Selamat Datang
Isnin, 28 Mei 2012
Himpunan Jentera Pilihanraya Muslimat Parit Buntar..
Parit Buntar,28 Mei; Jentera Pilihanraya Muslimat PAS Parit Buntar telah mengadakan himpunan petugas-petugas pilihanraya yang dihadiri oleh hampir 150 orang baru-baru ini. Program ini dihadiri oleh Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat Saudari Aiman Athirah. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Dr. Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar, Ustaz Abu Bakar Hussin, Pesuruhjaya PAS Perak dan Hj Harun Hashim, YDP Parit Buntar dan AJK PAS Parit Buntar.
Dalam ucapan di majlis tersebut beliau meminta agar muslimat Parit Buntar dapat terus bekerja dan meningkatkan usaha memberi penerangan yang jelas kepada semua kaum wanita yang berada di dalam kawasan ini.
Muslimat perlu turun dari rumah ke rumah untuk bertemu dengan pengundi-pengundi wanita untuk menerangkan dan memberi penjelasan yang baik berkaitan dengan berbagai isu-isu terutamanya negara berkebajikan dan buku jingga.
Tawaran yang dibuat oleh Pakatan Rakyat apabila dapat memerintah negara ini adalah suatu tawaran yang mampu untuk dilaksanakan. Pentadbiran yang cekap, telus dan bebas dari gejala rasuah mampu memberi kebajikan kepada rakyat.
Apa yang berlaku UMNO/BN telah melakukan pemborosan dan penyelewengan kepada kewangan negara dengan sewenang-wenangnya. Rakyat perlu sedar tentang kezaliman dan kejahatan yang dilakukan oleh UMNO/BN selama lebih 50 tahun mentadbir negara ini.
Masalah rasuah, kronisme, keborosan, salahguna kuasa dan sebagainya telah menjadi darah daging dalam UMNO/BN. Semua slogan-slogan yang selama ini didokrinkan kepada rakyat merupakan satu penipuan sebenarnya.
Umpamanya slogan ' Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan' adalah sesuatu yang kosong tanpa apa-apa makna kepada rakyat apabila lain dikata dan lain pula yang dilakukan. Walaupun mereka telah memberi bantuan seperti BR1M RM500 kepada rakyat baru-baru ini tetapi bantuan itu hanya sekali sahaja bukannya pada setiap tahun. Apakah bantuan seperti itu hanya diperolehi setelah berlalunya pemerintahan selama 50 tahun? Tambahan pula suasana kini makin menghampiri tempoh pilihanraya ke 13 menyebabkan ada yang mengatakan ianya sebagai rasuah pilihanraya oleh UMNO/BN. Kenapa sekarang baru diberi dan kenapa tidak diberi selepas pilihanraya nanti?
Namun rakyat kini semakin bijak. Rata-rata mereka mengambil semua pemberian yang diberi oleh kerajaaan UMNO/BN kerana mereka sedar apa yang diberi itu adalah hak mereka sebagai rakyat dan bukannya wang UMNO/BN. Pendidikan yang diterima oleh rakyat menyebabkan mereka tidak lagi boleh digula-gulakan begitu saja terutamanya di kalangan anak-anak muda.
Rakyat makin sedar kebobrokan dan kejelekan UMNO/BN yang terlalu rakus dan lahap merebut kekayaan negara. Masing-masing berlumba-lumba untuk mengayakan kaum kerabat dan kroni sendiri.
Kini rata-rata rakyat tidak lagi boleh diperkotak-katikan oleh UMNO/BN. Kesedaran dan keinsafan rakyat dapat dilihat melalui gelombang kehadiran mereka dalam ceramah-ceramah yang dibuat oleh PR. Walaupun ceramah dibuat secara kecil-kecilan, ia masih mendapat sambutan yang hangat seperti yang dilaporkan oleh media baru melalui blog-blog, facebook dan twitter.
Bagi golongan muda pula, kemudahan media baru ini menjadi bahan utama untuk mendapat maklumat dan penerangan yang jelas. Media massa seperti akhbar dan televisyen sudah tidak boleh dipercayai lagi oleh mereka. Kekurangan pembaca dan penonton yang semakin merudum menunjukkan sambutan terhadap media tersebut sudah kehilangan tempat dihati rakyat.
Labels:
PAS Parit Buntar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA