Selamat Datang

Ahad, 18 Julai 2010

TAHNIAH PAS LARUT....


PROGRAM PAS UNTUK SEMUA DI KUBU GAJAH BERJAYA

Program "PAS Untuk Semua" PAS Perak yang diadakan di DUN Kubu Gajah berjaya diadakan walaupun ada cubaan oleh BN untuk menggagalkan.

Program yang bermula sejak semalam sehinggalah hari ini cuba dihalang dan digagalkan oleh UMNO Bahagian Larut. Mereka menggunakan JKKK, polis dan pihak pengurusan Felda bagi menghalang program ini dari diadakan di Felda Ijok, RTBK (Rancangan Tanah Belia Khas) dan di Kampung Bagan Baru.

Di RTBK pihak polis cuba menghalang majlis BBQ yang diadakan di Padang Klinik RTBK malam tadi, JKKK kampung tersebut telah membuat laporan polis kononnya PAS menganjurkan ceramah di situ tanpa permit, pada hal program tersebut hanyalah berbentuk santai sambil makan ikan bakar.

Berlaku sedikit kekecohan pada petang semalam antara polis dengan penganjur, tetapi Alhamdulillah kekecohan berjaya diatasi dan program tersebut berjaya menghimpunkan anak-anak muda dengan kehadiran yang luar jangka.

Di Felda Ijok, pihak Felda tidak membenarkan semua permis digunakan walaupun untuk tujuan khidmat perubatan, majlis ramah mesra, ceramah, dialog dan jamuan. Pihak felda mengugut penganjur dan peneroka dengan ancaman mengambil tindakan keras dan kemungkinan menggunakan pihak polis untuk membuat tangkapan.

Penganjur tidak kekeringan idea, program diganti dengan ziarah rumah ke rumah, melawat warga felda yang uzur, majlis tahlil dan kenduri. Gotong royong juga berjaya diadakan di masjid, surau dan tanah perkuburan.

DI RTBK pagi tadi, beberapa acara yang diadakan di Padang Kelinik berjaya menghimpunkan warga muda RTBK, kaum India juga turut kelihatan.

Sebenarnya UMNO BN semakin ketakutan dengan kebangkitan rakyat di Kubu Gajah. Pada pilihanraya yang lalu calon PAS hanya kalah 65 undi sahaja kepada calon BN. Ini yang membimbangkan UMNO BN Larut. Pusat Khidmat PAS Dun Kubu Gajah pula begitu aktif menjalankan kegiatannya, setiap hari dan malam Pusat Khidmat PAS sentiasa dikunjungi orang ramai, banyak masalah rakyat berjaya dibantu oleh Pusat Khidmat PAS, berbeza dengan Pusat Khidmat DUN BN yang bersebelahan sahaja dengan Pusat Khidmat PAS, pejabatnya sentiasa sunyi dan tutup. Orang ramai yang mahu berurusan terpaksa meminta tolong Pusat Khidmat PAS bagi membantu menyelesaikan masalah mereka.

UMNO saban hari mengajak PAS bersatu dengan mereka demi perpaduan Melayu, tetapi PAS yang mahu menganjurkan program di kawasan Melayu dihalang oleh UMNO BN. Program 'PAS For All' merupakan program PAS yang mahu mendekati dan menjalin hubungan dengan orang Melayu termasuk UMNO melalui majlis ramah mesra, rawatan perubatan, futsal, dailog, sukan rakyat dan sebagainya tetapu UMNO pula yang cuba menghalangnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails