Selamat Datang

Jumaat, 4 Mei 2012

Pelajar dicari kerana kecam polis dalam facebook


Harakahdaily, 04 Mei 2012
KLANG: Khalid Ismath adalah pelajar undang-undang Universiti Teknologi Mara.

Bersama dengan ibunya, Faridah Abdul, Khalid menyertai perhimnpunan Bersih 3.0 untuk melihat bagaimana perhimpunan itu berjalan.
(Polis bercakap dengan Ismath [kanan] meminta anaknya dihantar ke balai polis)

Sebagai pelajar undang-undang beliau juga ingin melihat sendiri bagaimana proses undang-undang berjalan di negara ini.

Namun, Khalid terkejut besar, apabila perhimpunan yang asalnya aman bertukar ganas dan huru hara apabila pihak polis menembak gas pemedih mata ke atas lebih 200,000 orang yang berhimpun di perkarangan Dataran Merdeka.

Bagi Khalid, mereka tidak bersalah kerana yang dilarang oleh mahkamah adalah berhimpun di dalam kawasan Dataran Merdeka yang dipagar.
Ekoran tembakan gas pemedih mata dan semburan air berkimia dari Water Canon polis menyebabkan ibunya, Faridah, cedera parah akibat dipijak orang ramai yang bertempiaran menyelamatkan diri.

Faridah terpaksa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. Ibu Khalid terpaksa bermalam selama lima hari di hospital kerana cedera di kepala itu agak parah.

Selepas lima hari di HKL, ibunya baru boleh dibawa keluar. Itupun atas permintaan bapanya, Ismath Habib Mohamad dengan alasan akan mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Klang yang lebih dekat dengan rumahnya yang terletak di Kelang.

Kerana marah, sebagai anak muda, macam-macam diluahkan Khalid dalam facebooknya. Semua kemarahannya dihamburkan ke arah polis yang disifatkan beliau sebagai ganas dan tidak wajar.

Bagi beliau, peserta perhimpunan tidak bersalah kerana beliau dan ibunya berhimpun di luar dari kawasan yang diharamkan oleh pihak mahkamah.

Ekoran itu, pagi ini 4 Mei, empat orang anggota polis dari Cawangan Khas IPK Kelang datang ke rumahnya untuk menangkap Khalid.

Polis bertemu dengan ayahnya, Ismath Habib yang kebetulan ada di rumah. Khalid tidak ada dirumah ketika itu.

"Bagi saya anak saya tidak salah. Apa yang dia tulis dalam facebooknya hanya rasa amarah anak muda yang melihat kecederaan parah yang dialami ibunya yang terlantar di hospital," kata Ismath kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun, memandangkan anaknya adalah pelajar undang-undang, Ismath akan berbincang dengan anaknya itu sebelum mengambil apa-apa tindakan.

Menurut beliau, polis meminta beliau menghantar anaknya ke mana-mana balai polis untuk diambil kenyataannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails