Selamat Datang

Khamis, 29 November 2012

Jangan jadikan guru mangsa dendam politik

Hazayani Zakaria, 29 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) memberi amaran kepada kerajaan Umno BN agar tidak menjadikan guru sebagai mangsa dendam politik mereka.
Presiden Pendidik, Normala Sudirman (gambar) berkata, tindakan tersebut hanya akan menambahkan kebencian guru kepada Umno BN.

"Mengapa ada campur tangan politik untuk kepentingan sesuatu parti terhadap pendidik yang bertanggungjawab mendidik anak bangsa," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemecatan kakitangan sementara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Qatrun Nada Latfi, yang bertugas sebagai guru sementara di Labuan.

120 saman AES, hanya 2 hadir mahkamah

Muhammad Faizal, 29 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Sebutan kes pertama berhubung saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menyaksikan hanya dua daripada 120 orang kena saman (OKS) hadir ke mahkamah.

Kedua-dua mereka yang tidak menggunakan khidmat peguam Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) bagaimanapun mengaku salah.

Hakim Mahkamah Majistret Trafik, Noorasyikin Sahat memutuskan kedua-dua mereka perlu membayar denda minimum sebanyak RM300.

Ekoran itu mahkamah turut mengeluarkan lebih 118 waran tangkap kepada OKS yang tidak hadir hari ini.

Isnin, 26 November 2012

Sokongan Melayu meningkat, kedudukan Johor goyah

Harakahdaily, 26 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Berdasarkan analisis Pusat Penyelidikan PAS (PPP) terhadap kajian-kajian yang dibuat oleh beberapa pihak termasuk oleh kumpulan penyelidikan di bawah Majlis Profesor Negara (MPN) seperti yang diumumkan oleh Prof Dr Shamsul Amri Baharuddin baru-baru ini, peluang untuk Pakatan Ralyat menawan Johor adalah seimbang.

Meskipun negeri Johor sebelum ini dianggap sebagai “fix deposit” Barisan Nasional (BN) dan kubu kuat UMNO, penemuan-penemuan hasil daripada kajian-kajian tersebut menunjukkan perubahan yang memberansangkan, kata Dr Zuhdi Masduki, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataannya hari ini. Beliau mengulas kenyataan MPN yang mendakwa BN akan mendapat 120 kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang.

Lebih 6,000 keluar bertemu Anwar di panas mentari

Harakahdaily, 26 Nov 2012

(Orang ramai yang keluar untuk bertemu Anwar di Kudat)

KUDAT: Lebih 6,000 penduduk Sabah keluar beramai-ramai di Kudat hari ini bagi bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia melambangkan sokongan kepada Pakatan Rakyat yang disifatkan oleh para penganalisis amat menggerunkan Umno.

Selasa, 20 November 2012

Israel adalah negara pengganas - Erdoğan

Terjemahan Mohamad Yahya, 20 Nov 2012
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan Isnin lalu menyifatkan Israel sebagai "negara pengganas" kerana melakukan pengeboman ke atas Gaza, menekankan permusuhan kepada bekas sekutu Ankara sejak hubungan antara mereka gagal pada tahun 2010.
Komen beliau dibuat selepas hampir seminggu serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza dan serangan roket Palestin ke atas Israel. Satu peluru berpandu Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 11 orang awam Palestin termasuk empat kanak-kanak di Gaza Ahad lalu. Jumlah kematian menghampiri 100 orang.

Penyataan penting Presiden PAS semasa penggulungan

Harakahdaily, 19 Nov 2012
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah membuat beberapa penyataan penting ketika membuat penggulungan Muktamar PAS ke 58 baru-baru ini.

Ucapan beliau kali ini disifatkan yang terbaik pernah beliau buat sepanjang memimpin PAS sejak mengambilalihnya dari Almarhum Datuk Fadzil Mohd Nor. Pelbagai isu penting dalam PAS dan negara digarap beliau.

Berikut adalah antara penyataan itu yang disiarkan semula secara verbatim.


Isu pelaksanaan Islam


Umar Abdul Aziz ditanya oleh anaknya, "Hai ayah kenapa tak buat itu, tak buat ini."

Umar Abdul Aziz jawab "Wahai anak. Ketika Allah hendak haramkan arak juga bukan sekaligus." Mula-mula diharamkan, jangan minum dalam sembahyang, lepas sembahyang hentam lagi, lepas itu diharamkan semua. Itu cara Allah Taala laksanakan haram arak.

Apa sebenar kata Presiden PAS tentang isu jadi PM

Harakahdaily, 19 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Laporan muka depan akhbar The Star yang dimiliki oleh MCA jelas mahu melaga-lagakan Presiden PAS dengan para pemimpin Pakatan Rakyat yang lain apabila melaporkan beliau bersedia menjadi perdana menteri, tetapi apakah sebenarnya yang beliau kata dan maksud.


Muka depan The Star hari ini melaporkan, "Hadi ready to be PM" (Hadi bersedia menjadi PM).

Namun tajuk untuk edisi onlinenya agak berbeza iaitu, "It is syiok (thrilling) to be PM." (Syok juga kalau jadi PM)."

Selari dengan The Star adalah, media dalam talian The Malaysian Insider juga membuat laporan sealiran dengan akhbar MCA itu. "Hadi ‘alu-alukan’ cadangan perwakilan dilantik jadi PM", menjadi tajuk media itu.

Isnin, 19 November 2012

Boleh murtad jika perlekeh Islam

Harakahdaily, 18 Nov 2012
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sesiapa sahaja orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh jatuh kepada murtad (terkeluar dari Islam).

Katanya, tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku dengan banyak cara termasuk menolak Islam sebagai dasar perjuangan kerana menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi zaman ini.

"Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagitau dia.

"Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya.

Khamis, 15 November 2012

Hijrah: Pilih manusia amanah pimpin negara

Tuan Guru Abdul Hadi Awang, 14 Nov 2012
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia amnya. Peristiwa hijrah adalah peristiwa besar yang memberi pengajaran bermakna kepada kita khususnya rakyat Malaysia dalam berdepan dengan pilihan raya.
Tindakan pertama Rasulullah SAW selepas hijrah dalam membangunkan negara Madinah ialah mendirikan masjid dan keduanya membina pasar. Kedua tindakan nabi ini adalah simbolik kepada pembangunan insan dan pembangunan ekonomi yang dititikberatkan dalam membina sesebuah negara. Masjid adalah tempat membangunkan manusia untuk bertaqwa kepada Allah dan menghubungkan manusia sesama mereka. Manakala pasar pula sebagai pusat kegiatan ekonomi yang kedua penting dalam membangunkan negara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails