Selamat Datang

Ahad, 20 Mei 2012

Sumbangan DHPP Parit Buntar pada golongan tidak bernasib baik mendapat sambutan hangat.


 


Parit Buntar, 20 Mei; Dewan Himpunan Penyokong PAS Parit Buntar telah mengadakan majlis sumbangan beras dan gula kepada golongan miskin dan  kurang upaya di Kapitol Food Court pagi tadi. Lebih 400 orang telah menghadiri majlis ini yang disampaikan  oleh Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. Kesudian beliau untuk hadir dan memberi ucapan mendapat sambutan hangat dari para hadirin.
Dalam ucapan beliau menyebut bahawa tidak mudah untuk PAS dapat bersama-sama dengan orang Cina terutamanya bagi menyampaikan ucapan seperti di majlis ini. Beliau mengucapkan terima kasih kepada DHPP Parit Buntar kerana berjaya mengadakan majlis ini.

Kaum Tionghua dan India kini sudah tidak takut lagi kepada PAS apabila memahami perjuangan PAS yang memberi keadilan kepada semua bangsa tanpa mengira  agama, keturunan  dan warna kulit. Semua ini terbukti dengan pemerintahan di Kelantan selama lebih 20 tahun, di Kedah dan Perak.





Selama ini ketakutan dan kekeliruan terhadap PAS adalah hasil momokan dan hasutan dari UMNO dan BN. Berbagai doktrin yang ditanamkan kepada orang-orang Cina dan India bahawa PAS adalah sebuah parti yang ekstrim, pelampau agama dan sebagainya. Akhirnya UMNO/BN berjaya menipu lebih dari 50 tahun dan kini mereka tidak boleh lagi menipu buat kali yang seterusnya apabila masyarakat Cina, dan India telah bersama-sama dalam Pakatan Rakyat. Penerangan yang jelas dari PAS menyebabkan mereka telah memahami keadaan sebenarnya bahawa PAS tidak seperti yang dikatakan oleh UMNO/BN

Sambutan yang hangat ini menggambarkan bahawa PAS kekal dihati rakyat Parit Buntar dan akan dapat mempertahankan kerusi yang telah dimenangi dalam PRU 13.

Seramai 300 orang telah menerima sumbangan yang terdiri daripada berbagai bangsa seperti orang Melayu, Cina dan India. Turut hadir dalam majlis ini termasuklah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Hj Abu Bakar Hussin, Ahli Parlimen Parit Buntar, YB Dr. Mujahid Yasof Rawa, Pengerusi DHPP Pusat, Encik Hu Pang Caw, AJK Dewan Ulama PAS Perak, Ustaz Norazli Musa, Ketua Penerangan DPP Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin dan YDP Parit Buntar Tuan Hj. Harun Hashim serta AJK PAS Kawasan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails