Selamat Datang

Sabtu, 17 Julai 2010

Retak menanti belah.....


Tindakan empat ADUN bahagian Setiu ‘hina’ pemimpin Umno pusat
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
July 17, 2010

KUALA LUMPUR, 17 Julai — Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Setiu yang tidak hadir ke persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tidak menghormati kepimpinan tertinggi dan parti.

Beliau berkata masalah yang membelenggu bahagian Setiu kalau dilihat dalam konteks agenda nasional ia boleh memberikan kesan kurang baik kepada parti.

“Ketidakhadiran wakil-wakil rakyat semasa Timbalan Perdana Menteri merasmikan Umno bahagian Setiu merupakan satu perkara yang mengecewakan saya selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.

“Ini kerana apabila kita lihat di peringkat nasional masalah di Setiu akan menjadi tanda tanya kerana sepatutnya kita menghormati parti sebab kita meletakkan pertimbangan parti perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air.

“Sebab itu kekecewaan Timbalan Perdana Menteri turut dikongsi oleh saya dan kita akan menyedarkan kepada pihak-pihak berkenaan bahawa kedudukan dan jawatan yang mereka pegang sebenarnya datang daripada sokongan orang ramai, datangnya pengiktirafan daripada parti,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Seputeh di sini.

Semalam empat ADUN kawasan Setiu tersebut adalah Ramlan Ali (Jabi), Abd Halim Othman (Permaisuri), Asha’ari Idris (Langkap) dan Khazan Che Mat (Batu Rakit) tidak hadir pada persidangan itu yang dirasmikan Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Umno.

Hishammuddin (gambar) berkata walau apa jua alasan yang diberikan keempat-empat ADUN tersebut ia boleh menjejaskan dan mencemarkan Umno Setiu itu sendiri.

“Saya kesal kerana mereka buat begitu kepada Timbalan Perdana Menteri, itu bukan cara kita sebagai orang Melayu.

“Sekurang-kurangnya kita mesti menghormati perasmi kita lebih-lebih lagi Timbalan Perdana Menteri, menghormati bahagian kita kerana bahagian lebih penting daripada diri kita sendiri dan menghormati parti kerana siapalah kita tanpa parti,” katanya.

1 ulasan:

  1. Gila ke aper puak UMNO.. masih xsedar lagi masih hilang akal lagi... nak rasmi persidangan parti atas kapasiti Timbalan Perdana Menteri... salahguna tu... paka nama Timbalan Presiden parti la n guna kewangan n kemudahan parti sendiri la baru betul oii....

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails