Harakahdaily, | 19 Mei 2012 |
Sebelum Bersih 3.0, pentadbiran Najib hampir pasti pru 13 adalah pada Jun 2012 ini, namun kini Jun bukan lagi masa yang muktamad.
Demikian kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang (gambar) dalam kenyataannya hari ini.
Kini, katanya, dengan situasi yang ada sekarang akan membolehkan para penyokong Pakatan yang tinggal di bandar mempunyai lebih banyak masa untuk berkempen.
Ini kerana, jentera kempen Najib telah menggunakan sepenuhnya media tradisi negara ini untuk memburukkan wajah Bersih 3.0.
"Tetapi dengan pru-13 bukan lagi Jun atau Julai ini, pemuda Melayu yang tinggal di bandar mempunyai lebih banyak masa untuk pulang ke kampung masing-masing bagi memberikan cerita yang sebenar apa yang berlaku pada 28 April lalu.
"Dan apabila cerita sebenar tentang Bersih 3.0 difahami sepenuhnya oleh para pengundi di kampung-kampung, ketika itu negara ini akan bersedia sepenuhnya untuk membuat perubahan," kata Kit Siang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA