Menuduh seorang yang Islam
sebagai kafir, bermakna kekafiran itu akan terkena pada dirinya sendiri.
Perkara ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri.
Saya sebagai Pesuruhjaya
PAS Perak sangat kesal dengan kenyataan Tan Sri Rahim Noor, bekas ketua polis
Negara, dan kesal dengan media-media yang menyiarkan kenyataan melampau
tersebut.
Selama ini, kita melihat
beberapa kenyataan menghina Islam, undang-undang Islam dan para ulama’ sudah
bermain di lidah-lidah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional sendiri. Ada di
antara mereka yang mempermainkan hudud, menghina Islam dan mengeluarkan fatwa-fatwa
yang sesat. Apa yang kita kesali, kenyataan mereka ini disiarkan oleh media dan
disebarkan kepada masyarakat umum.
Antara yang terbaru, PAS
telah dianggap sebagai parti ajaran sesat. Terbaru, menuduh pula Mursyidul Am
PAS sebagai “Bapa Kafir”. Persoalannya, kenapakah kenyataan seperti ini pula
yang disiarkan oleh media, dan ke manakah perginya Majlis Fatwa Kebangsaan yang
mengharamkan Perhimpunan Bersih 3.0?
Apabila kita mengkaji
sirah para nabi AS, ada dari kalangan mereka yang dituduh sebagai gila, ahli
sihir dan jahat. Nabi Muhammad SAW sendiri dituduh cuba menyesatkan masyarakat
Mekah dengan ajaran-ajaran yang baru.
Kerajaan banyak melakukan
kemungkaran seperti rasuah, menipu dalam pilihanraya, kronisme dan banyak lagi.
Mereka juga menggunakan unsur-unsur hiburan haram untuk meraih undi. Adakah
kita hanya sekadar berdiam diri? Tuduhan melulu Tan Sri Rahim Nor juga
sepatutnya diambil tindakan yang sewajarnya, bukan hanya berdiam diri.
Justeru rakyat Malaysia
perlu sedar, bahawa kewajipan mereka untuk menukar kerajaan yang zalim seperti
ini. Rakyat perlu sedar bahawa mencegah kemungkaran itu satu kewajipan yang
disuruh oleh Islam. Rakyat perlu sedar bahawa mereka wajib untuk memperjuangkan
keadilan, dan menghapuskan kezaliman.
Ustaz Abu Bakar Hussian
( Pesuruhjaya PAS Perak )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA