Selamat Datang

Sabtu, 17 Julai 2010

Kemiskinan untuk kesinambungan kuasa politik....


Galakan golongan miskin berdikari

PEKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesungguhan kerajaan membasmi kemiskinan bukan hanya melalui bantuan kebajikan semata-mata tetapi menggalakkan golongan miskin terbabit berdikari.

Beliau berkata, menerusi pelbagai projek membasmi kemiskinan, kerajaan mahu golongan terbabit dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka dan keluar daripada kepompong kemiskinan.

"Biar miskin, tapi jangan miskin jiwa, guna kudrat yang ada, walaupun miskin dari (segi) pendapatan tetapi tidak miskin jiwa dan semangat untuk berubah," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu Bukit Kenau dekat sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, menerusi projek yang dirasmikannya hari ini itu misalnya, peserta terbabit perlu bersungguh-sungguh untuk berubah menerusi pelbagai projek menjana pendapatan yang disediakan.

Seramai 60 keluarga miskin di Dewan Undangan Negeri Pulau Manis di bawah Parlimen Pekan, terlibat dalam projek berkenaan yang bukan sahaja diberikan rumah, tetapi turut dilengkapi dengan pelbagai peluang aktiviti ekonomi seperti akuakultur, ternakan, kambing, tanaman secara fertigasi, gerai makanan dan kedai runcit. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails