Selamat Datang
Sabtu, 26 Mei 2012
Ceramah Pakatan Rakyat di BT 5....
Parit Buntar, 26 Mei; Ceramah PR yang diadakan di Batu 5, sebuah pekan kecil di dalam kawasan Parit Buntar telah mendapat sambutan yang hebat dari orang ramai. Kehadiran dianggarkan melebihi 3000 orang itu menjadikan orang ramai bersesak-sesak memenuhi ruang tempat yang kecil.
Ia menunjukkan minat rakyat semakin meningkat terhadap politik negara. Apatah lagi PRU 13 semakin hampir dalam tempoh sembilan bulan sahaja lagi. Oleh itu rakyat masing-masing ingin mendengar penerangan khasnya dari PR tentang kebajikan dan peluang yang akan diperolehi oleh mereka andainya Pakatan Rakyat dapat mengambil alih Putrajaya .
Ceramah PR yang disampaikan oleh Cik Siti Aisyah dari Srikandi Keadilan dan Ustaz Akmal Kamaruddin, Ketua Penerangan DPP Perak telah memuaskan hati hadirin yang mendengarnya terutama berkaitan dengan apa yang akan diberikan kepada rakyat oleh Kerajaan PR jika dapat memerintah Malaysia.
Perbandiungan dibuat dengan kerajaan UMNO/BN sekarang ini yang hanya mengenyangkan segelintir golongan kroni sahaja tanpa mempedulikan nasib rakyat keseluruhannnya, Peluang selama lebih 50 tahun telah disia-siakan oleh UMNO/BN dan kini telah tiba giliran PR pula untuk menunjukkan kepada rakyat negara ini kehebatan pentadbiran sebagaimana yang dapat dilihat di negeri-negeri yang PR perintah dalam masa yang singkat.
Apa yang telah dibuat oleh Kerajaan PR walaupun baru mentadbir dalam tempoh yang pendek, sangat-sangat telah menyakinkan rakyat berbanding dengan UMNO/BN yang telah lama memerintah. Nampaknya hayat UMNO/BN di negara ini makin menghampiri penamatnya.
Labels:
PAS Parit Buntar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA