Selamat Datang

Ahad, 25 Mac 2012

PAS Terengganu umum calon Dun Paka

Salmiyah Harun, 25 Mac 2012
Kajang, 25 Mac: PAS Terengganu mengumumkan Saiful Bahri Mamat sebagai calon Dun N.28 Paka, untuk pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut mengumumkan calon berkenaan dalam majlis Himpunan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) yang berlangsung di Dewan MPKj, Kajang pagi tadi.

Menurut Abdul Wahid, persiapan untuk menentukan siapa calon yang akan bertanding perlu diteliti sebaiknya supaya pengundi boleh menerima calon tersebut.

"Yang pasti calon itu boleh menang, kita menang kerana semua orang undi kita. Calon itu boleh diterima seluruh masyarakat baik Melayu, Cina ataupun India," katanya di hadapan kira-kira 1,000 anak-anak Perantau. Katanya, buat masa ini hanya calon Paka sudah diumumkan dan calon-calon lain masih belum diputuskan sehinggalah PAS Pusat memutuskannya.

"Kita sudah ada senarai nama, dan nama-nama itu sudah dihantar ke PAS Pusat, kita akan selesaikan dengan baik. Calon yang kita kemukakan insyallah akan menang,"katanya.

Jelas beliau, Saiful Bahri antara calon yang cukup komited dalam menggerakkan kerja-kerja parti tidak kira masa dan atas usaha itu PAS yakin dan percaya beliau boleh melaksanakan tugas dengan baik.

Malah katanya, dengan pengumuman itu yang agak awal berbanding calon-calon lain, PAS Terengganu yakin beliau berjaya mengambalikan semula kerusi Paka kepada PAS.

Saiful Bahri pernah memenangi kerusi itu pada 1999 hingga 2004, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri Terengganu.

Terkini, beliau ada Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu. Untuk PRU kali ini merupakan kali ketiga beliau bertanding di kerusi Dun Paka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails