Parit Buntar, 16 Julai;- Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Parit Buntar dengan kerjasama PAS Kawasan Parit Buntar telah berjaya mengadakan majlis sumbangan kepada masjid-masjid dan surau selitar parlimen Parit Buntar sempena menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak di Masjid Sungai Kota, Bagan Tiang.
Pengarah Program Ehya Ramadhan tahun 2012, Ahmad Azhar Hj Shahrin
dalan ucapan aluannya mengucapkan terima kasih diatas kehadiran pegawai
masjid dan surau.
Beliau menyatakan bahawa beberapa siri
program yang telah diatur sepanjang bulan Ramadhan ini seperti sumbangan
kepada fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, guru-guru al-Quran dan
iftar perdana akan diadakan.
Untuk itu sumbangan dana
Ramadhan amat diperlukan dan dialu-alukan dari orang ramai. Sebarang
sumbangan bolehlah dibuat atas nama
JAWATANKUASA DANA JPR PARIT BUNTAR -No. Akaun
: 0801-0000839-71-1, Bank Muamalat Parit Buntar atau
PAS Kawasan Parit Buntar No. Akaun 08022010016590, Bank Islam.Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi di talian 019-5779345 atau 017-5998069.