Selamat Datang

Selasa, 1 Mei 2012

Cedera di mata tidak halang Asrul ke Bersih 4.0



Mohd Sabri Said, 01 Mei 2012
BUKIT MERTAJAM, 1 Mei: "Saya sedia ke perhimpunan Bersih 4.0 sekiranya diadakan lagi kerana yang penting ialah tuntutan dilaksanakan bukan dipermainkan," tegas Asrul Wadi Ahmad, 26, kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika melawat beliau di Wad Mata, Hospital Bukit Mertajam tengah hari tadi.


Beliau yang mengalami kecederaan di bahagian mata kanan akibat terkena kelongsong gas pemedih mata yang ditembak oleh pasukan keselamatan kira-kira 100 meter dari tempat berkumpul.

Katanya, tiba-tiba sahaja benda keras terkena mata dan membuatkan beliau terjatuh dan separuh pengsan.

Menurutnya, orang  ramai yang ada di situ terus mengangkatnya ke dalam masjid dan membalut luka di mata sementara menunggu dibawa  ke lokasi untuk rawatan yang disediakan oleh pasukan kesihatan serta dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Asrul menceritakan, apabila sampai ke kawasan Masjid Jamek pasukan polis sudah ramai berasak-asak mencari mangsa untuk ditangkap.

Beliau mengelak dari bertembung dengan polis dan memasuki perkarangan masjid untuk menunaikan solat Zohor.

Tetapi dalam masa yang sama terserempak dengan ayahnya (Ahmad) sambil memberikan sebotol mineral supaya ayahnya dapat membasuh muka akibat terkena asap pemedih mata.

"Bila saya bagi air mineral kepada ayah agar dibasuh mukanya kelihatan orang ramai makin berasak-asak memasuki di bahagian depan masjid menyebabkan ayahnya hilang dari pandangan.

“Jadi, saya terus cari ayah dan keluar kembali ke hadapan masjid tiba-tiba terasa sakit yang amat sangat di bahagian mata kanan.  Saya terlentang dalam keadaan separuh sedar," jelas beliau.

Setelah di rawat di HKL beliau dibenarkan keluar untuk membuat laporan polis di sebuah balai dengan harapan pihak polis mengadakan siasatan terhadap kejadian yang menimpanya.

Beliau dimasukan ke Hospital Bukit Mertajam setelah kembali ke Pulau Pinang dan berada di Wad 4 Bahagian Mata mulai hari Ahad lepas setelah menerima beberapa jahitan di tepi kelopak mata.

Antara kepimpinan PAS negeri yang menziarahinya termasuk Timbalan Pesuruhjaya, Ustaz Khalid Man, setiausaha, Mohd Nor Harun dan Setiausaha PAS Kawasan Tasek Gelugor, Zamri Darus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails