Selamat Datang

Khamis, 20 September 2012

Betoi ka ... Menteri Umno BN Hidup Senang Lenang...


Addin
Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri...

1. Gaji Pokok RM18,000

2. Elaun Keraian RM10,500.00

3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - Kebanyakan menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 -

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Terima kasih Tun Mahathir

Tuan Guru Abdul Hadi Awang, 19 Sep 2012
Kenyataan Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden UMNO, supaya menjadikan syaitan yang dikenali sebagai rakan yang didampingi lebih baik daripada berkawan dengan malaikat yang tidak dikenali perlu dilihat secara positif, khususnya oleh pendokong UMNO. Kata-kata itu bersumberkan pepatah barat yang  diucapkan oleh mendiang Winston Churchil, mantan Perdana Menteri British ketika perang dunia kedua. Apabila sangat terdesak di peringkat  awal menghadapi kemaraan tentera Jerman, lalu beliau mengizinkan bersahabat dengan negara pernah bermusuh dengan Britain seperti Perancis dan lain-lain.


Mengikut kaedah Usul Feqh Islam, sesuatu dalil itu perlu dilihat dalam dua aspek. Mantuq (yang dilafazkan atau diucap) dan Mafhum (yang difahami). Kadang-kadang diambil mafhum yang berlawanan dengannya.

Isnin, 17 September 2012

Deklarasi Kuching: Komitmen PR bela rakyat Sabah, S'wak

Muhammad Faizal, 17 Sep 2012
KUCHING: Deklarasi Kuching yang ditandatangani pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat semalam mengariskan tujuh perkara pokok bagi membela rakyat Sabah dan Sarawak.

Antara lain ianya bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah dan Sarawak serta pembangunan kedua-dua negeri.

Malah ianya juga sebagai komitmen Pakatan Rakyat untuk menghormati Perjanjian Malaysia 1963.

Deklarasi tersebut telah ditandatangani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang di Chong Ling Park, Kuching petang semalam.

Ahad, 16 September 2012

Biar PAS jaga Melayu jika Umno kalah


Harakahdaily, 16 Sep 2012
KUALA LUMPUR: “PAS jaga Melayu jika Umno kalah di dalam PRU13, inilah jawapan untuk Datuk Seri Najib,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, Najib selaku Presiden Umno jangan duduk perasan Umno sahaja boleh menjaga Melayu.

“Sudah 55 tahun Umno diberi peluang bukan satu masa yang pendek tetapi terbukti Umno gagal menjaga Melayu. Melayu bukan diangkat martabat, sebaliknya bertambah merempat,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Katanya, bukti PAS boleh menggantikan Umno untuk menjaga orang Melayu boleh dilihat rekod pemerintahan di Kelantan yang berjaya menjelaskan hutang lapuk BN sebanyak RM220 juta daripada  hutang peninggalan BN sebanyak RM718 juta.

Idris menambah, Negeri Kelantan berjaya diturunkan kadar kemiskinan daripada nombor 2 kepada 6.

Sabtu, 15 September 2012

K-Fiqh: Murshid sedia tegur parti politik

Salmiyah Harun, 15 Sep 2012
SHAH ALAM: Ikatan Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid) bersedia  memainkan peranan sebagai orang tengah dalam menasihati parti politik Pakatan Rakyat dan BN.

Pengerusi Murshid Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, mereka bersedia menasihati kedua-dua kerajaan BN atau Pakatan Rakyat sekiranya didapati tidak merealisasikan kehendak syarak (maqasid syariah) melalui pelaksanaan siyasah syariyyah.

"Kita akan nasihat kedua-duanya. Kalau kita tidak bersetuju dan bercanggah dengan syarak dan tidak adil, kita akan tegur Pakatan Rakyat dan BN," katanya dalam sidang media di Dewan Auditorium MBSA.

Katanya, Murshid turut menjelaskan konsep politik berteraskan syariah sebagai asas pentadbiran dan pemerintah menurut ajaran Islam.

10,000 beli meja untuk Jamuan Pakatan

Harakahdaily, 15 Sep 2012
(Sebahagian dari kira-kira 10,000 yang menyertai jamuan Pakatan Rakyat di Sutera Mall, Skudai, Johor Bharu)

JOHOR BAHRU: Lebih 10,000 orang rakyat Johor membeli kerusi untuk menyertai jamuan 1,000 meja yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Skudai, Johor malam tadi.

Ia dianggap antara jamuan berbayar terbesar yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Johor dan mendapat sokongan hebat rakyatnya.

Majlis itu diadakan di Sutera Mall, Skudai, Johor Bahru dengan disertai oleh para pemimpin kanan Pakatan Rakyat dari PAS, PKR dan DAP.

Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahudin Ayub, Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfodz Mohamed dan juga Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution

Anwar yang berucap di majlis itu mengajak rakyat Johor jangan lagi toleh kebelakang dan terus mara ke hadapan walaupun pelbagai ancaman yang dibuat kepada Pakatan Rakyat.

"Masa rakyat Johor bersama Pakatan telah tiba dan kita akan terus mara ke hadapan," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Jumaat, 14 September 2012

Petanda jelas BN sudah nak jatuh, apa dia


Harakahdaily, 14 Sep 2012
TEMERLOH: Sesebuah kerajaan yang bakal jatuh akan memberi petanda jelas yang berlaku seperti Mesir, Tunisia, Libya dan Syria.


“Apakah petanda itu?

“Lihat apa yang berlaku di Mesir, Tunisia, Libya dan Syria kini, antara beberapa petanda awal kejatuhan bermula tindakan ganas penyokong parti pemerintah,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu tulisan di Facebook.

Tuan Ibrahim berkata tindakan ganas para penyokong BN ke atas pimpinan PR adalah jalan mencari kebencian rakyat kepada BN.

“Tindakan ini adalah beberapa tanda kejatuhan sesebuah kerajaan,” tambah beliau.

Hari ini, dilaporkan pejabat DAP di Pulau Pinang diserang buat kali ketiga dalam masa 13 bulan dengan pintu depannya disimbah cat merah.

10 tokoh sertai PAS di Himpunan Hijau Putrajaya

Aslani M & M Zin, 14 Sep 2012

MACHANG: Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Kelantan malam tadi mencatat sejarah apabila 10 bekas pegawai kanan kerajaan dan lagenda bola sepak menyerah borang menyertai PAS.

Antaranya bekas Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan, Fauzi Harun; bekas pensyarah UMT, Prof Dr Salleh Harun; bekas Timbalan Pengurus Besar Pos Malaysia, Abdul Halim Hassan.

Selasa, 11 September 2012

Machang 'ditenggelami hijau’ Khamis ini

Salmah Mat Husain , 11 Sep 2012

KOTA BHARU: Puluhan ribu rakyat Kelantan dijangka berhimpun di Machang 13 September ini bagi menyemarakkan lagi Himpunan Hijau Menuju Ke Putrajaya.

Ketua Penerangan PAS negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, program berkenaan bermula esok (Rabu) sehingga 16 September ini.

Katanya, program tertutup khas untuk muslimat bermula pagi Khamis di Dewan Majlis Daerah Machang dan sebelah petang pula diadakan Jamuan Hijau.

Jam 5 hingga 7 petang pula ekspresi Anak Muda, kemudian diikuti solat Maghrib, munajat dan solat Isyak.

“Ceramah khas pada sebelah malam akan disampaikan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu.

“Selain itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pemimpin tertinggi PKR,” katanya di sini.  Espo khas bermula esok sehingga malam 16 September.

Pakatan rancang konvensyen mega di Bukit Jalil

Muhammad Faizal, 11 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat dalam perancangan akan menganjurkan Mega Konvensyen Pakatan Rakyat di Stadium Bukit Jalil pada 3 November nanti.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini memberitahu perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat esok.

"Mesyuarat hari ini telah memutuskan agar satu himpunan Mega Konvesyen Pakatan Rakyat diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 3 November nanti.

"Dan kita berharap pihak kerajaan mahupun perbadanaan stadium dapat memberi keizinan kepada kita untuk mengadakan himpunan tersebut," jelasnya.

Kata beliau lagi, selaras dengan janji yang dikeluarkan oleh kerajaan yang mana Pakatan boleh mengadakan perhimpunan di mana-mana stadium.

Inilah Padahnya Bila Najib Mahu Sekatan Politik Dilakukan Kepada Anwar...


Shahbudin Husin
Isu pengawal peribadi Anwar mengeluarkan pistol kini menjadi isu baru untuk menyerang PR. Ia segera dikaitkan dengan pelbagai kemungkinan dan andaian jika PR memenangi pilihanraya akan datang. PR dikatakan memulakan politik ganas, tidak toleransi, ghairah menggunakan senjata dan pelbagai lagi.

Ada juga andaian yang mengatakan bahawa ini merupakan petanda awal sekiranya PR menang pilihanraya nanti, mereka akan menggunakan pistol dan senjata api untuk menghalang demonstrasi UMNO ketika itu.

Sebenarnya tindakan pengawal peribadi itu bukanlah sesuatu yang pelik dan diluar SOP jika dikaji dari awal bagaimana deretan ancaman yang diterima oleh Anwar sejak akhir-akhir ini. Tindakan menunjuk pistol hanyalah sekadar gertakan kepada 50 pemuda yang terus menerus memberikan ancaman untuk mengelakkan mereka terus menjadi ganas.

Sabtu, 8 September 2012

Jamuan Raya PAS Parit Buntar Meriah.





 
Parit Buntar; 8 September- Majlis Jamuan Aidilfitri PAS Parit Buntar berlangsung dengan meriah sekali. Ribuan hadirin telah datang ke majlis tersebut di kalangan orang ramai yang datang membawa keluarga bersama mereka. Jamuan bermula pada pukul 2.30 petang itu dibanjiri oleh orang ramai sehingga jam 5.00 petang.

Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, YB Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussin, ADUN Kuala Kurau, YB Yunus Jamhari, ADUN Selinsing, YB Hj Husin Din, YDP PAS Parit Buntar, Hj Harun Hashim.

Rakyat biadab kerana Umno gurunya

Harakahdaily, 07 Sep 2012
KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan, tindakan sesetengah pihak bertindak biadab sekarang adalah kerana diajar oleh Umno.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, Pemimpin Umno lupa, budaya ini dimulai oleh pemimpin Umno dan merekalah gurunya.

"Rosak ikan bermula di kepala, rosak rakyat kerana pemimpinnya," kata beliau.

Atas dasar itulah, katanya, tidak hairanlah ada rakyat yang pijak gambar  pemimpin di dalam himpunan Janji Demokrasi 30 Ogos 2012 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Kenapa pemimpin Umno dan media Umno tanpa segan silu membelasah seolah-olah ini semua ajaran pemimpin pembangkang, soalnya.

Pada hal, katanya, tidak ada rekod pemimpin pembangkang yang berkelakuan biadab.

Katanya, rakyat masih ingat ketika penamaan calon Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sanggang pada 20  April 2000, di mana  Datuk Adnan Yaakob selaku Menteri besar Pahang menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong PAS.

Khamis, 6 September 2012

TMB Kedah: Zaman Umno BN pun tak buat

Harakahdaily, 06 Sep 2012
ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berpandangan tiada keperluan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar di negeri itu bagi meringankan tugas Menteri Besar seperti dicadang pihak tertentu.

Ini kerana katanya, jawatan itu juga tidak pernah dibuat ketika zaman pemerintahan BN terdahulu walaupun ketika bekas Menteri Besar,Datuk Seri Syed Razak Syed Zain sakit.

“Masa BN dulu mereka tidak buat pun. Masa itu pun, ada kes sakit juga,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco semalam.

Beliau berkata demikian menjawab soalan wartawan berhubung desakan Pemuda Gerakan Kedah yang mahu Kerajaan Negeri mewujudkan jawatan itu, ekoran masalah kesihatan beliau.

KEUTAMAAN PUASA ENAM HARI DI BULAN SYAWAL


 عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ حَدَّثَهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Dari Abu Ayyub Al-Anshari radhiallahu 'anhu meriwayatkan, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun .
HADIS : RIWAYAT MUSLIM
 
 http://mujahidfillah.blogspot.com

Rabu, 5 September 2012

Gerakan selamatkan negara perlu disegera

Yaakub Dasan, 05 Sep 2012
RANTAU PANJANG: Negara perlu diselamatkan segera bagi mengelakkan lebih banyak penyelewengan dilakukan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) demi masa depan rakyat negara ini.

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakub berkata, antara penyelewengan yang dikesan  penglibatan Bank Negara dalam spekulasi mata wang menyebabkan kerugian RM30 bilion.

Selain itu kerajaan BN menggadaikan lebih separuh daripada jumlah tiga juta ekar tanah rizab Melayu.

“Begitu juga wang yang dibawa keluar dan disimpan di negara asing berjumlah RM1.08 trilion dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini,” katanya pada Ceramah Merdeka di Pusat Tarbiah PAS Rantau Panjang di sini malam tadi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails