Selamat Datang

Sabtu, 24 Mac 2012

Abdullah Ali bakal tarik sokongan pengundi muda

Harakahdaily, 24 Mac 2012
MARANG, 24 Mac: PAS yakin penyertaan legenda bola sepak negara, Abdullah Ali akan menyemarakkan lagi sokongan kepada parti Islam itu khasnya di kalangan pengundi muda.


(Abdullah Ali bersama Presiden PAS di Rusila...gambar Buletinonline)

“Penyertaan kalangan pengundi muda untuk buat perubahan sangat penting. Dan penyertaan Abdullah Ali ini adalah merupakan suatu kekuatan baru kepada PAS untuk menghadapi pilihan raya akan datang, Insya’Allah,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas menerima kunjungan hormat Abdullah Ali di rumahnya baru-baru ini.

Hadir sama pada kunjungan tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran.

Abdullah Ali adalah legenda bola sepak negara di awal 1980an. Pasukan yang disertai beliau telah berjaya melakyakkan diri ke sukan Olimpik Moscow namun tidak menyertainya kerana Malaysia memboikot sukan di Rusia itu.

Abdullah Ali terkena dengan tendangan inswinger dari tendangan sudut. Beliau menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz di Kota Bharu.

Beliau berjanji akan membantu PAS di Terengganu untuk memenangi hati golongan muda kerana berasal dari negeri itu.

Abdul Hadi menaruh harapan dan berkeyakinan  pengundi muda yang ramai menyokong PAS dan Pakatan Rakyat akan mampu mencetuskan satu perubahan politik dan menukar kerajaan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang.

Beliau berkata, perubahan memerlukan golongan muda yang dianggarkan menguasai 30 peratus kuasa politiknya.

Bahkan, katanya perubahan pengundi muda sangat penting bukan sahaja di Terengganu tapi seluruh negara sebagai kuasa penentu pilihan raya.

“Apa yang menarik perhatian kita (PAS) ini ialah perubahan memerlukan golongan muda. Kita (PAS) mengharapkan, sebagaimana lawatan saya ke Dun-dun (Dewan Undangan Negeri) di seluruh negeri tidak kurang dari 30 peratus adalah pengundi muda.

“Ini (golongan muda) boleh jadi undi penentu (kemenangan) dalam pilihan raya. Maknanya, perubahan pengundi muda sangat penting dan bukan sahaja di negeri Terengganu bahkan di seluruh negara,” ujarnya.

Menurutnya, Ustaz Abdul Hadi penyertaan golongan muda kembali menyokong perjuangan Islam mengembalikan semula zaman kegemilangan agama tersebut.

Katanya, golongan muda juga mempunyai kepelbagaian minat serta kebolehan seperti ahli sukan, penghibur dan sebagainya.

“Ini (penyertaan orang muda) mengembalikan di zaman kegemilangan Islam. 90 peratus orang muda dan orang muda ini bermacam-macam kebolehan. Orang muda ini banyak ahli sukan, banyak penghibur dan macam-macam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails