Selamat Datang

Selasa, 27 Julai 2010

DHPP Perak dilancar 31 Julai



Johari Jaafar

IPOH, 27 Julai: PAS Negeri Perak akan melancarkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri pada 31 Julai ini di Hotel Hilcity bermula jam 3.00 petang.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha PAS Perak, Misbahul Munir Masduki dalam satu pertemuan di Pejabat PAS Perak pagi ini.

Program tersebut, katanya akan dirasmikan ole Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"Adalah dijangkan 500 ahi Dewan Himpunan Penyokong PAS dari seluruh Perak akan hadir pada hari itu," ujarnya.

Sempena pelancaran itu juga akan diumumkan senarai Ahli Jawatankuasa DHPP Negeri Perak oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Hussein.

"Mesyuarat agung pertama DHPP Perak akan diadakan pada tahun hadapan, ahli-ahli akan memilih sendiri jawatankuasanya," jelasnya.

Beliau yakin dengan pelancaran DHPP itu, PAS negeri akan bertambah kuat dan akan berusaha keras bagi menawan kembali negeri ini setelah dirampas oleh Umno BN selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails