Selamat Datang

Jumaat, 4 Mei 2012

Muslimat bakar Utusan simbolik tolak fitnah lucah

Salmah Mat Husain, Foto: Rizal Tahir, 04 Mei 2012

KOTA BHARU:
Dewan Muslimat PAS Kelantan hari ini membakar beberapa naskah akhbar Utusan Malaysia sebagai simbolik mengajak rakyat menolak akhbar itu yang sering membuat laporan lucah dan fitnah.

Ianya dibuat selepas selesai Muktamar Dewan Muslimat PAS negeri Kelantan ke-39, di perkarangan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini.

Program itu turut disertai Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan.

Tindakan membakar akhbar milik Umno itu dibuat selepas Ketua Ameerah Kelantan Ilvira Mohd Dhasuki mengemukakan usul tergempar yang kemudiannya diluluskan dalam muktamar itu.
Ilvira ketika membentangkan usul itu memberitahu, Utusan telah banyak menabur fitnah dan tidak mempamerkan akhbar yang mampu mendidik minda rakyat.

Zailah ketika ditemui selepas itu pula memberitahu tindakan membakar akhbar berkenaan sebagai memberi mesej kepada rakyat agar menolak akhbar penabur fitnah dan tidak bermoral itu.

Sebelum ini akhbar itu katanya pernah diboikot ekoran laporan karikatur yang menghina hukum hudud.

“Terbaru kes Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dikatakan terbabit dalam kes seks telah menyiarkan gambar lucah palsu untuk memburukkan imej Azmin dan PKR,”ujarnya.

Katanya, seharusnya perkara itu tidak berlaku terhadap sebuah akhbar yang didakwa sebagai akhbar arus perdana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails