Selamat Datang

Jumaat, 30 April 2010

Rakyat perlu kenal pemimpin mereka - Dr. Aziz Bari

Rakyat perlu kenal pemimpin mereka - Dr. Aziz Bari

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa, Proffesor Dr. Aziz Bari mengalu-alukan kempen “Kenali Pemimpin Anda” sebagai selaras dengan pendemokrasian politik negara.

Ketika diminta mengulas hasrat bekas Menteri Undang-Undang Datuk Zaid Ibrahim melancarkan kempen ini, Aziz Bari berkata ia memberdayakan rakyat dengan pengetahuan tentang pemimpin mereka, lantas membuka perspektif baru ketika membuang undi di masa pilihanraya nanti.

“Mudah sahaja, ini negara demokrasi, ia berhubung ketelusan dan siapa hendak jadi pemimpin perlulah dikenali. Perlu diketahui semua kehidupan mereka, tidak ada yang peribadi. Kalau pemimpin itu maknanya, orang yang menjadi tumpuan, semuanya akan menjadi harta rakyat, semudah itulah" katanya kepada Tv Selangor.

Tambah Aziz, apa yang lebih mustahak, seseorang yang bergelar pemimpin itu harus menerima hakikat bahawa sebagai seorang yang dikenali ramai, setiap tingkah laku dan perbuatan mereka akan menjadi perhatian awam.

“Tidak ada benda lagi yang peribadi, tidak ada lagi benda yang kena sembunyi. Maknanya kalau anda anda hendak jadi pemipim anda kena sanggup diteliti oleh rakyat. Itu sahaja. Tidak kiralah Raja ke, siapa ke? Hakim ke, pegawai tinggi kerajaan ke? Tidak ada rahsia lagi" tambah beliau.

Mantan Menteri Undang-undang, Zaid Ibrahim dalam sidang media di kediamannya baru-baru ini berkata, sekiranya pilihanraya kecil Hulu Selangor memberi kesempatan kepada rakyat untuk lebih mengenali beliau, maka rakyat juga harus mengenali pemimpin-pemimpin lain di negara ini.
-tvselangor-

PRK Hulu Selangor – Tuan Guru mangsa media

WAN NIK: PRK Hulu Selangor – Tuan Guru mangsa media
Wan Nik Wan Yussof
Banyak pihak berpandangan peranan media massa, khususnya surat khabar adalah penyampai maklumat dan pencetus kesedaran rakyat. Peranan itu amat popular zaman berzaman. Di atas kekuatan peranan media massa inilah, maka setiap kali kempen pilihan raya media massa telah dimanfaatkan sebagai penghubung antara parti, calon dan pemimpin parti dengan pengundi. Ini kerana media massa, khususnya surat khabar dan radio-tv dapat memanjangkan isu-isu pilihan raya yang dibangkit oleh parti-parti yang bertanding.

Namun, peranan media massa akan dipertikaikan apabila terlibat dengan penyebaran maklumat yang berat sebelah atau tidak adil dalam laporannya. Perkara ini akan berlaku tatkala media massa berkenaan mula dipengaruhi agenda tersembunyi (the hidden agenda) oleh pihak tertentu. Lebih teruk lagi apabila media massa berkenaan telah dipengaruhi matlamat perniagaan dan putaran isu sensasi yang memacu circulation dan volume pembaca atau penonton.

Justeru itu, peranan dan pengaruh media massa arus perdana, khususnya surat khabar dan radio-tv dikira paling tinggi pengaruhnya. Ia menyebabkan pihak kerajaan telah mengawal sepenuhnya agenda berita media massa arus perdana bagi memastikan segala program dan dasar-dasar kerajaan dapat diterima oleh rakyat.

Walau pun begitu, peranan media massa musim kempen pilihan raya paling jelas menjadi mata rantai kepada agenda parti-parti yang bertanding, bukan lagi penyambung dasar kerajaan. Semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor (17-25 April 2010) kempen Barisan Nasional jelas dimanipulasikan untuk menghentam dan memburukkan calon, pemimpin dan parti lawan – Pakatan Rakyat.

Malah secara sedar akhbar dan radio-tv dilihat berperanan mengikut selera parti berkuasa (Barisan Nasional) yang mengawal atau memiliki kepentingan dalam media massa berkenaan. Tujuannya tidak lain ialah untuk mempengaruhi pemberitaan/pendedahan isu supaya rakyat responsif dan positif kepada parti/pihak calon Barisan Nasional.

Walau bagaimana pun, apa jadahnya pihak pengurusan media massa dikuasai Barisan Nasional semasa pilihan raya Hulu Selangor apabila didapati begitu ghairah mensasarkan pukulan maut (killing characters) terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Hassan Ali. Isu yang digunakan adalah penggunaan masjid untuk tujuan politik dan diadukan dengan perintah Sultan Selangor dan larangan jabatan agama Islam Selangor.

Berikutan kehadiran Tuan Guru sekembali daripada umrah di tanah suci, nyata perangkap media massa telah di pasang, apabila pemberita upahan dari media masaa berkenaan menghujani persoalan penggunaan masjid dan surau untuk tujuan politik (musim pilihan raya).

Perangkap yang sama dikenakan terhadap Datuk Hassan tatkala Datuk Zahid Hamidi dan akhbar Utusan Malaysia (pada sehari sebelum hari mengundi dan diulangi lagi pada hari mengundi 25 April) turut memfitnah khutbah Datuk Hassan didakwa tidak sah kerana tidak disebut selawat nabi. Hal inilah menyebabkan Datuk hassan mengemukakan saman terhadap Zahid dan Utusan Malaysia.

Persoalannya, apakah permainan media massa tersebut adalah didorong secara rasional oleh disiplin media massa, atau didorong oleh kehendak Barisan Nasional yang terdesak dan inginkan kemenangan besar majoriti 6,000 undi seperti mana disebut Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin (Malaysiakini, 25 April). Apa pun, pihak media massa berkenaan nyata akan mencapai peningkatan volume penonton dan pembaca.

Apa yang pasti, permainan media massa tersebut telah membawa impak negatif terhadap integriti menteri besar Kelantan atau menjejaskan reputasi exco kerajaan negeri Selangor. Apa yang penting, cara pemberitaan yang bernada fitnah itu sudah pasti akan dipuji Umno dan semua orang Umno akan tertarik membeli dan membacanya. Hal ini terbukti apabila pihak jentera Barisan Nasional turut mengedar secara percuma akhbar tersebut kepada pengundi pada tarikh-tarikh kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Apa pun, peranan media massa harus dipadukan dengan moral. Sewajarnya pemain dan pengamal media massa dan kapitalisnya harus melihat prinsip kebenaran dan keadilan. Prinsip ini boleh dijayakan sekiranya melihat secara tawaduk nilai mengutamakan moral di dalam proses maklumat (moral first in information). Sebenarnya prinsip ini hanya ada kepada pemain, pengamal dan kapitalis media massa yang beragama sahaja.

Jika begitu, mungkin radio-tv dan akhbar berkenaan adalah kelompok media massa yang tidak termasuk di dalam lingkungan media massa beragama. Selayaknya, akhbar yang memfitnah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Datuk Hassan atas isu yang dicipta itu sebenarnya layak diberi title 'media pembuli' dan rasionalnya ia disaman.

Semoga Tuhan yang Esa memberi petunjuk dan hidayah ke atas golongan pembuli dan masukkan iman serta takwa di lubuk hati mereka. sedia hadapi tindakan Umno.

Wan Nik Wan Yussof

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan
merangkap Timbalan Pengarah 1 Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan.

Ucapan Zaid Selepas PRK Hulu Selangor.

ISU JUDI DAN ARAK

ARB labur dalam Magnum: Harussani diminta beri pandangan

KUALA LUMPUR, 29 April: Para mufti khasnya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria diminta memberikan fatwa tentang maklumat kononnya Amanah Raya Berhad (ARB) mempunyai saham dalam syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Karim dalam facebook menulis, Harussani adalah Penasihat Shariah ARB.

Menurutnya, ARB yang dimilki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia bukan sahaja mempunyai saham dalam syarikat arak, Carlsberg tetapi juga dalam Magnum.

"Rujuk Laporan Tahunan Magnum Corporation 2006. ARB miliki lebih 11 juta unit saham dalam syarikat judi Magnum Corporation Berhad," tulis Abdullah dalam facebooknya.

Abdullah adalah Naib Ketua Pemuda PAS Pahang. Beliau yang merupakan seorang peguam kini sedang bercuti panjang di London (gambar).

Selain meminta para mufti bersuara dalam hal ini, beliau juga mempersoalkan kenapa Perkasa yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali yang sentiasa mendakwa sebagai pejuang Islam dan Melayu mendiamkan diri.

Menurut Abdullah, laporan tahunan 2009 Carlsberg Brewery, Perkeso yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia mempunyai saham dalam syarikat itu iaitu sebanyak 2,155,700 unit.

Amanah Raya Berhad pula mempunyai saham sebanyak 585,300 unit saham dalam Carlesberg.

"Perkeso duduk di bawah Kementerian Sumber Manusia. ARB pula GLC di bawah Kementerian Kewangan dan menguruskan hal ehwal pesaka orang Islam. Kenapa Umno tak bising?" soal beliau

Hulu Selangor: Kalahkah PR?

Hulu Selangor: Kalahkah PR?

Oleh Mujahid Yusof Rawa

Istilah kalah dan menang dalam proses demokrasi berpilihanraya tidaklah semudah yang diungkapkan. Walaupun kalah tetap kalah dan menang tetap menang namun apa yang lebih penting daripada itu ialah bagaimana seorang calon itu boleh menang dan bagaimana seorang calon itu boleh kalah.

Oleh kerana Malaysia mengamalkan demokrasi separuh masak maka satu analisa mestilah melihat kepada keseluruhan sistem yang mempengaruhi corak dan perilaku pengundi dalam menjalankan tugas mereka.

Sebelum itu kita harus akur, Pilihanraya Kecil (PRK) tidak mungkin sama dengan (Pilihanraya Umum) PRU dari sudut tumpuan dan mobilasasi jentera parti, kedua dalam PRK kerajaan mempunyai segala kemudahan untuk dieksploitasikan bagi tujuan memujuk pengundi sedangkan dalam PRU, jentera kerajaan bersifat ‘caretaker’ yang walaupun dinodai oleh BN tetapi tetap membataskan tahap ‘keselesaan’ yang boleh dinikmati.

Analisa pertama kepada kemenangan BN ialah bagaimana jentera kerajaan Pusat yang dikuasai BN digunakan habis-habisan untuk berkempen. Paling utama ialah kerahan kepada menteri-menteri untuk meluluskan atau isytihar meluluskan apa-apa projek di kawasan HS bagi membuktikan keprihatinan BN kepada masalah rakyat.

Kedua ialah proses pilihanraya dicemarii dengan liputan media yang berat sebelah menggambarkan parti lawan BN sebagai ‘haprak’ dan tidak berkualiti. Tanpa kekuatan moral para pengamal media perdana menulis apa sahaja yang mereka rasakan dapat menggambarkan keburukan parti lawan BN dan mereka langsung tidak memberi ruang untuk dijawab oleh pihak yang diserang.

Keadaan ini amatlah mendukacitakan kerana antara tuntutan proses demokrasi berpilihanraya ialah perlu ada ruang media yang bebas dan berkecuali dalam membuat liputan supaya media berperanan memantapkan hak kebebasan mendapat maklumat bukan sebaliknya.

Walaupun dalam tuntutan BERSIH tempoh hari perkara ini dibangkitkan namun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menjawab persoalan ini dengan mengatakan bahawa ianya di luar bidang mereka, walhal SPR boleh mengambil tindakan kepada pihak yang membuat liputan berat sebelah kerana menganggu proses pilihanraya yang mana SPRlah yang menjadi institusi utama dalam menjayakan proses ini.

Namun apakan daya SPR hanya ‘boneka’ kepada BN dan haknya terbatas kepada kehendak BN yang jika benar-benar SPR bebas dan berkecuali dalam segenap segi pasti keadaan ini akan merugikan BN.

Jikalau inilah makna proses pilihanraya di Malaysia yang keadaanya berat sebelah sudah tentu penguasaan mereka ke atas pengundi begitu besar sehingga menyebabkan Datuk Zaid calon PKR kemungkinan akan hilang deposit dan kalah dengan malunya namun jika dianalisa keadaan dan corak pengundian segala ‘sampah’ yang ‘dilonggokkan’ kepada pengundi tidak menjadi malah tidak berbaloi pulangannya. Buktinya Datuk Zaid mendapat 23,272 undi dan tewas dengan 1725 undi sahaja! Malah undi kepada Datuk Zaid berbanding sebelumnya yang diperolehi oleh Datuk Zainal iaitu 23,177 menunjukkan undi duluan tidak lari banyak.

Implikasi kepada keputusan ini amat besar kepada proses demokrasi di negara ini seolah-olah pihak kerajaan hari ini tidak peka bahawa taktik ini sudah kolot dan ketinggalan zaman, rakyat tidak lagi menjadi ‘mulut-mulut’ yang ‘ternganga’ menerima apa sahaja yang disuapkan kepad mereka secara paksa.

Bukankah masanya keputusan PRK yang kali ke sebelas ini menuntut kerajaan hari ini insaf dan bertaubat?

Analisa undi mengikut kaum pula menggambarkan sesuatu yang amat membimbangkan BN, bak ungkapan Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS, “Gembira dalam gelisah.”

Memang kegelisahan itu ada kewajarannya kerana PKR mempertahankan kerusinya daripada direbut oleh BN yang merupakan landasan perpaduan parti politik berbagai kaum berumur hampir 36 tahun dibandingkan PR yang hanya 2 tahun.

Pun demikian undi kaum Cina membuktikan penolakan mereka kepada gagasan BN kerana BN hanya mendapat 5,164 undi di kawasan padat Cina berbanding PR yang mendapat 7,194. Perbandingan dahulu menunjukkan Datuk Zaid mendapat 6 kali ganda sokongan iaitu 344 majoriti undi Cina berbanding 2,030 sekarang.

Bukankah ini isyarat yang mengerunkan BN. Sepatutnya BN yang berbangga dengan gagasan perpaduannya berjaya meraih sokongan orang Cina namun kemaraan PR sebagai parti yang lebih berwibawa memikul perpaduan ini merupakan cabaran terbesar BN untuk PRU ke 13 nanti. Kenyataan ini seolah menggambarkan BN dan konsep perpaduannya tidak lagi releven untuk rakyat Malaysia.

Peningkatan undi Cina sebagai kontranya membawa kebimbangan kepada PR terhadap undi Melayu yang gagal ditembusi Datuk Zaid. Kebanyakan Felda dan beberapa perkampongan Melayu seolah-olah menolak dan belum lagi yakin dengan kemampuan PR membawa aspirasi Melayu dan Islam.

Walaupun PAS bertungkus lumus di tempat dominon Melayu ini tetapi sentiment kuat pengharapan kepada Umno yang menjadi tonggak BN masih tebal. Walaupun demikian isyarat ini tidaklah sangat membimbangkan jika dibandingkan dengan undi Cina yang diperolehi kerana Datuk Zaid berjaya meningkatkan undinya di Kalumpang dan beberapa kampong Melayu yang lain. Bagi PAS trend ini iaitu Melayu masih tidak menyokong PR perlu diambil peringatan penting kerana dalam persaingan politik PR dan BN, PASlah yang akan berhadapan dengan majoriti Melayu dalam Pilihanraya yang akan datang.

Selagi PAS tidak berjaya membawa aspirasi Melayu dalam kerangka PR sebagai wahana masa depan politik negara selagi itulah corak pengundian kaum tidak akan berubah dan ini memberi kelebihan kepada Umno/BN untuk terus berkuasa dan keseimbangan kaum akan terbahagi kepada bukan Melayu sokong PR dan Melayu akan terus sokong Umno, keadaan ini tidak baik untuk masa depan politik negara dan kemungkinan Umno terdesak untuk menggunakan sentiment perkauman amatlah tinggi untuk meneruskan hegemoni Melayu supaya terus berkuasa.

Akhirnya undi rosak rendah berbanding dengan 2008 sekaligus menjawab peningkatan undi kepada BN kerana kemungkinan undi rosak yang tinggi dahulu dapat diselamatkan melalui P. Kamalanathan kali ini.

Begitu juga undi Pos 767 undi pergi ke BN manakala hanya 120 kepada PKR dan ini tidaklah mengejutkan kerana isu undi pos ini terus dipertikaikan ketelusannya oleh PR. Apa pun MIC mendapat sedikir oksijen untuk bernafas walaupun saya yakin hanya sementara.

Kemenangan ini tidak membayangkan masyarakat India kembali menyokong MIC tetapi yang pasti Umno terus mendominasi undi Melayu dan trend ini tidak baik untuk PR jika rancangannya untuk ke Putrajaya terus membara. Jadi kalah atau menang bukanlah isunya tetapi apa yang penting ialah pengajaran untuk memperkemaskan strategi untuk PRU ke 13. Tahniah kepada pengundi HS kerana membawa mesej besar kepada penulisan ini

Ahad, 25 April 2010

keputusan tak rasmi

Ahad, 2010 April 25

LIVE!! keputusan dari masa ke semasa, BE-END mendahului

8.08 p.m : PKR 22986 BN 24669

8.00 p.m :
PKR 20815 BN 22395

7.57 p.m :
PKR 20305 BN 21919

7.50 p.m :
PKR 19917 BN 21354

7.40 p.m :
PKR 17554 BN 19067

7.35 p.m :
PKR 17126 BN 18677

7.20 p.m :
PKR 9508 BN 7699

7.15 p.m :
PKR 9474 BN 7617

7.10 p.m :
PKR 8885 BN 6985

7.05 p.m :
PKR 8509 BN 6840

6.51 p.m :
PKR 6808 BN 5734

6.48 p.m :
PKR 6141 BN 5278

6.45 p.m :
PKR 5969 BN 5026

6.42 p.m :
PKR 5673 BN 4853

6.38 p.m :
PKR 5176 BN 4682

6.33 p.m :
PKR 4364 BN 3868

6.28 p.m :
PKR 4204 BN 3592

6.25 p.m :
PKR 3934 BN 3518

Gambar-gambar Dan Berita Terkini… Update 4:35PM

Gambar-gambar Dan Berita Terkini… Update 4:35PM

….

Terkini…

4:45ptg: Tinggal 15 minit lagi sebelum tempoh pengundian tamat jam 5 petang dan langit mulai gelap di pekan Kuala Kubu Bahru.

3.40ptg: 32 orang ditahan polis kerana pelbagai kesalahan sepanjang tempoh pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, termasuk enam orang yang ditahan hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata kesemua mereka berumur dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan di pelbagai lokasi kerana dipercayai menjadi “tukang kecoh” dan cuba menimbulkan kekacauan.

“22 termasuk tiga wanita ditahan sepanjang tempoh dari hari penamaan calon (17 April) hingga tempoh (tamat) berkempen (12 tengah malam tadi) manakala enam lagi ditahan pada hari ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua 22 orang itu telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan mereka diambil.

Katanya sementara lima daripada enam lelaki yang ditahan hari ini disiasat mengikut Seksyen 147, Kanun Keseksaan kerana merusuh manakala seorang lagi disiasat mengikut Seksyen 427 kanun yang sama kerana khianat.

Khalid berkata polis akan menyiasat laporan sebuah portal berita yang disiarkan hari ini yang mendakwa polis menahan pengundi hantu yang membawa senjata ke pusat pengundian.

“Saya nafikan laporan tersebut yang dilihat boleh menimbulkan perasaan takut kepada pengundi dan kita akan buat laporan polis terhadap media terbabit dan memanggil wartawan yang menulisnya,” katanya sambil memberi jaminan bahawa keselamatan pengundi adalah terjamin.

3.30ptg: Sehingga jam 3 petang, 67.18 peratus atau 43,333 sudah keluar mengundi.

2.48ptg: Hujan renyai di Batang Kali.

2.30ptg: Sehingga jam 2 petang, 63.74 peratus atau 41,112 sudah keluar mengundi.

2.15ptg: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN meletakkan sasaran 6,000 undi sebagai KPI mereka dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini.

Beliau memberitahu sidang media di ibupejabat polis daerah Kuala Kubu Bahru bahawa sasaran itu dibuat berdasarkan kepada pencapaian BN di peringkat DUN dalam pilihan raya umum yang lalu.

Dalam pilihan raya umum lalu, BN menguasai ketiga-tiga DUN – Hulu Bernam, Kuala Kubu Bahru dan Batang Kali tetapi tewas di peringkat parlimen dengan majoriti tipis 198 undi.

2.05ptg: Restoran mamak dan restoran Melayu di Hulu Bernam sesak dengan penyokong BN. Manakala petugas Pakatan sudah kembali semula ke pusat pengundian untuk mencari undi.

Juga tiada tanda hujan akan turun walaupun Jabatan Kajicuaca meramalkan petang ini akan hujan.

1.30 tengahari:Sehingga jam 1 tengahari ini, 56.82 peratus atau 36,650 sudah keluar mengundi.

12.42tengahari: Pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor berjalan lancar sehingga kini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

12.30pm: Menurut petugas PKR, di Sekolah Kebangsaan Hulu Yam Baru, 765 daripada 1,749 pemilih telah keluar mengundi.

Manakala anggota polis ditempatkan mengawal di antara penyokong PKR dan BN.

Penyokong BN, sebahagian besarnya terdiri daripada remaja Melayu, India dan Cina, melaungkan “kaki judi” “lumba kuda” – merujuk kepada calon PKR.

12.42tengahari: Pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor berjalan lancar sehingga kini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

12.30pm: Menurut petugas PKR, di Sekolah Kebangsaan Hulu Yam Baru, 765 daripada 1,749 pemilih telah keluar mengundi.

Manakala anggota polis ditempatkan mengawal di antara penyokong PKR dan BN.

Penyokong BN, sebahagian besarnya terdiri daripada remaja Melayu, India dan Cina, melaungkan “kaki judi” “lumba kuda” – merujuk kepada calon PKR.

12.30 tengahari: Sehingga jam 12 tengahari ini, 49.4 peratus atau 31,632 sudah keluar mengundi.


12.05tengahari: Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim melawat pusat mengundi di Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam. Penyokong PKR menyambut beliau dengan laungan “Reformasi”, manakala Pemuda Umno melaungkan “tauke babi)”. Penyokong PKR membalas dengan laungan “Altantuya” dan “rasuah”.

12 tengahari: Exco Selangor, Elizabeth Wong mengesahkan ‘halangan’ di dua kampung Orang Asli telah dibuang selepas jam 3 pagi tadi, setelah laporan polis dibuat mengenainya.

11.53pagi: Menurut petugas PKR, pondok maklumat parti itu di SRJK (C) Khing Ming di robohkkan oleh SPR.

11.48pagi: P Kamalanathan dan isteri S Shobana melawat Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Baru.

11.30pagi: Menurut SPR, sehingga jam 11 pagi tadi, 38.21 peratus atau 24,645 sudah keluar mengundi.Malaysiakini

UCAPAN TOK GURU

ISRAEL TERUS MENGGANAS DI GAZA.TERGAMAKKAH ANDA MENJADI PENYOKONG ISRAEL?

ISRAEL TERUS MENGGANAS DI GAZA.TERGAMAKKAH ANDA MENJADI PENYOKONG ISRAEL?


Bertempat di bumi Gaza, umat Islam Palestin terus berjuang dengan darah dan air mata untuk mempertahankan tanah air mereka. Laporan akhbar hari ini, tentera Israel, Yahudi laknatullah menembak dengan peluru hidup mencederakan tiga rakyat Palestin dan seorang wanita dari Malta.

Keempat-empat mangsa di tembak ketika mereka memasuki pada jarak 300 meter ke dalam kawasan persempadanan Gaza yang diistiharkan sebagai zon larangan oleh rejim Israel.

Kejadian itu berlaku apabila kira-kira 150 orang termasuk enam warga asing mengadakan tunjuk perasaan menentang tindakan Israel mengharamkan petani Gaza mengusahakan tanah milik mereka.

Wanita Malta yang ditembak di kaki oleh tentera Israel itu dikenali sebagai Bianca Zimmit, 28, merupakan ahli kumpulan Gerakan Perpaduan Antarabangsa (ISM) yang pro-Palestin.

Menurut ISM, Zimmit cedera ditembak ketika dia sedang membuat rakaman tunjuk perasan yang berlangsung di sebelah timur kem pelarian Al-Maghazi, kira-kira 100 meter daripada kawasan sempadan

Usah bersedih, usah bersimpati dan usah mengalirkan air mata jika anda terus menyokong mereka yang bersekongkol dengan regim Yahudi ini.

Anda tahu apa itu APCO-Worldwide? Syarikat milik Yahudi yang mendapat bayaran RM 77 juta dari kerajaan 1Malaysia. Adakah anda yakin duit itu tidak disumbangkan untuk membeli peluru dan senjata untuk merobek batang tubuh, menumpahkan darah dan meragut nyawa rakyat Palestin?

Mengundi: Ingat darah, air mata rakyat Palestin

25 April 2010

BN + UMNO + MIC + MCA = APCO...ingatlah air mata & darah rakyat Palestin

Mengundi: Ingat darah, air mata rakyat Palestin

KUALA LUMPUR, 24 April: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) memohon semua pengundi di Hulu Selangor esok supaya tidak melupai darah dan air mata rakyat Palestin yang dijajah Yahudi zionis termasuk di dalam APCO Worldwide.

"Sebelum mengundi, ingatlah bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadikan APCO Worldwide yang dimiliki dan dikuasai Yahudi sebagai tempat memohon petunjuk, iaitu konsultan komunikasi mereka.

"Jangan khianati darah dan air mata rakyat Palestin," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Menurut Mahfuz, ahli lembaga APCO juga turut dianggotai bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency atau ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet.

Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang akan dijadikan sasaran mangsa pembunuhan melalui serangan udara tentera Israel.

Shin Bet juga amat terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal siasat.

Penglibatan Shin Bet dengan APCO tidak terhad kepada seorang individu di mana tiga lagi bekas anggota Shin Bet menganggotai syarikat yang bersekutu dengan APCO, iaitu Asero Worldwide.

Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah pengarah APCO Worldwide Sdn Bhd yang ditubuhkan di Malaysia, iaitu tempat Najib dan kerajaannya memohon petunjuk.

"Saya amat berharap para pengundi Hulu Selangor tidak memberikan undi kepada BN pimpinan Najib yang menjadikan APCO yang dikuasai Yahudi zionis sebagai tempat memohon petunjuk," kata Mahfuz.

Menurut beliau, Naib Presiden Kanan APCO Worldwide di Washington DC, Jonathan Winer, pernah mengemukan laporan yang menuduh Ikhwan Muslimin serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas.

Beliau pernah berusaha agar dipatahkan segala aktiviti kewangan kepada badan-badan tersebut.

Salah seorang ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, Marc Ginsberg pula menyifatkan mujahid Islam, asy-Syahid Sayyid Qutb sebagai musuh dan membandingkannya dengan Adolf Hitler. Syed Qutb ialah penulis karya-karya besar seperti Ma'alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur'an.

Ahli lembaga APCO yang lain termasuk dua bekas duta Israel, iaitu bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Stein dan bekas duta Israel ke kepada Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich

Mesej Zaid kepada pengundi

Mesej Zaid kepada pengundi

Ahad, 2010 April 25

HULU SELANGOR, : Datuk Zaid Ibrahim, calon Pakatan Rakyat daripada PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor menyeru pengundi di luar supaya pulang awal dan mengajak rakan-rakan untuk membuang undi, esok.

Zaid juga menggesa keluar mengundi seawal mungkin kerana kemungkinan jalan raya sesak.

Berikut ialah mesej beliau kepada pengundi Hulu Selangor.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Teman, taulan, dan rakyat Malaysia sekalian. Esok, hari Ahad 25 April 2010, merupakan satu hari yang cukup penting bagi negara demokratik muda kita. Rakyat Hulu Selangor akan membuang undi dan memilih Ahli Parlimen baru mereka. Apakah keputusan PRK ini bermakna rakyat Malaysia masih mahukan perkara yang sama berleluasa: pentadbiran yang tidak cekap, politik rasis yang mengadu-domba, rasuah berleluasa?

Atau apakah kita sudah bersedia menyatakan pendirian kita?

Esok, rakyat Hulu Selangor harus membuat pilihan. Tapi, kita boleh turut serta mendampingi mereka.

Bagi anda yang mendaftar sebagai pengundi di kawasan parlimen P94, saya minta:

pastikan lokasi membuang undi anda di http://daftarj.spr.gov.my/prkp094/prayakecil.aspx

pulanglah ke Hulu Selangor awal, kemungkinan jalan raya sesak.

keluarlah mengundi seawal yang mungkin.

Bagi anda yang tidak berdaftar sebagai pengundi di P94, tapi menyokong perjuangan kami, saya minta:

ajaklah teman-teman yang boleh mengundi di P94 untuk pulang mengundi

berikan bantuan anda dari segi masa, kenderaan dan sebagainya di Pusat Media PKR di Kuala Kubu Bharu

sebarkan maklumat melalui status Facebook dan Twitter anda

datanglah ke Kuala Kubu Bharu untuk memberi sokongan moral

Terima kasih sekali lagi di atas sokongan dan bantuan semua. Perjuangan kita baru bermula.

Sama-sama Selamatkan Malaysia.

Datuk Zaid Ibrahim

Malam Terakhir Kempen PRK P-094

Sunday, April 25, 2010

Malam Terakhir Kempen PRK P-094

Jam 9:08 malam di Mini Stadium Kuala Kubu Baru...


Jam 9:19 malam... antara Pimpinan Pakatan Rakyat yang sudah berada di Mini Stadium Kuala Kubu Baru ialah Tian Chua, Azmin Ali, Syed Husseyn Ali, bekas MP Hulu Selangor, SS Subramaniam dari MIC juga kelihatan di atas pentas.


Acara membantai UMNgOk/Beer eNd dimulakan oleh Saudara Tian Chua. Tian Chua adalah "ikon" bagi anak muda. semua anak muda yang waras kagum akan semangat Tian Chua. dalam UMNgOk/Beer eNd tidak ada "ikon" seperti ini... yang ada cuma "ikon" DVD/VCD phorno...


Jam 9:39 malam... acara membantai UMNgOk/Beer eNd diteruskan lagi oleh Ketua AMK Pusat, Syamsul Iskandar... Ketua AMK ini ialah "ikon" bagi mereka-mereka yang suka membuat laporan polis. keh keh keh keh keh...!!!


Jam 9:39 malam... Calon Pakatan Rakyat - Dato' Haji Zaid Ibrahim tiba di Mini Stadium Kuala Kubu Baru. ketibaan beliau disambut dengan begitu meriah... laungan "Re-For-Ma-Si", "KeADILan" dan laungan "Takbir" bergema di Mini Stadium Kuala Kubu Baru.

Ternyata "pembunuhan karektor" yang cuba dilakukan oleh pihak Gerombolan gagal menjatuhkan atau merosakkan kreadibiliti Calon Pakatan Rakyat, malah ianya telah menaikkan lagi kehormatan Dato' Haji Zaid Ibrahim.

Kesilapan lalu adalah kesilapan lalu, Allah itu Maha Pengampun. pintu taubat sentiasa terbuka. Allah mengangkat "darjat" seseorang Hamba-Nya yang bertaubat.


Dato' Haji Zaid Ibrahim dan Isteri - Datin Suliana, Loh Gwo Burne... lepak-lepak merehatkan diri. minggu ni adalah minggu "honey-moon" bagi pasangan Dato' Haji Zaid dan Datin Suliana... kesana-kemari macam belangkas, sentiasa berdua.


Jam 9:56 malam... giliran Naib Presiden PKR membelasah UMNgOk/Beer eNd. Azmin cabar Najib untuk berdebat. tajuk debat ialah "Isu Keselamatan Negara". Malaysia patut berbangga dengan Perdana Menteri yang kita ada sekarang. agak sukar untuk mencari "seekor" Perdana Menteri yang pengecut seperti Najib.

Macam mana Najib nak berhadapan dengan Negara luar kalau dengan rakyat Negara sendiri pun "kecut"..?


Jam 10:10 malam... Karpal Singh "The King" tiba. makin lewat malam, makin hangat di Mini Stadium Kuala Kubu Baru. seorang demi seorang Pimpinan Pakatan Rakyat hadir menyatakan sokongan kepada Calon Pakatan Rakyat - Dato' Haji Zaid Ibrahim.


Jam 10:23 malam... hadirin semakin ramai, Mini Stadium dah jadi macam tin sardin... sesak... ada yang mula menjerit-jerit minta yang berada didalam Mini Stadium penuhkan bahagian depan. diluar Mini Stadium, orang ramai berpusu-pusu datang.

Pimpinan Pakatan Rakyat yang lain-lain terkandas dalam kesesakan lalulintas sepanjang 8 kilometer. skuad motorsikal dikerah ke jalanan untuk mengambil para Pimpinan Pakatan Rakyat yang terkandas dalam kesesakan.

Hadirin dianggarkan mencecah lebih dari 10,000 orang... ini signal yang baik untuk Pakatan Rakyat. Melayu, Cina, India, Orang Asal... semua berduyun-duyun memenuhi Mini Stadium. tiada makanan atau minuman percuma disediakan.


Jam 10:25 malam... Giliran "The King" pula membelasah UMNgOk/Beer eNd. semua mesti ingat perkataan ini - "Kawan-Kawan"... hahaha...!!! Karpal pandai buat lawak "kawan-kawan"...

Semua hadirin ternganga bila "The King" berucap...


Jam 10:34 malam YB Zuraida tiba bersama dengan Isteri kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.


Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. semakin hari, Negeri Selangor semakin stabil. rakyat Selangor sangat-sangat beruntung mendapat seorang Menteri Besar yang berkreadibiliti dan bijak dalam mentadbir Negeri Selangor.


Jam 10:41 malam... Thamrin bin Tun Ghafar Baba tiba... gerombolan semakin kusut... seorang demi seorang bekas gerombolan mula meninggalkan perjuangan "Kebangsaan" yang menjadi tunjang perjuangan gerombolan. "Bangsa" bukan lagi menjadi tunjang perjuangan mereka yang faham akan Demokrasi. "Bangsa" bukan lagi menjadi paksi perjuangan mereka-mereka yang faham kehendak Agama Islam.


Jam 10:51 malam... Media Perdana tidak akan memaparkan gambar ini. simpan untuk kenangan anda. hari ini sejarah tercipta di Mini Stadium Kuala Kubu Baru. sesiapa yang hadir, anda adalah sebahagian dari sejarah.


Jam 10:54 malam... Dr. Hassan Ali dan Lim Guan Eng tiba serentak... gerombolan bertambah kusut. nak China yang pernah dipenjara kerana membela nasib seorang anak gadis Melayu yang digelapkan masa depannya oleh Pimpinan UMNgOk/Beer eNd kini bukan sebarangan Anak China. Anak China ini sudah bergelar "Ketua Menteri Pulau Pinang".

Gerombolan cukup-cukup benci pada Anak China ini sebab Anak China ini tahu banyak mengenai Agama Islam dan kebaikannya. gerombolan tidak suka orang yang berminat dengan Agama Islam.


Jam 10:57 malam... Mini Stadium bergema dengan laungan "Allahu Akhbar"... China, India, Melayu, Orang Asal semua bangun berdiri memberi penghormatan kepada tetamu paling istimewa pada malam itu. semua kaum melaungkan kalimah "Allah Maha Besar"... tiada kedengaran laungan "Hidup Melayu"... langsung tiada...

Semua hadirin tersenyum gembira menyambut ketibaan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz yang disayangi. semuanya bersemangat. meremang bulu roma mendengar gema Takbir...


Jam 11:09 malam... Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan ucapan. 1 Jawatankuasa yang akan mengendalikan kes tertangguh antara Peneroka dan Felda bakal ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Jawatankuasa ini akan diketuai oleh Dato' Zaid Ibrahim.

Tiada wang tunai diberikan kepada peneroka oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, sebaliknya Kerajaan Negeri Selangor akan membantu warga peneroka Felda untuk mendapatkan hak mereka walau dengan apa cara sekalipun.

Banyak hak-hak para peneroka telah dinafikan oleh Felda selama ini dan sudah sampai masanya warga Felda diberi pembelaan yang sewajarnya. Kerajaan Negeri Selangor tidak mahu mana-mana rakyat didalam Negeri Selangor menjadi "hamba". rakyat adalah "Tuan" dan kita akan angkat hak rakyat ke tempat yang sewajarnya. ini bukan zaman "hamba", ini zaman Keadilan.


Jam 11:14 malam... EXCO Kerajaan Negeri Kelantan - Dato' Paduka Haji Husam Musa tiba di Mini Stadium Kuala Kubu Baru selepas merasmikan Mesyuarat Agung tahunan PAS Selayang. para hadirin berebut-rebut mahu bersalaman dengan orang kuat Kerajaan Negeri Kelantan.


Jam 11:18 malam... bagaimana gerombolan mahu menghadapi gelombang kebangkitan seperti ini..?


Jam 11:21 malam... Lim Kit Siang tiba...


Jam 11:24 malam... Calon Pakatan Rakyat - Dato' Haji Zaid Ibrahim menyampaikan ucapannya yang terakhir dalam tempoh kempen PRK P-094.


Jam 11:33 malam... Mursyidul Am PAS - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan amanat terakhir kepada bakal pengundi P-094.


*Dikemaskini dari masa ke semasa... harap bersabar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails