Selamat Datang

Selasa, 8 Oktober 2013

Surat terbuka untuk Menteri Pendidikan

Tidak dapat dinafikan keputusan PRU 13 telah memperlihatkan peningkatan sokongan golongan muda kepada parti pembangkang.

Walaupun belum dapat membentuk kerajaan, pihak Pakatan Rakyat sudah mampu tersenyum gembira kerana dalam diam, mereka telah berjaya menawan hampir keseluruhan bandar-bandar besar dan ibu negeri di Malaysia.

Antara punca utama Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi adalah disebabkan generasi muda pada hari ini makin ramai yang menyokong Pakatan Rakyat.

Golongan yang distilahkan sebagai generasi Y ini adalah golongan yang lahir dalam era teknologi maklumat, suka berfikir dan tidak menerima sesuatu maklumat secara membuta tuli.

Mereka tidak menerima maklumat dari sebelah pihak sahaja tetapi lebih gemar menceduk maklumat daripada kedua-dua belah pihak menerusi internet dan akhbar.

Oleh itu, tidak hairanlah jika Utusan Malaysia dan Harakah kedua-duanya dibeli untuk dibawa balik ke rumah, dibaca dan dikaji.

Rabu, 10 Julai 2013

PAS umum ahli perniagaan, Che Long sebagai calonnya

Harakahdaily, 10 Jul 2013
KUALA BESUT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan,  Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long (gambar) seorang ahli perniagaan yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan sebagai calonnya untuk pilihan raya kecil Kuala Besut.

Che Long, 48, adalah anak tempatan Kuala Besut. Beliau tinggal di Kampung Baru. Rumahnya hanya setengah kilometer sahaja dari Markas Besar PAS untuk pilihan raya kecil ini.

Ini adalah pertama kali beliau menjadi calon PAS walaupun selama ini beliau adalah penyumbang kewangan utama untuk PAS.

Ustaz Abdul Hadi memperkenalkan Che Long dalam satu majlis ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut malam ini.

Pemilihan beliau dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung malam semalam.

Jumaat, 21 Jun 2013

Cadangan PAS bersama Umno: Umpama pungguk rindukan bulan

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, 21 Jun 2013
Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling seperti yang tersiar di dalam Sinar Harian hari ini 20 Jun 2013. Saya kira kenyataan yang dikeluarkan sangat terawang-awang dan tidak berpijak di bumi nyata. Nampaknya pandangan karut ini cuba untuk disebarkan atas nama akademik kononnya, padahal jelas nampak kepentingan Umno timbul di permukaan air.

Dalam kenyataannya itu, beliau mencadangkan agar PAS bergabung dengan Umno untuk memperjuangkan Islam. Hal ini kerana parti-parti yang ada di sekeliling PAS semuanya mengkhianati Islam. Hanya Umno sahaja yang memperjuangkan Islam.

Isnin, 17 Jun 2013

Buang sentimen parti: Presiden PAS sokong titah sultan

Hazayani Zakaria, 17 Jun 2013
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyambut baik titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang mahu semua pihak membuang sentimen kepartian dalam memberikan bantuan kepada rakyat.

Tuanku Sultan menyeru semua pihak bekerjasama tanpa mengira fahaman politik sewaktu bertitah sempena perasmian penggal pertama sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) kali Ke-13 di Wisma Darul Iman hari ini.

Ahad, 16 Jun 2013

Tilawah al-Quran di Kelantan: Catatan saya

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, 15 Jun 2013
Apabila Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan dicadangkan untuk diadakan di Kelantan beberapa bulan lepas, saya menyambut dengan baik. Alhamdulillah, akhirnya Kelantan terpilih juga selaku tuan rumah buat julung-julung kalinya. Ekoran pilihanraya umum yang diadakan Mei lepas, tilawah ini ditangguhkan dan akhirnya berjaya dilaksanakan di Kelantan dan berakhir malam semalam.

Saya rakamkan tahniah kepada kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan Ustaz Dato Ahmad Yakob dan juga terima kasih kepada kerajaan pusat di atas kesediaan memberikan peluang kepada Kelantan. Sewajarnya sudah lama program sebegini diadakan di Kelantan, ini kerana di negeri inilah syariat al-Quran diberikan pertimbangan serius oleh kerajaan negeri untuk dilaksanakan.

Khamis, 6 Jun 2013

Selesai luar mahkamah, kemenangan kepada TG Nik Aziz

Muhammad Faizal, 06 Jun 2013

(Berita NST yang mendakwa TG Nik Aziz bapa kafir)


KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor dan enam yang lain termasuk akhbar NST untuk menyelesaikan kes saman di luar mahkamah merupakan satu kemenangan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan, Hisham Fauzi yang dihubungi Harakahdaily memberitahu, keputusan tersebut diperolehi ketika perbincangan antara peguam dilakukan dalam kamar di mahkamah semalam.

"Saya menyifatkan ini satu kemenangan kepada Tok Guru Nik Aziz dalam saman yang beliau kemukakan kepada Abdul Rahim dan enam yang lain apabila mereka mahu menyelesaikannya di luar mahkamah.

Selasa, 4 Jun 2013

Politik dan amanah

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, 04 Jun 2013
Golongan yang banyak terlibat dalam melaksanakan hukum adalah golongan politik yang memerintah negara. Mereka bertanggungjawab mengurus ummah dalam segala bidang. Allah menyebutnya bersama dengan adil dan amanah. Hal ini menunjukkan politik Islam yang sebenar adalah memerintah dengan adil mengikut hukum Allah. Melantik pemimpin yang menunaikan kewajipan ini dikira amanah paling besar dalam Islam dan menasihati pemimpin yang zalim adalah jihad paling afdal.

Menurut Abu Hurairah (mafhumnya), “Suatu ketika, Nabi Muhammad sedang berbicara dengan para sahabatnya, tiba-tiba datang seorang Badwi bertanya, ‘Bilakah berlakunya kiamat?’ Lantas Nabi Muhammad menjawab, ‘Apabila dihilangkan amanah.’ Dia bertaanya lagi, ‘Bagaimanakah dihilangkan amanah itu.’ Nabi Muhammad menjawab, ‘Apabila diserahkan urusan kepada orang bukan yang ahlinya (yang tidak layak).’”

Isnin, 3 Jun 2013

Matahari Tegak dan UMNO Baru Terjaga



Saya membaca laporan muka hadapan Sinar Harian hari ini yang memuatkan pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada satu Jawatankuasa Khas Parlimen yang bebas dan dwipartisan dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.

Khabarnya ini bertujuan untuk memperkukuh kewibawaan dan kredibiliti badan pelaksana pilihan raya negara.

Saya memetik kata-kata Datuk Seri Najib yang antara lain menyatakan bahawa langkah ini bagi memastikan peranan suruhanjaya itu sebagai badan bebas tidak lagi dipersoalkan, sekali gus mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap peranannya mengadakan pilihan raya secara telus dan lancar.

Ahad, 5 Mei 2013

PAS menang semua kerusi di Parit Buntar




Parit Buntar, 5 mei Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan semua kerusi di Parit Buntar. Dato Dr Mujahid Yusof Rawa PAS, berjaya mengekalkan kerusi Parlimen  dengan majoriti 8,476 undi mengalahkan Mua'amar Ghadafi yang mendapat 17539 undi .. Beliau mendapat undi sebanyak 26, 015. Manakala Ustaz Hj Abu Bakar Hussein PAS memenangi kerusi DUN Titi Serong dengan mendapat 12,839  majoriti  sebanyak 1794 mengalahkan Abu Bakar Mat Ali yang mendapat 11,045. Abdul Yunus Jamhari  PKR pula mendapat undi sebanyak 12,336 dengan majoriti 5014 mempertahankan kerusinya mengalahkan Salleh Desa dari BN mendapat 7,332 undi.

Rabu, 1 Mei 2013

Pakatan kemuka 13 janji untuk pejawat awam

Salmiyah Harun, 01 Mei 2013

(Orang orang bersorak bersama Husam dan Anwar di Putrajaya)

PUTRAJAYA: Sempena Hari Pekerja yang disambut pada hari ini,  Pakatan Rakyat memperturunkan Deklarasi Putrajaya 2013 yang mencakupi 13 perkara khusus untuk penjawat awam.

Ia bertujuan untuk mewujudkan sebuah perkhidmatan yang benar-benar cekap, berdaya saing, amanah dan menjunjung cita-cita negara Malaysia mencapai 'world class delivery system'.

Tidak kurang 5,000 penyokong Pakatan Rakyat termasuk penjawat awam memenuhi ruang parkir di belakang Istana Kehakiman Presint 3 bagi menyaksikan deklarasi yang bakal memberi manfaat kepada mereka.

Deklarsi yang disediakan oleh Calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa disampaikan kepada Pengerusi Pakatan Rakyat Datuk Sri Anwar Ibrahim kemudian terus

mengisytiharkan deklarasi itu.

Di antara 13 perkara yang digariskan di dalam deklarsi itu termasuklah:

1) Bayaran gaji berasaskan bilangan minggu (tambah satu bulan pendapatan)

2) Pinjaman rumah tanpa faedah,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails