Selamat Datang

Rabu, 16 Mei 2012

PAS Parit Buntar sedia hadapi PRU13....


Parit Buntar, 16 Mei. Satu taklimat Jentera pilihanraya PAS kawasan Parit buntar telah diadakan semalam yang dihadiri lebih 300 orang petugas diperingkat UPu bagi Parlimen Parit Buntar. Taklimat dan motivasi telah disampaikan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, YB Dr. Hatta Ramli. Turut hadir  memberi ucapan termasuklah YB Dr. Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar, Ustaz Abu Bakar Hussin , Pesuruhjaya PAS Perak dan Hj Harun Hashim, YDP Parit Buntar.


Dalam ucapannya  Dr. Hatta, beliau meminta semua petugas Jentera Piliharaya Kawasan dalam meningkatkan lagi gerak kerja piliharaya semaksimum mungkin kerana PRU 13 ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja kerana tempohnya telah melebihi empat tahun. Malahan parlimen Parit Buntar ini menjadi tumpuan seluruh negara sebagai salah satu Parlimen yang menjadi harapan untuk dimenangi dalam menuju ke Putrajaya. 

Beliau juga menyatakan bahawa dari respon rakyat di seluruh negara, Pakatan Rakyat kini menjadi pilihan rakyat yang mahukan perubahan dalam politik negara untuk mengambilalih kerajaan Pusat dalam PRU 13 nanti. Rakyat sudah muak dan jijik dengan kerakusan BN yang mentadbir negara ini lebih 50 tahun. Sudah tiba masanya pula Pakatan Rakyat diberi peluang untuk membuat perubahan dalam negara ini. Sekiranya PRU 13 ini dijalankan dengan bersih dan adil, beliau optimis, Pakatan Rakyat akan dapat mengambil alih Putrajaya melihat kepada sambuatan rakyat kepada PR diseluruh negara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails