Selamat Datang

Selasa, 20 Mac 2012

Mengapa Lebuh raya Banting-Taiping naik lebih 100%

Anis Nazri, 20 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 20 Mac: Kerajaan diminta menjelaskan peningkatan lebih 100 peratus yang diperuntukkan kerajaan bagi projek Lebuhraya Banting-Taiping.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ketika membahaskan Titah Ucapan Menjunjung Kasih Yang di-Pertuan Agong, mempersoalkan bagaimana boleh berlaku lonjakan kos dari RM3.1 bilion ke RM7.1 bilion.

Menurut Mahfuz, lonjakan tersebut menimbulkan pelbagai persoalan, selain dilihat tidak munasabah bagi sebuah lebuhraya sepanjang 316 kilometer yang akan menghubungkan Banting, Selangor ke Taiping, Perak.

"Itu belum lagi soal tempoh yang begitu panjang yang diberikan kepada syarikat konsesi terbabit, Kumpulan Europlus Bhd (Europlus) iaitu selama 60 tahun.  Sedangkan, PLUS sendiri, yang 'pantang lalu Umno sapu' itu pun, tempoh konsesinya hanya 30 tahun," kata beliau di Dewan Rakyat, petang tadi.Katanya dengan peningkatan kos tersebut, kerajaan sepatutnya menjelaskan bagaimana kos tersebut boleh dinaikkan sedemikian rupa.

Europlus sebelum ini mengumumkan menerima surat kelulusan membina lebuhraya itu daripada Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri (JPM), melibatkan pinjaman mudah RM2.24 bilion, subsidi faedah 3 peratus untuk 22 tahun dan Geran RM980 juta untuk pengambilan tanah.

Dalam pada itu, Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS itu mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbohong kepada rakyat apabila menyatakan isu Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) telah dirunding bersama Cuepacs.

Hakikatnya, dakwa Mahfuz pihaknya dimaklumkan tiada sebarang rundingan dilakukan di antara kerajaan dengan Ceupacs.

"Jadi, Perdana Menteri telah berbohong kepada rakyat apabila menyatakan sudah membuat rundingan sebanyak tiga kali dengan pelbagai pihak, termasuk Cuepacs.  Sebaliknya, ia tidak berlaku," dakwa beliau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails