan menyelubungi seluruh kampung tersebut jika keadaan itu berlaku. Bukan sahaja Ketua kampung dan jawatankuasanya yang akan berasa malu bahkan semuanya sekali. Hari ini berlaku sebaliknya dimana lelaki dan perempuan yang menaiki motor tersebut boleh pula memberi salam kepada tuan imam ketika berselisihnya dengannya tanpa rasa malu dengan perbuatan mereka itu. Lebih malang lagi Tok Imam pula yang tersipu-sipu melihat perbuatan itu dan tidak pula membuat teguran. Inilah keadaan akhir zaman.

Satu lagi institusi yang tidak berperanan ialah pihak yang berkuasa atau pemerintah. Tidak ada suasana atau biah yang baik dalam negara. Apa yang ada adalah galakan kepada berlakunya perkara-perkara maksiat dengan hiburan yang melalaikan. Berbagai bentuk hiburan didedahkan kepada orang ramai. Generasi muda disajikan dengan berbagai program di kaca televisyen yang menjadikan artis sebagai idola mereka. Konsert-konsert sempena menyambut hari-hari perayaan menggalakan muda-mudi dan remaja keluar berpasang-pasangan. Kesannya berlakulah perbuatan terkutuk seperti yang didedahkan oleh media masa pada malam menyambut Tahun Baru dan sebagainya.

Kewajiban sebagai pemerintah ialah membina umat Islam dengan aqidah yang sohih, melaksanakan syariat Islam dan membina akhlak yang mulia dalam negara. Semua rakyat hendaklah dipastikan mempunyai aqidah yang mantap.Untuk itu berbagai program agama hendaklah dibuat secara bersungguh-sungguh disamping menghentikan semua program yang melalaikan rakyat. Begitu juga hendaklah melaksanakan syariat Allah termasuklah melaksanakan hukum-hukum Allah dalan semua aspek kehidupan. Dengan melaksanakan hukum Allah ini akan mendapat bantuan Allah untuk menghapuskan gejala sosial ini. Demikian juga wajib memastikan akhlak Islam diamalkan oleh seluruh umat Islam.

Isnin, 22 Mac 2010

KEWAJIPAN MANUSIA


عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ:
كُنْتُ رِدْفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ بَيْنِي وَبَيْنَهُ إِلَّا مُؤْخِرَةُ الرَّحْلِ فَقَالَ يَا مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ قُلْتُ لَبَّيْكَ رَسُولَ اللَّهِ وَسَعْدَيْكَ ثُمَّ سَارَ سَاعَةً ثُمَّ قَالَ يَا مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ قُلْتُ لَبَّيْكَ رَسُولَ اللَّهِ وَسَعْدَيْكَ ثُمَّ سَارَ سَاعَةً ثُمَّ قَالَ يَا مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ قُلْتُ لَبَّيْكَ رَسُولَ اللَّهِ وَسَعْدَيْكَ قَالَ هَلْ تَدْرِي مَا حَقُّ اللَّهِ عَلَى الْعِبَادِ قَالَ قُلْتُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ فَإِنَّ حَقَّ اللَّهِ عَلَى الْعِبَادِ أَنْ يَعْبُدُوهُ وَلَا يُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ثُمَّ سَارَ سَاعَةً قَالَ يَا مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ قُلْتُ لَبَّيْكَ رَسُولَ اللَّهِ وَسَعْدَيْكَ قَالَ هَلْ تَدْرِي مَا حَقُّ الْعِبَادِ عَلَى اللَّهِ إِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ قَالَ قُلْتُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ أَنْ لَا يُعَذِّبَهُمْ

Hadis Muaz bin Jabal r.a katanya:
Pernah aku mengekori Nabi s.a.w dalam satu perjalanan di mana aku berada di belakang baginda. Baginda memanggil: Wahai Muaz bin Jabal! Aku terus menyahut: Telah ku terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Kami meneruskan lagi perjalanan. Kemudian baginda memanggil lagi: Wahai Muaz bin Jabal! Aku menyahut: Telah ku terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Kami meneruskan lagi perjalanan kemudian baginda memanggil lagi: Wahai Muaz bin Jabal! Aku menyahut lagi: Telah ke terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Tahukah kamu kewajipan manusia terhadap Allah? Aku menjawab: Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih mengetahui. Baginda bersabda: Kewajipan manusia terhadap Allah ialah dengan mengabdikan diri kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya. Kami meneruskan lagi perjalanan beberapa ketika kemudian baginda memanggil lagi: Wahai Muaz bin Jabal! Aku menyahut: Telah ku terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w bersabda: Tahukah engkau apakah kewajipan Allah terhadap manusia apabila mereka melakukan perkara-perkara yang aku nyatakan di atas? Aku menjawab: Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih mengetahui. Akhirnya baginda bersabda: Allah tidak akan menyeksa mereka.

HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB : IMAN
BAB : Dalil Bagi Mereka Yang Mati Dalam Keadaan Tetap Mentauhidkan Allah s.w.t,
Pasti Akan Dimasukkan Ke Syurga (sumber)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails